Monday, June 20, 2011

she hurts and she cries

Dia terluka dan dia menangis dalam diam. Tiada siapa yang perasan akan kelukaan hatinya kerana dia sentiasa tersenyum. Menyorok kepahitan hidup barangkali. Masanya banyak dihabiskan mengenang kisah kisah lampau dan detik terindah dalam hidupnya. Kekadang dia mengeluh. Kenapa dia yang harus menerima perpisahan ini? Apa salah dia? Bukan ini yang dipintanya. Tapi, dia harus akur, kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun bukan secepat ini yang dipinta. Dia masih lagi memerlukannya di sisi. Menemani hari hari yang mendatang tanpa jemu. Meniti hari hari bahagia bersama. Bersama selamanya. Bagi dia, biarlah maut yang memisahkan mereka. Tapi apakan daya, dia pergi jua tanpa dipinta.




It's really hard to suddenly forget someone we love 

Dia menangis sendirian. Tidurnya seringkali diganggu kenangan bersama. Dia ingin sekali melihat si dia. Rindu yang datang mengasak sanubari. Terasa sakit yang amat. Begitu perit sekali.

Jika seseorang datang membuat kita kecewa, marah, bengang, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar

Ya. Dia memang kecewa. Dia memang marah. Dan dia memang bengang. Namun dia tidak mampu berbuat apa apa. Perasaan itu semua memang mengajarnya erti sabar. Namun sampai bila dia harus bersabar. Sabarnya juga ada batasannya. Air mata yang ditahan sekian lama bertakung juga di tubir mata dan akhirnya mengalir juga. 


p/s: Jangan sedih sedih. Cheer up! :)






No comments: