Korang semua ada transport eh? Tapi sebelum ada transport sendiri mesti korang semua ni pengguna setia public transport kan kan kan?
Aku pon macam tu jugak. Kalo ENCIK BLUE ROCK ni tak jadi peneman setia aku time nak pegi mana-mana, mesti public transport yang jadi mangsa. Yela, takkan nak menyusahkan mak bapak kan. Takkan nak kuar dating pon nak suruh mak bapak hantar. Iye dok? Hahaha...
Public transport, bagi aku, mesti la BAS menjadi penyumbang utamanya selain teksi, kereta sewa, komuter, LRT dan lain-lain tu. Tapi kalo bercakap pasal negeri yang kurang maju berbanding Kolumpo, ofkos la takde komuter, LRT bagai tuh. Rata-rata pengguna menggunakan bas sebagai nadi penghubung utama untuk ke tempat-tempat yang diingini. Yela, tak semua mampu nak beli kereta sendiri kan. Nasib baik ada bas, boleh jugak gerak ke mana-mana kan. Takde la jadi katak bawah tempurung orang cakap. Hehehehe....
Tapi, rupanya panas tak berpanjangan bila syarikat bas mengalami kerugian dan menutup 31 daripada 37 laluan bas di KELANTAN! Sebab apa rugi tak tau. Ramai pengguna yang tak berpuas hati. Dan aku sendiri kesian tengok para pengguna yang terpaksa menggunakan khidmat kereta sewa atau teksi yang berganda-ganda tambangnya. Depan mata aku, nak pegi sekolah pon susah, nak pegi klinik hospital pon susah. Sekali lagi aku cakap, BUKAN SEMUA ORANG MAMPU BELI KERETA SENDIRI! Yang tak pernah rasa susah macam ni tu excluded la. Dorang tak tau kan. Kalo cite pon entah paham entah tidak. Bagi yang paham, terima kasih kerana memahami. Aku cakap macam ni sebab aku dulu pon pernah merasa naik bas turun bas kalo nak pergi mana-mana...huhuhu *tu yang rasa tak puas hati bila jadi macam ni...heheh*
sumber gambar: Sinar Harian |
Info lanjut baca SINI.
p/s: Harap-harap ada pihak yang ambik tindakan selanjutnya pasal hal ni....
No comments:
Post a Comment