Thursday, June 30, 2011

keputusan dan janji

Bercakap mengenai soal kehidupan. Pelbagai ragam. Pelbagai kerenah. Sepuluh juta orang sepuluh juta la perangai. Senangnya orang buat keputusan. Senangnya orang menabur janji. Tapi adakah keputusan itu lahir dari hati yang ikhlas? Tegar kah hati menerima keputusan yang telah dibuat itu? Adakah perbuatan seiring dengan janji yang telah dilafaz?

Jangan buat keputusan masa kita tengah marah dan jangan buat janji masa tengah gembira 

Masa tengah marah, hati kita tak keruan. Mudah dihasut oleh syaitan. Mood swing. So apa apa tindakan yang kita ambik waktu tu perlu lah difikir dihitung banyak kali. Tak mau menyesal di kemudian hari. Masa kita tengah gembira pon berpada pada lah buat keputusan. Terlajak kereta boleh lagi nak reverse kan. Tapi kalo terlajak kata tak tau nak cakap apa.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna

Soal janji pon sama. Jangan menabur janji jika diri rasa tak mampu untuk berkorban. Jangan nanti tinggal janji semata mata. Habuk pon takde. Kelak orang akan membenci kita.

Dan ketahuilah orang yang suka mungkir janji itu adalah dalam golongan orang yang munafik



p/s: Paling tak suka orang yang mungkir janji!



1 comment:

Anonymous said...

awal yang baik