Saturday, December 31, 2011

special entry for FARA ADILA

RESEPI KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES

Bahan-bahan:
5 biji telur grade A yang sejuk
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sb ovalette
1/2 sk garam
3/4 cawan (150ml) susu cair
1/2 cawan (100ml) minyak masak/minyak jagung
1 sk esen vanilla
Pewarna merah/kuning/hijau/lain-lain ikut cita rasa
Secukup hawflakes

Cara-cara:
1) Ayak tepung dengan baking powder.
2) Pukul minyak masak dengan gula halus hingga kembang.
3) Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga betul-betul kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4) Masukkan susu cair, ovalette, garam dan pukul lagi.
5) Masukkan tepung gandum yang dah diayak tadi. Ratakan adunan hingga sebati.
6) Bahagikan adunan sama rata kepada 3 mangkuk untuk diwarnakan (depends nak bahagikan berapa mangkuk ikut suka)
7) Ratakan adunan pertama dalam loyang dan susun hawflakes di permukaan. Kukus selama 5-7 minit dalam kukusan yang telah dipanaskan.
8) Teruskan hingga habis lapisan. Untuk lapisan terakhir tu, bakar selama 20 minit untuk kek masak sepenuhnya.

>>>>> GAMBAR >>>>>

Selamat mencuba!

YEAR END SALE!!!

Assalamualaikum......

Aku nak buat short entry je untuk malam tahun baru ni. Special untuk bisnes aku...hehehe

Ok, since korang tak tau lagi ape jenis bisnes yang aku buat kan. So, layan entri ni sampai abes ye *sorry morry tak sempat nak update status pasal bisnes*

Malam ni special untuk korang semua. Aku bukak sale besar-besaran JUST UNTUK MALAM NI SAHAJA! Sape order malam ni dapat harga runtuh!

Korang boleh check out link-link di bawah ye. Owh ye, sale ni just untuk T-SHIRT MUSLIMAH ZARIYA jeee. Korang boleh tengok mane-mane album Zariya ok!

T-shirt Muslimah Zariya Stock 27 Dec 2011

T-shirt Muslimah Zariya

Happy shopping! :)

p/s: Kalo nak order PM Fida Closet okeh!

Saturday, December 24, 2011

sekitar result PMR 2011

Last Thursday, pegi ambik result PMR kat sekolah. Eh mesti lah bukan aku punye result. Aku sedar aku dah tua dah...hehe. Adik aku punye la, Afiq. Alhamdulillah, dapat 8A straight. Ha, result korang camne?

My ex-school dapat brape ek?

Searching....

Searching...

Searching...

Haa jumpe pon. Erk...agak bawah? Hmmm...takpe-takpe. Usaha lagi ye adik-adik semua. Ingat, perjalanan korang masih jauh lagi tau. Gagal kali ni tak bermakna gagal untuk selama-lamanya kan *ayat tipikal nih*

Ape pon, teruskan usaha. Fokus untuk SPM pulak ye :)

Ranking PMR MRSM Se-Malaysia 2011

p/s: Teringat masa zaman ambik result PMR dulu. Cuak giler. Tengok-tengok slip, dapat B subjek Pendidikan Agama Islam...huhu

Tuesday, December 20, 2011

kek kukus velvet hawflakes

Ehemm....Bismillahirrahmanirrahim....

Hari ni mood macam terlebih rajin pulak, plus perut terasa macam nak makan kek gitu. Otak dah terbayang-bayang kek yang gebu-gebu. Besttttt!

Dan hasilnya.....Taddaaaa.... 


Ini lah dia rupa sebenar KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES dari sudut atas ye. Masa kukus satu lapisan demi lapisan tu, cantik je lapis-lapis dia. Tapi bila tiba yang last ni macam berombak rindu beralun lembut pulak. Haihhhh. 


Tapi bila dah potong kecik-kecik macam ni nampak cantik la pulak...hehe. Satisfied lah even ni first trial oke! So jom makannnn! :)


# Susah la nak cari hawflakes sekarang ni....


Saturday, December 17, 2011

from 36kg to 40kg

Assalamualaikum wbt...

Lama tak update. Takde idea actually. Busy ngan bisnes skang nih. Hihihi. Nanti-nanti lah cite pasal bisnes. Sekarang ni ada cite baruuuu *macam Joyah nak ajak bergosip pulak kannn*

Back to the title, "from 36kg to 40kg", korang ingat berat badan aku bertambah ke? No...no...no. Tidak sama sekali!

Sejak cuti dok umah ni, makan tido yang menjadi rutin harian aku tetap tak berjaya menaikkan berat badan aku nih. Tssskkkkk. Makin turun ada la. Sekarang dah 36kg uollss. So, aku berazam nak naikkan sampai 40kg pon dah cukup *macam azam tahun baru pulak*

Ingat nak cari supplement untuk gain weight ni. Dah google tapi tak tau yang mana best. Duit pon tak mencukupi. So, sekarang minum susu Nespray Full Cream Fortified jeeee.

p/s: Any suggestion untuk gain weight tak?

Wednesday, December 7, 2011

dugaan apakah ini?

Hi semua. Aku kat kampung ni. Erkk...bukan kampung actually, bandar. Balik bandar...hihi

Ok, kali ramai pulak manusia dalam umah ni. Orang Sarawak pon dah berkampung kat sini. Ditambah lagi dengan orang-orang yang dah sedia ada kat sini, dan tambah pulak dengan family aku. Fuhhh...gempak giler. Aku ingat bile balik sini boleh la tenang-tenangkan fikiran, melayari internet dengan lajunya dan boleh la proceed dengan research aku yang terbengkalai tuh. Tapi, angan-angan aku hanyalah angan-angan mat jenin aje. Seriously, takleh study langsung! Macam mana la agaknya kehidupan aku bile start practical balik nanti. Nampak gaya macam nak cari umah sewa je T_______________T

Pastu, aku pulak diserang sakit secara tiba-tiba. Mula-mula rasa macam nak demam. Pastu muntah-muntah dan berak-berak keluar air je. Aku tak makan pape pon. Just minum air. Yang peliknya, aku tak rasa lapar pon. Biasa, kalo sehari tak makan mesti perut dah keluarkan bunyi yang macam-macam rentak menandakan ia lapar gile-giler T________________T

Alhamdulillah, hari ni rasa ok sikit. Harap-harap terus ok la sepanjang research aku ni. Mudah-mudahan.....

Friday, December 2, 2011

angry bird lagi....

Assalamualaikum wbt....

Okeh, tengok tajuk pon dah tau aku nak cite pasal ape kan...hehe

Macam yang aku penah tulis kat entry sebelum ni, aku nak cari aksesori untuk kereta kan. So semalam pegi Bukit Bunga. Ha...rakyat Kelantan mesti tau kat mana dan ape benda ada kat situ kan. Bagi rakyat luar Kelantan pulak, Bukit Bunga ialah tempat di mana ramai penjual sedang menjual...haha. Ala, tempat ni lebih kurang macam dekat Rantau Panjang or Pengkalan Kubur tu.

Banyak jugak melabur duit kat sini. Tak payah pegi Sogo, tak payah pegi Mid Valley dah. Hadoiiii.

p/s: Malas nak upload gambo :(


# Ada orang cakap aku ni macam budak-budak je. Pakai baju angry bird. Pakai selipar angry bird...hehe

Thursday, December 1, 2011

puisi Zahiril Adzim untuk Shera Ayob

Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.




