Friday, November 4, 2011

dating girlfriend

Hye.....

Cite ni dah lama. Dalam tiga minggu lepas kot. Tapi nak cite jugak...hehe.


Haaa....ni la dia girlfriend aku tu. Jangan salah sangka lak ye. Ni best friend aku masa zaman matrix lagi tau. Dah lama tak jumpe. Yang kelakarnya, masing-masing dok dekat je, satu bumbung kot dekat Kubang Kerian tu. Tapi takde masa nak jumpe. Masing-masing bz kannnn....hehe

So di kesempatan yang ada ni, aku ajak la dia hang out mana-mana. Konon nak buat surprise birthday celebration dia la. Tapi tak tau tempat yang best kat bumi Kelantan tanah air tercenta nih. *nama je orang sini tapi tak tau pape...hehe* Alih-alih KBMall jugak yang jadi pilihan hati. Ehemmmm...si dia beli henfon baru babe! Aku cuci mata je. Dah penat window shopping, mesti la nak isi perut kan. Tapi semua western food restaurants penuh and sesak! Takde seat kosong pon. Biasa la waktu-waktu camtu, plus weekend lak kan, shopping mall ofkos la sesak dengan budak-budak yang entah macam ape entah. Tak tau nak describe camne...huhu

Lastly, kitorang pegi area Pengkalan Chepa and stopped by at Food Village. Si dia tu nak makan makanan bergoreng and aku pulak xkesah pape pon. Sekali waiter tu cakap kat situ dorang hanya sediakan chim chum a.k.a steamboat sahaja. *malu* Kitorang pikir-pikir nak ke makan. Then, nasib baik si waiter tu cakap, kalo nak cancel pon takpe. So, kitorang pon blah la...hehe. Akhirnya, kitorang singgah kat Sate Malaysia, area situ jugak. Order sate la kan dan ada jugak makanan yang lain!

ni sate yang kitorang makan...dah abes dah...sedap nyahh!!

si dia makan nasik goreng special =)

aku makan mee hailam jeee. see udang besar tu. nyum nyum :P
p/s: Happy belated birthday girlfriend! 



Thursday, November 3, 2011

tiada yang indah melainkan.....

Assalamualikum wbt....

I'M STAYING AT HOME NOW!!! 

Heeeee....saje je nak buat korang semua jeles. Eh ni buka setakat dua tiga hari or dua tiga minggu tau. I cuti 3 bulan u olllls....hahaha. Opppssss...aku cuti bukan sebarang cuti nih. Cuti 3 bulan ni kena siapkan research. Tapi sekarang seems takde idea la nak buat research pasal apa after proposal lama rejected. Rejected sebab dah ada senoir buat tajuk tu. Dulu masa buat proposal lulus pulak tajuk tu. Sekarang bila nak proceed macam-macam hal la pulak. *nasib la labu*

>>>>>>> pikir-pikir nak buat tajuk apa....hmmmmmm*


  

Saturday, October 29, 2011

plan yang hanya tinggal plan!

Seawal seminggu sebelom berlangsungnya Karnival Jom Heboh ni aku dah plan ngan sorang member nak pegi. Konon cadang nak pegi dua hari berturut-turut. Alih-alih tiba harinya, tak jadi pulakkkk. Jumaat pagi tu hujan lebat giler. Tak syok la kan nak ronda-ronda pusing-pusing booth kat sana. Pastu, tunggu la hujan reda. Tunggu punya tunggu dah petang. Bila petang mood malas pon muncul la. Yela, tak best la pegi kejap je kan. Plus, malas nak drive malam sebab takut nak masuk simpang depan tu...hehe

Hari Sabtu lak member sorang tu tak jadi. Takkan aku nak merayau sorang-sorang pulak. Ahhhh....tak best nyeeeee hidup sorang takde teman nih! *nasib badan*

p/s: Agak terkilan tak dapat pegi sebab jarang dorang nak create event macam ni kat KELANTAN!

Friday, October 28, 2011

Jumaat 28 Oct 2011 bersamaan 1 Zulhijjah 1432

Rasulullah SAW bersabda: 


"Tidak ada satu hari pon amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan hari-hari 10 Zulhijjah ini. Oleh itu, perbanyakkan lah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)"


Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan ialah:

  • 1-8hb: puasa sunat
  • 8hb: hidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah
  • 9hb (hari wuquf): puasa sunat dan baca surah Al-Ikhlas 1000 kali
  • 10hb (aidiladha): solat sunat raya, baca takbir, ibadah korban

p/s: Daripada sumber yang dipercayai. Selamat beramal! 











Thursday, October 27, 2011

tamat sudah sem 7!

Alhamdulillah....akhirnya tamat jugak sem 7 ni dan tamat jugak lah practical untuk 2 areas. Lepas ni masuk sem 8 ada lagi another 2 areas, peadiatric and psychiatric. Harap-harap dapat score yang terbaik la. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi markah untuk kitorang. Markah sangat-sangat la bagus. Selebihnya, tunggu markah lecturer je. *redha*

Hari ni adalah last day. So ape lagi kalo bukan aktiviti bergambar kenang-kenangan kan. Macam tak jejak sini pulak je gaya nya. Hahaha. Petang Khamis, macam biasa, memang patient takde appointment. So sempat la kan kitorang bergambar. Kali ni meriah sikit sebab ada junior sem 3. Diorang baru two weeks practical kat situ. Jom tengok the pics :D



kami bertiga =)

kitorang bertiga =)

senior + junior

Pastu, di kala hari last ni murah pulak rezeki. Ada sorang therapist tu blanje kitorang nasik sebungkus sorang. Nasik bungkus pon ok la tu janji dia belanja kan. Haaa.....korang ada?

Alkisahnya dapat nasik bungkus ni pon sebab aku tolong bawak dia pegi ambik barang kat umah sewa dia. Masa balik nak park kereta, adalah satu insiden. Kereta bahagian belakang belah kiri sipi-sipi je ngan kereta sebelah. Pastu masuk slow-slow. Ok, dah park, cantikkkkk. Sekali keluar tengok kereta sebelah ada kesan geseran kaler putih babe! Tapi tengok kat kereta aku takde kesan pape lak. So kira bukan salah aku la kan?

p/s: Masih lagi dalam mood 'awareness' ngan kereta manual :P

Friday, October 21, 2011

long long time ago...

Alhamdulillah....ada jugak masa nak bukak blog ni and ada hati jugak nak update blog. Akhirnya kan...haha

Yeah...lately sangat-sangat busy ngan practical. Now, dah nak abes 2 areas dah. Cepat giler masa berlalu kan. Sampai aku pon tak menyempat-nyempat nak update blog...hihi

Ok lah. Got to go now. Nak siapkan slide case presentation jap. Babai!

Friday, September 30, 2011

Contest Cinta Raya!

Salam you alls. Sihat tak?

And salam Sayyidul Ayyam too. Jumaat penghulu segala hari. Semoga kita semua beroleh keberkatan. InsyaAllah.

Contest Cinta Raya? Kat sini yours truly ni nak mintak tolong kengkawan semua tau. Alaaa sikit je. Cara dia senang je.

First, korang tolong like page fan ni ye http://www.facebook.com/pakarcintafans

Then korang tekan like pulak kat pic ni http://www.facebook.com/photo.php?fbid=276047789085894&set=a.262145377142802.72740.166159836741357&type=1&theater

Orait done!

Tenkiu you alls! :)

p/s: Kalau korang nak join pon boleh. Pastu kita exchange vote ok?