Monday, April 11, 2011

panggilan hangittttt....terkena sudah...!!!

Korang pernah kena panggilan hangit tak? First time dengar panggilan hangit dekat Hot fm. Perghhh memang hangit la. Mesti orang yang kena tu sakit hati giler. Geram pon mesti ada kan. Haha. Kadang-kadang gelak sorang-sorang bila dengar. Kesian kat depa no. Kalo kena kat aku tak tau nak kata apa daa.


Sebenarnya kan, aku pon kena gak panggilan hangit. Tapi bukan dari Hot fm la. Dari insan yang bongok. Huhu. Hari tu kan, tetibe je dapat call dari sorang mamat ni. Aiseh macam nombor rumah or ofis lak. 099...tak ingat dah. *Thought of Kelantanese tengok number tu tapi cakap laur lak* Cakap bukan main lembut lagi tanya pasal online survey yang aku buat. Konon data dia tersebar kat luar la. Kat shopping complex pulak tuh. Bila tanya shopping complex mana dia tak bagitau. Pastu siap ceramah lagi kat aku, cakap data-data semua kan private. Mana leh sesuka hati je show kat orang. Yela aku tau. Tapi kan bila aku tanya survey apa yang dia jawab dia pon tak ingat. Mamat ni memang nak kelentong aku nih. *Nampak sangat kan* Kalo betol dia yang jawab survey tu mesti la dia tau kan. Pelik, musykil segala mak nenek ada dalam kepala aku. Yang aku tau memang la aku SEDANG buat survey. Tapi masa tu baru tengah clean up data. Tak masuk SPSS lagi. Haha. Apa daa. Opsss tapi kan mamat tu tau la nama aku. Menurut mulut manis dia yang macam gula tu, dia cakap orang dekat shopping complex tu yang bagi nama aku siap ngan no fon aku lagi. Haihhhh. Pastu aku cakap la aku takde wat survey pape pon. Hah lagi satu dia siap sebut tempat aku belajar ni. Aku pon kelentong dia jugak cakap bukan. Nama pon aku cakap bukan jugak. Haha. Padan muka. Last sekali bila semua yang dia teka salah, dia pon buat-buat tanya aku nama sape, tinggal kat mana. HUH! Mamat ni memang saje je. Aku pon terus letak fon. And nasib baik dia tak call balik sampai skang. Alhamdulillah...


Ok mangsa seterusnya ialah adik aku. Tak tau sape gak tetibe je mengaku inspektor polis cawangan J, mintak nama ngan no ic adik aku, dia cakap ada kes. Tapi adik aku terus letak fon and off. Giler ke ape. Main-main pulak cakap macam tu. Saspen orang je. Kalo ada kes memang kena mintak nama and no ic ke? Aku rasa tak. Kalo inspektor polis yang professional, mesti perkenalkan diri dulu, and then terus cakap ada apa kan. Tak mintak pon nama and no ic tu. Kalo ada pon dia akan tanya nama je untuk pengesahan kan. HUH! Ini boleh mendatangkan kemarahan! Betol la kan. Buatnya si penerima panggilan tu tengah tido ke, tengah study ke, tengah sakit ke apa, mesti bengang giler kan. Tapi bila dia cakap ada kes tu, risau jugak la. Tapi lagi kan, kalo betol ada kes, tak ke haru bila call main-main cakap camtu. Macam nak kena sepak je! Rasanya setiap badan beruniform kena ada tagline mereka tersendiri la. Jangan kasi orang tau. Nanti baru la orang caya kan. Tapi negara maju macam skang ni macam-macam leh buat. Tiru suara orang la. Macam-macam.


Tapi di sini aku nak tegaskan, JANGAN SESEKALI BUAT JAHAT MACAM TU KAT ORANG OK? Nanti kalo terkena batang hidung sendiri baru padan muka. Masa tu kalo aku tau aku nak gelak je. Haha.


*gelak jahat*



Sunday, April 10, 2011

SEDAPNYEEE BERIANI....

malam ni tak masak. nak pegi makan kat luar. so decided nak makan nasik beriani kat kedai baru bukak kat econsave kat tempat kami tinggal ni. sampai sana alamak takde orang la. ah konpius sudah. nak masuk ke tak nak nih. kete dah slow dah. masuk aje la. waiter datang bagi menu. tu diaaa. mahal gilak nasik beriani die. nasik beriani kosong harga RM4.50 ok. kalo tambah lauk ayam or daging ada la dalam RM11++. fullamak. dalam hati cakap patot la takde orang datang. mahal rupenya. haha. yang kelakarnya kami semua tak order nasik beriani pon. order mee bandung ngan laksa johor. tu pon dah RM5.90 dan RM6.90. teh ais pon dah RM3.00. fuh dah macam makan kat mid valley pulak. better makan kat secret recipe kat depan tu ha. agak menyesal la. lain kali tak nak dah makan kat kedai ni. sekian. huhu.




tu diaa mee bandung ngan teh ais *mee bandung ok tapi teh ais tak sedap*


kami


saya =)


Friday, April 8, 2011

YA ALLAH YA TUHANKU....

Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah ya Tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Yang kekal berpanjangan

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku ya Allah

Ya Allah...
Seandainya telah engkau catatkan dia milikku 
Tercipta buatku dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta
Gantilah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buat ku
Kerana engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan juga akhirat
Dengarlah rintihan hamba Mu yang daif ini
Jangan engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
AMIN.....


Monday, April 4, 2011

ABPBH 2010

Artis Paling Popular :  Shaheizy Sam

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato’ Hjh Rosnani Jamil

Pelakon Filem Lelaki Popular : Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular : Lisa Surihani

Penyanyi Lelaki Popular : Faizal Tahir

Penyanyi Wanita Popular : Yuna

Penyanyi Nasyid Popular : Rabbani

Penyanyi Duo/Kumpulan Popular : Sixth Sense

Pelakon TV Lelaki Popular : Remy Ishak

Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha

Artis Komedi Lelaki Popular : Zizan

Artis Komedi Wanita Popular : Norkhiriah

Artis Baru Lelaki Popular : Syahir

Artis Baru Wanita Popular : Ana Raffali

Pengacara TV Lelaki Popular : Aznil Hj Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana

Anugerah Artis Mobile Popular : Sixth Sense


notakaki: tahniah kepada semua pemenang :)

Sunday, April 3, 2011

WEEKEND AT BUKIT CERAKAH

date: 2 April 2011
location: Taman Botani Shah Alam (Bukit Cerakah)


kami dah sampai...akhirnya berjaya jugak jejak bukit cerakah ni

gaya takleh bla...macam nak pergi shopping je...kui3

dorang teringin nak naik basikal ni sebenarnya...tapi alangkah malangnya sebab tak muat...hihi


aksi mula-mula naik basikal

laju je kayuh

pandainya aku photoshoot :D

modelling jap :P

ada taman haiwan

posing jap

posing lagi

dan lagi...hihi


taman arnab...nampak tak arnab nganga luas kat belakang tu?


ada kolam ikan

boleh memancing kat sini

mereka yang kepenatan

aku yang masih bertahan...ngeee :D

kami di sini :)

bas pelancong...naik bas pulak setelah penat giler kayuh basikal

penat sangat-sangat naik basikal sampai terkangkang...opsss!

ni gaya ayu lak









romantika de amor



eh eh kelakarnya gambar ni






singgah makan sate kajang dekat PKNS
muka kekenyangan

aku la pemandu berhemah...pergi mana-mana konfem sesat...heheh

Saturday, April 2, 2011

dia datang...dengan lenggang lenggoknya...ewahh

selamat datang April! welcome April! huanying April! 
*erkk...tak ingat dah dalam mandarin April tu ape*

hehe...lambat sehari ek? takpe lah. April fool la untuk korang. kekonon la kan nak wish paling lambat. 

tak kesah la. ape yang pasti April yang datang ni bakal membawa seribu erti. erti seorang student, seorang anak, seorang wanita dan yang pastinya seorang hamba Allah yang tak pernah jemu mengejar redha Illahi. 

April yang datang ni memerlukan energy and stamina yang cukup kuat *kena guna aerobic pathway :) *

2 minggu lagi ialah final week di mana banyak assignment perlu disubmitkan. and dalam jangka masa 2 minggu ni la semua lecturer berebut-rebut nak abeskan syllabus masing-masing *for those yang tak abes lagi la*. pastu masa ni la semua sebok nak buat test la bagai. sebab nak cukupkan markah course work tu. jangan ditambah suruh buat assignment sudah la ye. mana nak sempat dalam masa 2 minggu ni nak buat. lagipon assignment lain berlambak lagi tak setel-setel. tu la awal-awal dulu semua rilex. lecturer takde so mood pon takde nak buat assignment bagai. nah ambik kau! haha.

and the end of the month is the tough week which is the exam week la. sem ni takde study week tapi nasib baik paper start lambat. so kire study week banyak la. almost 2 weeks. boleh balik kampung tuh. hihi. cadangnya camtu la. *harap-harap bos besar kat umah tu kasi. kalo x, stay sini jela...hmmm*

tu jela kot calendar bulan April ni. setakat ni la. harap-harap tabah la menghadapi semua ni kan. InsyaAllah...there will be the way. just pray for the best! :)


Friday, April 1, 2011

seandainya awak tau saya macam ni...


Seandainya awak tau...bile saya jatuh cinta kat awak, awak tu tak semestinya punye segalanya tapi awak adalah segalanya di hati saya.


Seandainya awak tau…bile saya mengalirkan air mata, bukan bermakna saya lemah, tapi saya sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai awak.

Seandainya awak tau ..bile saya marah, memang saya tak mampu mengawal perasaan. Tapi percayalah, itulah maknanya saya sangat mengambil berat dan menyayangi awak sepenuh hati. Lihat aje pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pertelingkahan yang berlaku.

Seandainya awak tau...bile saya bercakap banyak, saya tak pernah bermaksud untuk membuatkan awak rimas, tapi saya nak awak kenal saya dengan lebih dekat.

Seandainya awak tau…bile saya kata saya mahu awak berubah, itu bukan bermakna saya tak boleh menerima awak seadanya, tapi saya mahu menjadikan awak lebih baik, bukan untuk saya, tapi untuk masa depan awak.

Seandainya awak tau...bile saya cemburu dan tidak percayakan awak, bukan bermakna saya tak sayang tapi saya terlalu sayangkan awak. Kadang-kadang saya terlalu risau sekiranya terlalu percaya, awak akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Saya hanya mahukan yang terbaik untuk awak.

Seandainya awak tau...bile saya merajuk, jangan kata saya mengada-ngada. Saya bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tapi cukup dengan perhatian yang boleh membuatkan saya rasa dihargai.

Seandainya awak tau...bile saya kata saya rindukan awak, saya benar-benar maksudkannya. Bayangan awak akan sentiasa bermain di mata bile berjauhan.

Seandainya awak tau...bile saya degil, bukan bermaksud saya ingin menjadi degil tapi saya nak tengok sejauh mana awak mampu bersabar dengan kerenah saya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Seandainya awak tau...bila saya kata, “tolong tinggalkan saya!” saya tak bermaksud menyuruh awak pergi selamanya. Saya hanya mahu menenangkan fikiran je. Bila saya kembali tenang, saya akan cari awak balik. Itu tandanya saya benar-benar cintakan awak. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Ingat ni.

Seandainya awak tau...sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan dengan perbezaan yang tersendiri. Tapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu rasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu nampak lemah tapi dia punye kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan saje tapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda suatu hari nanti. InsyaAllah.

p/s: saya sentiasa doakan awak