Begitu lah puisi dari sang suami buat isterinya yang tercinta dan tersayang. Ape yang penting, komen aku, sweeeeet sesangat! Tahniah Zahiril dan Shera. Semoga bahagia hingga ke anak cucu dan berkekalan selamanya. InsyaAllah. Amin.

p/s: Ade sape2 nak tolong bacakan puisi untuk aku jugak tak? *tak malu*






Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #8

Assalamualaikum pembaca Wordless Wednesday sekalian!
Dah lama gile kot tak buat entri pasal Wordless Wednesday ni kan.
Okeh, takpe takpe.
Jom tengok sikit gambo nye.
Layannnnnn....

ni raya haji punye :)

Monday, November 28, 2011

terjun lubang!

Hari ni cuti awal Muharram kan. Cuti sekolah jugak kan. So memang tak sah la kalo takde kenduri. Buktinya, di sepanjang Lebuh Raya Timur Barat tadi banyak sangat khemah-khemah berwarna-warni gah berdiri di tengah laman. Dan aku satu family pon memang on the way nak pegi kenduri!

Owh, info lanjut pasal Lebuh Raya Timur Barat ni ada kat sini SEKILAS PANDANG dan boleh jugak mintak tolong ENCIK WIKIPEDIA. Check it out!

Nak cite sepanjang highway tu banyak sangat lubang! As usual la. Jalan ni memang macam tu tiap kali tiba musim hujan. Entah camne hujan tu laju sangat-sangat kot sampai jalan bertar tu jadi lubang. Hah kuat tak kuatnya effect die. So takleh nak drive laju-laju. Bile laju sikit je and tengah nak elak lubang, kereta mesti la macam terhuyung-hayang ke kiri ke kanan camtu kan. So para penumpang sekalian mula la bising. Lagi-lagi bila si bapa dan si emak ada sekali. Kalo drive sorang-sorang hape aku peduli. Hehe. Tapi ingat peraturan jalan raya tau!

Ok tu cite kereta terjun lubang. Sekarang nak cite pulak pasal henset terjun lubang jugak, tapi lubang toilet. First henset aku, Nokia 1600. Henset nih kira henset warisan la dari aku. Lepas aku pakai, adik aku yang nombor dua tu pulak pakai before tukar yang baru. Pastu yang nombor tiga tu pulak. And now, henset tu dah terkubur dalam lubang toilet pulak. Haihhh takde rezeki aku nak simpan die lama-lama. Sayang jugak tu!

Tapi good news hari ni ada orang belanja makan roti canai :)

TQ Abe Din!



# Gambo sekeping pon takde sebab tak sempat nak snap sebab tengah drive nak elak lubang :D

## Gambo henset dulu pon takde jugak! T_______T

Saturday, November 26, 2011

doa akhir tahun dan awal tahun

doa akhir tahun hijrah

doa awal tahun hijrah

Sama-sama lah kita mengamalkannya supaya kita dilindungi dari tipu daya syaitan dan mendapat perlindungan Allah SWT...insyaAllah.

Info lanjut di sini http://sitik.wordpress.com/2011/11/22/doa-akhir-tahun-dan-doa-awal-tahun-hijriah/

Dan boleh jugak baca antara amalan-amalan dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Muharram kat sini http://tazkirah.wordpress.com/2007/10/22/rahsia-di-sebalik-bulan-muharram/

Selamat beramal! :)

Thursday, November 24, 2011

tambah koleksi ANGRY BIRD~

Addicted? 

Hmmm...maybe aku ni boleh la kot dikategorikan dalam mild addicted to benda alah angry bird nih. Sebab aku bukan lah setiap masa main game die. Bukan lah setiap hari setiap jam setiap minit setiap saat beli produk-produk die. Aku adalah aku insan biasa yang kadang-kadang je TERbeli barangan die...hehe :)

Membazir?

Macam yang aku cakap kat atas kan, aku takde la addict sangat. So aku fikir takde la membazir sangat bile aku beli benda alah tu semua. Just untuk suka-suka je...hehe :)

Dan memperkenalkan my latest collection of angry bird....

tadaaaa....pink lagi tu nyahhhh :D

# Sedang mencari aksesori untuk kereta pulak :)



Saturday, November 19, 2011

mini reunion

Assalamualaikum wbt.....

Raya ke 4 hari tu ada satu perjumpaan geng aku waktu sekolah dulu. Sorry la baru nak update. Busy manjang je sekarang ni. Baru siapkan proposal untuk research. Dua hari lewat submit dari tarikh sebenar. Hehehe.

Ok nak cite pasal reunion kali ni. Tak dirancang dengan teliti pon, takde proper perancangan pon. Just a little bit discussion on facebook akhirnya membawa kepada pertemuan ni. Dah lama dah kitorang tak jumpe. Yela, bile semua dok jauh-jauh and busy ngan urusan masing-masing, so susah la sikit nak jumpe kan. Lagi-lagi bile dah keje.

So, tak nak cite panjang, tengok la gambar-gambar yang sempat dirakam ni. Penat dah menaip proposal. Malas pulak nak tulis panjang-panjang kat sini...hehe

Mula-mula semua berkumpul kat KBMall. Pastu dah cukup ahli gerak pegi umah Nadi kat PCB. Kat KBMall lupe nak ambik gambar. Asyik sangat bersembang tumpang meja kat KFC. Tapi tak makan pon. Maaf ye manager...hehe

Ni semua gambar kat umah Nadi.







home made roti tempayan....mak Nadi buat ni :)

Walaupun pertemuan ni singkat je, tapi amat bermakna. Terkilan jugak tak sempat nak bersantai di tepi pantai. Sebab aku nak balik jauh lagi...huhu. Takpe, lain kali insyaAllah ada masa boleh pegi pantai lak. 

Jumpe lagi!



Friday, November 18, 2011

angry bird season

Sekarang musim ape?

Musim tengkujuh.

Lagi musim ape?

Musim orang demam.

Lagi lagi?

Musim hujung tahun
*herkkk....ada ke?*

Lagi lagi lagi?

Musim ANGRY BIRD!

Yeah!!!!

Sejak giler dengan game angry bird tu, banyak dah produk-produk angry bird kat pasaran. Well done la para pengeluar produk tu ye. Ternyata produk anda memang laris. Sampai aku yang tak tahu menahu pasal game tu pon turut terjebak membeli belah barang-barang angry bird tak tentu pasal. 

Serius! After giler dok mengumpul barang-brang angry bird tu baru la aku start main game dia. Muahahaha.

Antara koleksi yang aku ada ialah key chain henfon, note book, pensel, etc. And the latest is slipper. Murah je RM7 jeeee....hihiiiii :D


my latest collection of ANGRY BIRD



Thursday, November 17, 2011

result UPSR

"Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....."

Hehehe....teringat saat dapat result UPSR 10 years back. Ingat lagi dekat cikgu kelas yang first congratulated me masa tu. Ingat lagi senyum gembira cikgu-cikgu semua. And ingat lagi muka senang hati my parents.

Terima kasih banyak-banyak for those yang banyak membantu. Masa tu, kecik lagi tak tau ape benda, tak tau lagi erti kehidupan. Dan dari situ lah bermulanya perjuangan yang sedikit sebanyak dicorakkan oleh insan bergelar cikgu sekolah rendah, atau lebih tepat lagi cikgu-cikgu di Sek. Keb. Kuala Balah, Kelantan. Terima kasih cikgu, jasamu dikenang!


lencana sekolah

Kini, aku lebih dewasa, makin memahami tentang kehidupan dan berusaha untuk moncoretkan yang terbaik untuk diri, keluarga, dan lain-lain.

So, jom sambung tulis proposal...hehe

Off....

deadline?

Ada ape dengan deadline?

Penting sangat ke deadline tu?

Perlu ke follow semua deadline?

Argghhhh stressssss tahap petala ke lapan dah ni ha! Apesal tak bagi awal-awal dulu. Ingat kitorang semua ni bahan eksperimen ke?

tapi stress aku takde la sampai tahap macam ni ok! ngaaaa :D


# Current mood: stress sangat-sangat!

## Ok continue baca articles and cari journal jommmmm!

Wednesday, November 16, 2011

peneman setia

Assalamualaikum wbt....

Korang semua sihat tak? Nikmat kan anugerah SIHAT yang kita dapat tiap-tiap hari ni. Syukur kepada-Nya. Cuba korang imagine, korang terlantar sakit kat hospital. Ditemani machine-machine yang multifunction tuh. Lepas tu, family datang melawat, kawan-kawan, sedara mara semua datang bawak muka sedih dan muram masing-masing. Kita pon jadi sedih jugak. Takleh makan makanan yang best-best, takleh buat ape yang kita selalu buat, takleh hangout ngan kawan-kawan dan takleh shopping!

Ikhlas dari hati, aku sendiri pon takleh tahan perasaan bila tengok orang sakit, especially time kat hospital. Yela, setelah 4 bulan aku berpraktikal kat hospital kan, aku dikelilingi oleh pesakit-pesakit yang sakit macam-macam. Ya Allah, hanya Dia je yang tau kenapa Dia bagi ujian macam tu. Dan bila dah diuji macam tu, membuatkan kita semakin mendekatkan diri kepada-Nya secara tidak langsung kan. Korang rasa macam tu tak? Aku rasa.

Di saat aku kesorangan ni, kotak tisu lah yang jadi peneman setia. Entah dah berapa kotak dah abes. Masa ni la aku berpikir macam-macam. Dah rasa macam jadi mat jenin pulak. Eh bukan, minah jenin....haha. *sesuai ke nama tu?* 

# Lepas laptop sakit, tuan dia pulak yang sakit T____________T

Tuesday, November 15, 2011

speechless

Laptop rosak. External rosak. Habis semua benda hilang. Senyum....tak perlu kata apa-apa. Bawak pegi kedai, dorang cakap kena format. Ok, format lah. Melayang duit aku. Pastu, tukar modem pulak. Beli modem baru yang boleh support semua windows. Melayang lagi duit aku.

Pastu, tetibe lak kereta buat hal. Entah silap apa entah takleh nak auto lock bila tekan kunci. Terpaksa kunci manually. Ahhh, macam kereta lama pulak. Dalam hati dah pikir macam-macam dah, nak kena pegi tanya kat kedai la, mana nak cari duit la. Ha...orang yang tak merasa pikul banyak beban macam aku ni dok diam. Don't jump into conclusion cakap aku macam-macam ok! T_____________T

But, everything's ok for now. Alhamdulillah laptop ok, kereta ok. Hanya external je. Lepas ni tak nak kasi sape-sape pinjam dah! Ni bukan kedekut tapi berhati-hati ye.

Masa untuk bekerja keras. Need to go!

14.11.2011

Hari ni dalam kenangan...ecehhh takleh bla....haha.

Ok, hari ni birthday awak kan. So I wish you happy birthday. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan semua yang lain la. Nak tulis kat sini nanti tak cukup space pulak kan...hehe

Friday, November 4, 2011

dating girlfriend

Hye.....

Cite ni dah lama. Dalam tiga minggu lepas kot. Tapi nak cite jugak...hehe.


Haaa....ni la dia girlfriend aku tu. Jangan salah sangka lak ye. Ni best friend aku masa zaman matrix lagi tau. Dah lama tak jumpe. Yang kelakarnya, masing-masing dok dekat je, satu bumbung kot dekat Kubang Kerian tu. Tapi takde masa nak jumpe. Masing-masing bz kannnn....hehe

So di kesempatan yang ada ni, aku ajak la dia hang out mana-mana. Konon nak buat surprise birthday celebration dia la. Tapi tak tau tempat yang best kat bumi Kelantan tanah air tercenta nih. *nama je orang sini tapi tak tau pape...hehe* Alih-alih KBMall jugak yang jadi pilihan hati. Ehemmmm...si dia beli henfon baru babe! Aku cuci mata je. Dah penat window shopping, mesti la nak isi perut kan. Tapi semua western food restaurants penuh and sesak! Takde seat kosong pon. Biasa la waktu-waktu camtu, plus weekend lak kan, shopping mall ofkos la sesak dengan budak-budak yang entah macam ape entah. Tak tau nak describe camne...huhu

Lastly, kitorang pegi area Pengkalan Chepa and stopped by at Food Village. Si dia tu nak makan makanan bergoreng and aku pulak xkesah pape pon. Sekali waiter tu cakap kat situ dorang hanya sediakan chim chum a.k.a steamboat sahaja. *malu* Kitorang pikir-pikir nak ke makan. Then, nasib baik si waiter tu cakap, kalo nak cancel pon takpe. So, kitorang pon blah la...hehe. Akhirnya, kitorang singgah kat Sate Malaysia, area situ jugak. Order sate la kan dan ada jugak makanan yang lain!

ni sate yang kitorang makan...dah abes dah...sedap nyahh!!

si dia makan nasik goreng special =)

aku makan mee hailam jeee. see udang besar tu. nyum nyum :P
p/s: Happy belated birthday girlfriend! 



Thursday, November 3, 2011

tiada yang indah melainkan.....

Assalamualikum wbt....

I'M STAYING AT HOME NOW!!! 

Heeeee....saje je nak buat korang semua jeles. Eh ni buka setakat dua tiga hari or dua tiga minggu tau. I cuti 3 bulan u olllls....hahaha. Opppssss...aku cuti bukan sebarang cuti nih. Cuti 3 bulan ni kena siapkan research. Tapi sekarang seems takde idea la nak buat research pasal apa after proposal lama rejected. Rejected sebab dah ada senoir buat tajuk tu. Dulu masa buat proposal lulus pulak tajuk tu. Sekarang bila nak proceed macam-macam hal la pulak. *nasib la labu*

>>>>>>> pikir-pikir nak buat tajuk apa....hmmmmmm*


  

Saturday, October 29, 2011

plan yang hanya tinggal plan!

Seawal seminggu sebelom berlangsungnya Karnival Jom Heboh ni aku dah plan ngan sorang member nak pegi. Konon cadang nak pegi dua hari berturut-turut. Alih-alih tiba harinya, tak jadi pulakkkk. Jumaat pagi tu hujan lebat giler. Tak syok la kan nak ronda-ronda pusing-pusing booth kat sana. Pastu, tunggu la hujan reda. Tunggu punya tunggu dah petang. Bila petang mood malas pon muncul la. Yela, tak best la pegi kejap je kan. Plus, malas nak drive malam sebab takut nak masuk simpang depan tu...hehe

Hari Sabtu lak member sorang tu tak jadi. Takkan aku nak merayau sorang-sorang pulak. Ahhhh....tak best nyeeeee hidup sorang takde teman nih! *nasib badan*

p/s: Agak terkilan tak dapat pegi sebab jarang dorang nak create event macam ni kat KELANTAN!

Friday, October 28, 2011

Jumaat 28 Oct 2011 bersamaan 1 Zulhijjah 1432

Rasulullah SAW bersabda: 


"Tidak ada satu hari pon amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan hari-hari 10 Zulhijjah ini. Oleh itu, perbanyakkan lah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)"


Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan ialah:

  • 1-8hb: puasa sunat
  • 8hb: hidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah
  • 9hb (hari wuquf): puasa sunat dan baca surah Al-Ikhlas 1000 kali
  • 10hb (aidiladha): solat sunat raya, baca takbir, ibadah korban

p/s: Daripada sumber yang dipercayai. Selamat beramal! 











Thursday, October 27, 2011

tamat sudah sem 7!

