Kali ni kita cite pasal sekolah menengah pulak ye. Baca sampai habis tau! HEHE
Setelah setel segala kelengkapan sekolah, bawak duit nak bayar yuran *agak mahal* pepagi lagi kami satu family pon bertolak la ke sana. Padahal jarak dari umah ke sekolah hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit je. Tapi ayah nak jugak gerak awal. Apa kan daya...heee
Sampai sana students baru je abes assembly pagi *yang dipanggil morning roll call, after diberi taklimat baru tau :P*. So masing-masing balik kelas masing-masing untuk memulakan sesi pembelajaran untuk hari tu. Kitorang masa tu dok melepak dekat area blok akademik. Dorang pandang-pandang je. Maklum la, kami satu family berdiri tepi blok tu dengan beg baju, baldi, bantal segala. Ini kelakar ok! HAHA
Lambat pulak nak tunggu office hour. Kaunter pendaftaran pon belom bukak lagi. Hmmmmmm
Dan sudah pasti la aku antara yang first register untuk Form 1, bila pepagi buta lagi dah tercongok depan tu!
After registration process, ada la akak-akak senior ambik bawak tunjuk bilik. Bilik aku masa tu kat aras 2 bilik 207 kalo tak silap. Aras 2, nasib baik tak kena panjat tangga sampai aras 4!
Masuk bilik, kemas dan susun apa yang patut. Erk...ni keje mak ngan ayah aku yang buat masa tu! Ayah aku pulak siap bagi tunjuk ajar macam mana nak pasang cadar. HAHAHA
Masa dorang nak balik, terasa sedih jugak. Yela, ni first time berpisah jauh dari family nih. Jauh la konon kan. Tak sampai sejam pon dari umah. Tapi aku jarang outing balik umah tiap-tia minggu macam budak-budak lain. Balik pon sebulan sekali je, ikut peraturan maktab. Pssst....ni masa awal-awal masuk sekolah je. Bila dah besar masuk form atas-atas, dah pandai dah cari alasan nak balik umah! HIHIHI
Sejak hari tu, bermula lah kehidupan aku sebagai seorang pelajar sekolah asrama. Semua benda kena buat sendiri. Agak susah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan macam tu. Korang bayangkan la, umur 13 tahun dah kena tinggal jauh dari family, JAUH ok! HAHA. Lepas tu, kena basuh baju sendiri, lipat baju sendiri, iron baju sendiri, bangun subuh sendiri, etc. Korang yang dok sekolah asrama tau la kan macam mana life kat asrama. But lots of fun uols!
Aku sekolah mana??
Kalo korang lalu Lebuhraya Timur Barat mesti lalu sekolah aku :)
Ni haaa...sila klik ke bawah ye :D
Kalo korang lalu Lebuhraya Timur Barat mesti lalu sekolah aku :)
Ni haaa...sila klik ke bawah ye :D
signboard kat pintu gerbang |
bangunan pentadbiran |
Dan Alhamdulillah, aku berjaya tamatkan 5 tahun pengajian aku di sekolah tu. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang terlibat sekitar tahun 2002-2006. Jasa kalian tak mungkin dapat dibalas. Terima kasih cikgu! =)
No comments:
Post a Comment