Sunday, June 26, 2011

puding tembikai

Assalamualaikum!

OK, next resepi nak share resepi puding tembikai. Kalo kat kedai mahal tau. Bulan puasa baru jumpa. Tapi senang je cara nak buat. Tak tau la pasaipa depa jual mahal. Maybe susah nak buat lapis lapis tu kotttt. Tapi takde la susah sangat. Senang jeee I tell youuuu. Ecececeh.

ni aku punya version...puding tembikai takde biji...tehhee


Bahan bahan :-
- 1 paket agar agar serbuk plain (tanpa warna)
- 2 keping roti gardenia
- 4 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 2 sudu besar mentega
- 1 sudu kecil esen vanila
- Sedikit cincau dipotong kecil / bijan hitam
- Sedikit pewarna merah dan hijau

Cara cara :-
1) Masak agar agar dengan gula dan air hingga gula hancur.
2) Sambil itu, rendam roti gardenia dalam susu cair dan carik carikkan. Blend roti bersama susu cair tadi dan juga susu pekat.
3) Masukkan bahan blend tu ke dalam periuk. Masukkan juga esen vanila dan mentega. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Tutup api.
4) Ambil sedikit adunan (1cawan), warnakan dengan pewarna hijau sebagai kulit tembikai. Biarkan keras sedikit.
5) Ambil sedikit warna asal (3/4 cawan), curahkan atas lapisan hijau tadi. Biarkan keras sedikit.
6) Adunan selebihnya warnakan dengan pewarna merah dan curah atas warna asal tadi. Taburkan potongan cincau / bijan hitam. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais.

p/s: Ini hanya sekadar resepi. Sukatan bergantung pada citarasa memasing. Lain orang lain caranya kan. Selamat mencuba!

Thursday, June 23, 2011

kita-kita yang indah

Allah SWT tidak menjadikan nabi dalam kalangan wanita tapi Allah SWT memuliakan wanita dalam al-Quran dengan menamakan surah ---> An nisa'

Manusia pertama yang beriman kepada Allah SWT selepas Rasulullah SAW ialah wanita ---> Khadijah r.a

Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita ---> Sumayyah r.a

Dan Allah juga mengangkat perbuatan seorang wanita yang berlari lari antara Safa dan Marwah dalam rukun haji iaitu saie ---> Siti Hajar r.a



Allahuakbar! Begitu mulianya wanita di sisi Allah SWT kan. Alangkah indahnya jika kita pon berupaya jadi macam mereka yang tentunya menjadi penghuni syurga. Ayuh kawan kawan! Belom terlambat lagi ni. Sentiasa lah beramal mengikut ajaran Nya. Mohon petunjuk dari Dia Yang Mencipta kita. Slow slow buat perubahan tak salah kan.

May Allah bless.

More details klik iluvislam.com



Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday #1

First time join benda alah ni. Enjoyyyy!



Do drop your comments okay?? TQ.

Tuesday, June 21, 2011

dia yang aku tunggu

Assalamualaikum kawan kawan....

Alhamdulillah....rasa lega sikit lepas dapat tau sapa gerangan orang yang aku nanti nantikan selama ni. Mula mula cuak gak. Takut. Risau. Segala macam rasa la. Bercampur aduk menjadi satu iaitu blurrr. Boleh buat sayur campur nih...heheh

Ok sabar sabar. Korang nak tau sapa yang aku dok tunggu tu? Haaa...supervisor aku la. Kan aku ada penah cakap pasal supervisor kat sini

Aku dapat lecturer foreigner dari India. Pompuan. Berkahwin. Heh...tu jela ye. * nak tau lagi sila berkenalan ngan beliau * Lecturer ni baik. Sangat sangat la helpful. Mintak mintak banyak la ilmu yang dapat aku tuntut daripada beliau nanti. Dan banyak jugak la beliau tolong betolkan research aku tu...hihi

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Ya Allah, permudahkan lah urusan hamba-Mu ini :)

Monday, June 20, 2011

she hurts and she cries

Dia terluka dan dia menangis dalam diam. Tiada siapa yang perasan akan kelukaan hatinya kerana dia sentiasa tersenyum. Menyorok kepahitan hidup barangkali. Masanya banyak dihabiskan mengenang kisah kisah lampau dan detik terindah dalam hidupnya. Kekadang dia mengeluh. Kenapa dia yang harus menerima perpisahan ini? Apa salah dia? Bukan ini yang dipintanya. Tapi, dia harus akur, kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun bukan secepat ini yang dipinta. Dia masih lagi memerlukannya di sisi. Menemani hari hari yang mendatang tanpa jemu. Meniti hari hari bahagia bersama. Bersama selamanya. Bagi dia, biarlah maut yang memisahkan mereka. Tapi apakan daya, dia pergi jua tanpa dipinta.




It's really hard to suddenly forget someone we love 

Dia menangis sendirian. Tidurnya seringkali diganggu kenangan bersama. Dia ingin sekali melihat si dia. Rindu yang datang mengasak sanubari. Terasa sakit yang amat. Begitu perit sekali.

Jika seseorang datang membuat kita kecewa, marah, bengang, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar

Ya. Dia memang kecewa. Dia memang marah. Dan dia memang bengang. Namun dia tidak mampu berbuat apa apa. Perasaan itu semua memang mengajarnya erti sabar. Namun sampai bila dia harus bersabar. Sabarnya juga ada batasannya. Air mata yang ditahan sekian lama bertakung juga di tubir mata dan akhirnya mengalir juga. 


p/s: Jangan sedih sedih. Cheer up! :)






Sunday, June 19, 2011

down down down down...

Tuttt...tuttt...tutttt....

Tadi dapat satu berita. Tak tau nak describe apa status berita tu. Gembira ke sedih ke. Aku tak tau. But, deep in my heart, aku rasa sangat sangat sangat sangat kecewa. Feeling lonely. Plus, memang aku lonely pon sekarang...hahaha

Suddenly, rasa macam kehilangan sesuatu. Macam tak kan dapat balik semua tu. Blank giler. Blur. Tak tau nak buat apa. Terasa macam it is the end of the world. Down sesangat.... :(

give me shine...

Saturday, June 18, 2011

hari untuk lelaki bergelar ayah





A dad is someone who wants to catch you before you fall 
but instead picks you up, 
brushes you off, 
and lets you try again.

A dad is someone who wants to keep you from making mistakes
but instead lets you find your own way,
even though his heart breaks in silence when you get hurt.

A dad is someone who holds you when you cry,
scolds you when you break the rules,
shines with pride when you succeed,
and has faith in you even when you fail...


gambar ayah masa pegi kenduri kat PJ
HAPPY FATHER'S DAY AYAH!





>>>> Semoga ayah sentiasa sihat :)