Alhamdulillah....akhirnya tamat jugak sem 7 ni dan tamat jugak lah practical untuk 2 areas. Lepas ni masuk sem 8 ada lagi another 2 areas, peadiatric and psychiatric. Harap-harap dapat score yang terbaik la. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi markah untuk kitorang. Markah sangat-sangat la bagus. Selebihnya, tunggu markah lecturer je. *redha*

Hari ni adalah last day. So ape lagi kalo bukan aktiviti bergambar kenang-kenangan kan. Macam tak jejak sini pulak je gaya nya. Hahaha. Petang Khamis, macam biasa, memang patient takde appointment. So sempat la kan kitorang bergambar. Kali ni meriah sikit sebab ada junior sem 3. Diorang baru two weeks practical kat situ. Jom tengok the pics :D



kami bertiga =)

kitorang bertiga =)

senior + junior

Pastu, di kala hari last ni murah pulak rezeki. Ada sorang therapist tu blanje kitorang nasik sebungkus sorang. Nasik bungkus pon ok la tu janji dia belanja kan. Haaa.....korang ada?

Alkisahnya dapat nasik bungkus ni pon sebab aku tolong bawak dia pegi ambik barang kat umah sewa dia. Masa balik nak park kereta, adalah satu insiden. Kereta bahagian belakang belah kiri sipi-sipi je ngan kereta sebelah. Pastu masuk slow-slow. Ok, dah park, cantikkkkk. Sekali keluar tengok kereta sebelah ada kesan geseran kaler putih babe! Tapi tengok kat kereta aku takde kesan pape lak. So kira bukan salah aku la kan?

p/s: Masih lagi dalam mood 'awareness' ngan kereta manual :P

Friday, October 21, 2011

long long time ago...

Alhamdulillah....ada jugak masa nak bukak blog ni and ada hati jugak nak update blog. Akhirnya kan...haha

Yeah...lately sangat-sangat busy ngan practical. Now, dah nak abes 2 areas dah. Cepat giler masa berlalu kan. Sampai aku pon tak menyempat-nyempat nak update blog...hihi

Ok lah. Got to go now. Nak siapkan slide case presentation jap. Babai!

Friday, September 30, 2011

Contest Cinta Raya!

Salam you alls. Sihat tak?

And salam Sayyidul Ayyam too. Jumaat penghulu segala hari. Semoga kita semua beroleh keberkatan. InsyaAllah.

Contest Cinta Raya? Kat sini yours truly ni nak mintak tolong kengkawan semua tau. Alaaa sikit je. Cara dia senang je.

First, korang tolong like page fan ni ye http://www.facebook.com/pakarcintafans

Then korang tekan like pulak kat pic ni http://www.facebook.com/photo.php?fbid=276047789085894&set=a.262145377142802.72740.166159836741357&type=1&theater

Orait done!

Tenkiu you alls! :)

p/s: Kalau korang nak join pon boleh. Pastu kita exchange vote ok?

Tuesday, August 30, 2011

salam lebaran

Assalamualaikum.....wbt

Di kesempatan yang mulia ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali insan yang kerdil ini.
*ayat skema*

Dan jugak salam kemerdekaan yang ke 54.

Raya pon raya jugak. Merdeka pon merdeka jugak. Jangan lupa jaga diri. Jangan main mercun sampai tak ingat dunia pulak. Dan jaga lah hati orang-orang di sekeliling anda!

Selamat berhati raya :)


Ikhlas dari ,,,,

ni last year punye raya :)



Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #7

Teka teki di WORDLESS WEDNESDAY


Binatang apekah ini?

Sape dapat jawab dengan betol dia terer....heheh :P

Saturday, August 13, 2011

secebis doa buatmu


Jika mahukan yang soleh, kurangkan agenda mencari si soleh tetapi berusahalah menjadi yang solehah




Jika mahukan yang solehah, janganlah cerewet mencari yang solehah tetapi berusahalah menjadi yang soleh



tabik spring dekat STAFF NURSE!

Assalamualaikum!

Hai korang...puasa tak?

