Monday, June 13, 2011

petua hidup bahagia

Orait. Entri kali ni nak share petua la sikit. Maaf kalo salah atau pon ada yang tak senang dengan coretan aku kali ni. Aku just tulis apa yang terlintas dalam sanubari ni je...cewahh =)




Elakkan marah orang yang anda sayang
Sifat pemarah paling senang dan paling mudah dilihat dalam diri manusia. Biasanya, orang yang memiliki sifat ini tak punya ramai kawan sebab orang pon takut nak dekat.

Elakkan berdendam
Orang macam ni kekadang suka berdendam secara diam. Awas. Ini sangat bahaya. Ada yang di tahap serius, sampai sanggup menggunakan khidmat bomoh untuk membalas dendam terhadap orang yang didendaminya.

Elakkan sifat tamak
Orang tamak selalu rugi. Macam cite anjing dan bayang bayang zaman kecik dulu. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan apa yang kita dapat. 

Sentiasa bersabar
Sabar itu indah kerana ia separuh daripada iman. Kalo benda kecik pon tak leh nak sabar, bagaimana lak bende yang besar besar? Tepuk dada tanya selera.

Tinggalkan sifat ego
Semua orang ada ego masing masing baik lelaki mahupon pompuan. Bezanya sama ada ego kita tu tinggi ke rendah. Sifat ini boleh memakan diri sendiri jika tak dikawal.

Jangan riak
Sifat ini paling dikeji. Jangan terlalu riak dengan apa yang kita miliki kerana mungkin satu hari nanti ia akan hilang dari genggaman kita. 

Elakkan terlalu mencintai dunia
Sentiasa ingat Allah SWT walau di mana kita berada. Beramal mengikut ajaran-Nya. Jangan lalai walaupon kita diulit kebahagiaan di dunia ni. Ia hanya sementara. Bila bila masa je Allah Taala akan tarik balik mengikut kehendak-Nya. Kebahagiaan akhirat adalah yang hakiki. Kita adalah sebaik baik perancang tapi yang menentukannya hanya lah Dia, Tuhan Yang Satu.



p/s: Selamat beramal :)





No comments: