Friday, February 3, 2012

Jalan TAR VS Wakaf Che Yeh

Dua minggu lepas turun KL. Opss, turun Puncak Alam actually. Jumpe supervisor buat pertama kalinya...huhu. Pergi balik dengan bas sebab takde orang yang sudi jadi co-pilot nak bawak my blue rock tu jenguk-jenguk KL. Takpe la.


And you know what, Puncak Alam dah banyak berubah I tell youuuu. Hahaha. Serius aku tak pernah jejak sana after abes sem 6 hari tu. Dah banyak construction kat situ sini. Dan, highway kat dalam tu pon asyik busy jek. Harap-harap takde la berlaku kemalangan lagi. Hati-hati memandu ye!


Setel hal kat sana, straight away pergi Wangsa Maju pulak. Tido kat umah pak ngah. Esoknya nak shopping kat Masjid India! Yeayyy! And mau intai-intai Sogo jugak! Ngeeee :D


Perjalanan ke Wangsa Maju dengan menggunakan perkhidmatan bas RapidKL dari Puncak Alam amat lah lembab. Oh tidak, naik bas hanya dari Puncak Alam-Seksyen 2, Shah Alam and Seksyen 2, Shah Alam-KL Sentral. Hanya? Dua buah bas ok!


Singgah KL Sentral kejap. Oh, KL Sentral pon dah banyak berubah jugak. Jalan yang kat depan monorail yang dulu jadi sehala dah tukar jadi dua hala balik. Okayyyyy. Ni nak cite part sedih, dari pagi tak makan pape. Masa tu dah pukul 3 camtu. Perut rasa lapar sangat-sangat. Maka, kaki digagahkan untuk melangkah ke KFC. Makan lah KFC sorang-sorang buat pertama kalinya dalam hidup. Hua hua hua. Sedih jek makan sensorang. Macam putus kasih jek. Hahaha....


Esoknya, hati berbelah bagi nak pergi ke tak. Bila fikir-fikir balik nanti susah nak cari kat Kelantan, aku gagahkan jugak diriku yang sekeping ni pergi sana, Masjid India a.k.a Jalan TAR. Mula-mula malas sebab kena pergi sorang. Adik aku kat Bangi tu ada meeting pulak. Pastu, sepupuku yang cilik tu nak ikut.

tenkiu Husna teman Kakda!

Jalan-jalan.


Window shopping dulu.


Sambil tersenyum lebar.


^_________^


Selepas penat buat aksi masuk kedai tu masuk kedai ni, akhirnya jumpa la kain yang berkenan di hati. Loh, cari kain rupa nya eh. Sampai Jalan TAR ko pergi ye nyah. Jauh bebenor...huhu


Selesai membeli. 


Pulang ke umah pak ngah. 


Eh, aku dah catat rekod la. Rekod paling kejap keluar meronggeng. Heheh. Biasa kalo keluar tak sah kalo maghrib tak sampai umah lagi! Even keluar pepagi buta pon! Muahaha. Emmm....tapi tu dulu la, masa dok kt puncak. Maklum la, jauh kan, Jalan dekat ada tapi takde transport pulak nak sampai situ. Apa la nasib. Anyone from puncak mesti tau kan penderitaan ini! *derita uolls* 


Tetiba rindu KOLEJ ALAMANDA. Masa dok sana, nak keluar senang jek. Bus stop depan kolej jek sebab kolej kat tepi jalan jek. Heheh. Pastu, dari kolej ke Mid Valley naik rapid hanya mengambil masa selama 10 minit je dan dari kolej ke KL Sentral naik rapid 15 minit. 
*heaven! heaven!*


Ok sambung cite asal balik.


Balik Kelantan, mak aku ajak pergi ronda-ronda kat Wakaf Che Yeh. Kat sana, kedai first yang aku nampak ialah kedai jual kain pasang. Aku masuk kedai tu, tengok banyak giler kain yang macam aku beli kat Masjid India! Berlambak kot. Harga pon sama je....hmmmmm


So, Jalan TAR vs Wakaf Che Yeh?
Depends on your good decision.
Kalo korang yang dah dok area tu, pergi lah beli kat area tu. Contoh macam aku ni, bila dah tau kat Wakaf Che Yeh pon ada, so better beli je kat sana. Tak payah la susah payah nak angkut naik bas time balik tu.


The end :D






No comments: