Tuesday, August 30, 2011

salam lebaran

Assalamualaikum.....wbt

Di kesempatan yang mulia ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali insan yang kerdil ini.
*ayat skema*

Dan jugak salam kemerdekaan yang ke 54.

Raya pon raya jugak. Merdeka pon merdeka jugak. Jangan lupa jaga diri. Jangan main mercun sampai tak ingat dunia pulak. Dan jaga lah hati orang-orang di sekeliling anda!

Selamat berhati raya :)


Ikhlas dari ,,,,

ni last year punye raya :)



Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #7

Teka teki di WORDLESS WEDNESDAY


Binatang apekah ini?

Sape dapat jawab dengan betol dia terer....heheh :P

Saturday, August 13, 2011

secebis doa buatmu


Jika mahukan yang soleh, kurangkan agenda mencari si soleh tetapi berusahalah menjadi yang solehah




Jika mahukan yang solehah, janganlah cerewet mencari yang solehah tetapi berusahalah menjadi yang soleh



tabik spring dekat STAFF NURSE!

Assalamualaikum!

Hai korang...puasa tak?

Kecik kecik dulu selalu je orang cakap, "kalo puasa cukup dapat duit raya". Mesti korang pon pernah dengar kan. Puasa semata-mata kerana duit. Tapi takpe la. Yang penting sedikit sebanyak ia dapat mendidik kita untuk berpuasa kan. Niat tu yang penting. Dan ikhlas jugak...hehe

Bulan puasa ni boleh balik awal. Awal setengah jam je pon. Tapi yang tak best nye waktu rehat daripada satu jam setengah dipendekkan kepada setengah jam! Tak aci right? Balik awal pon still takde maknanya kalo kena ngadap jalan yang jam! Nasib la labu...huuu

Tapi satu yang aku nak puji untuk bulan yang mulia ni. Semulia kerjanya lah. Dorang la yang basuh berak patient. Dorang yang basuh kencing patient. Dorang yang mandikan patient. Banyak dugaan tuh. Aku yang tebgok sendiri pon rasa macam tak mampu je nak buat macam dorang. Tambah tambah lagi dalam bulan puasa ni kan. Patient sorang pon dah banyak songeh. Ini kan pulak patient lain yang ramai menetap sementara dekat ward tu kan.



Apa pon aku nak tabik spring la dekat staff nurse kat hospital tu. Tanpa mereka sape nak buat semua tu kan? Kadang family sendiri pon malas nak ambik tau hal hal macam ni. Then, end up patient tu terlantar je macam mayat hidup kat umah. Kesian kan.

To all staff nurses di luar sana, keep up your good job! All the best! :)


Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #6

WORDLESS WEDNESDAY KEMBALI!!

Macam biasa...just drop a comment ok guys! :) 




Saturday, August 6, 2011

non stop

Kisah weekend aku.

Hari khamis after keje terus gerak balik umah and of course la berbuka dalam kereta. OK sampai umah makan nasik terus tido.....

Hari jumaat rileks je kat umah. Tapi keje menimbun la jugak. Assignment tak gerak gerak. Case study pulak tak siap siap. Tak tau nak cakap apa. OK terus search info info yang berkaitan....

Hari sabtu tiba. Bertolak awal pagi dari umah sebab nak pegi shopping baju raya...hehe. Pegi ambik adik dulu kat asrama kat Machang then balik PC dulu hantar nenek and segala barang tuh. Lepas tu baru mulakan misi shopping cari baju raya. Punya la pening mana nak cari kaler yang cun. Dah la cuaca penas terik. Tekak haus giler.

Siap beli semua barang, hantar adik balik Machang. Patah balik ke PC, sampai umah continue buat keje keje yang tertangguh.

Oh penat yang amat!

Mau tido...bye!

zzzzzzzzz......

Oppsss....sebelum tu, meh layan gambar ni dulu :P

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #5

MEMPERSEMBAHKAN.....

v
v
v
v
v
v
v

WORDLESS WEDNESDAY!

panjangnyaaaa......

Monday, August 1, 2011

dugaan berpuasa

Salam Ramadhan....

Alhamdulillah sempat jugak bertemu Ramadhan kali ni kan. Dan semoga sempat jugak mengakhirinya dan menyambut Aidilfitri nanti...hehe tak sabar pulak :D

First day puasa dah macam macam dugaan terjadi. Tekak mual and perut rasa bergelora. Tu baru tengok burn cases and buat scar massage je. Belom lagi  masuk OT operate orang....huhu

Tapi Alhamdulillah akhirnya jarum jam bergerak jugak ke angka 4.25 petang. Okeh bulan puasa ni time balik keje dah ubah sikit. 4.25 petang dah boleh balik. Khamis pulak 4.10 petang. Yeayyy! Harap harap sempat la berbuka kat umah khamis ni....insyaAllah

Unfortunately, jalan still jam! Balik awal pon macam takde guna gak. Tapi better sikit la daripada sebelum ni. At least tak berbuka kat tengah jalan kan....hihihi

Then, selamat berbuka!