Kecik kecik dulu selalu je orang cakap, "kalo puasa cukup dapat duit raya". Mesti korang pon pernah dengar kan. Puasa semata-mata kerana duit. Tapi takpe la. Yang penting sedikit sebanyak ia dapat mendidik kita untuk berpuasa kan. Niat tu yang penting. Dan ikhlas jugak...hehe

Bulan puasa ni boleh balik awal. Awal setengah jam je pon. Tapi yang tak best nye waktu rehat daripada satu jam setengah dipendekkan kepada setengah jam! Tak aci right? Balik awal pon still takde maknanya kalo kena ngadap jalan yang jam! Nasib la labu...huuu

Tapi satu yang aku nak puji untuk bulan yang mulia ni. Semulia kerjanya lah. Dorang la yang basuh berak patient. Dorang yang basuh kencing patient. Dorang yang mandikan patient. Banyak dugaan tuh. Aku yang tebgok sendiri pon rasa macam tak mampu je nak buat macam dorang. Tambah tambah lagi dalam bulan puasa ni kan. Patient sorang pon dah banyak songeh. Ini kan pulak patient lain yang ramai menetap sementara dekat ward tu kan.



Apa pon aku nak tabik spring la dekat staff nurse kat hospital tu. Tanpa mereka sape nak buat semua tu kan? Kadang family sendiri pon malas nak ambik tau hal hal macam ni. Then, end up patient tu terlantar je macam mayat hidup kat umah. Kesian kan.

To all staff nurses di luar sana, keep up your good job! All the best! :)


Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #6

WORDLESS WEDNESDAY KEMBALI!!

Macam biasa...just drop a comment ok guys! :) 




Saturday, August 6, 2011

non stop

Kisah weekend aku.

Hari khamis after keje terus gerak balik umah and of course la berbuka dalam kereta. OK sampai umah makan nasik terus tido.....

Hari jumaat rileks je kat umah. Tapi keje menimbun la jugak. Assignment tak gerak gerak. Case study pulak tak siap siap. Tak tau nak cakap apa. OK terus search info info yang berkaitan....

Hari sabtu tiba. Bertolak awal pagi dari umah sebab nak pegi shopping baju raya...hehe. Pegi ambik adik dulu kat asrama kat Machang then balik PC dulu hantar nenek and segala barang tuh. Lepas tu baru mulakan misi shopping cari baju raya. Punya la pening mana nak cari kaler yang cun. Dah la cuaca penas terik. Tekak haus giler.

Siap beli semua barang, hantar adik balik Machang. Patah balik ke PC, sampai umah continue buat keje keje yang tertangguh.

Oh penat yang amat!

Mau tido...bye!

zzzzzzzzz......

Oppsss....sebelum tu, meh layan gambar ni dulu :P

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #5

MEMPERSEMBAHKAN.....

v
v
v
v
v
v
v

WORDLESS WEDNESDAY!

panjangnyaaaa......

Monday, August 1, 2011

dugaan berpuasa

Salam Ramadhan....

Alhamdulillah sempat jugak bertemu Ramadhan kali ni kan. Dan semoga sempat jugak mengakhirinya dan menyambut Aidilfitri nanti...hehe tak sabar pulak :D

First day puasa dah macam macam dugaan terjadi. Tekak mual and perut rasa bergelora. Tu baru tengok burn cases and buat scar massage je. Belom lagi  masuk OT operate orang....huhu

Tapi Alhamdulillah akhirnya jarum jam bergerak jugak ke angka 4.25 petang. Okeh bulan puasa ni time balik keje dah ubah sikit. 4.25 petang dah boleh balik. Khamis pulak 4.10 petang. Yeayyy! Harap harap sempat la berbuka kat umah khamis ni....insyaAllah

Unfortunately, jalan still jam! Balik awal pon macam takde guna gak. Tapi better sikit la daripada sebelum ni. At least tak berbuka kat tengah jalan kan....hihihi

Then, selamat berbuka!  

Friday, July 29, 2011

ahlan wasahlan ya RAMADHAN

Kian berlabuh tirai Syaaban, 

Lambaian Ramadhan kian dinanti, 

Luhur hati ikhlas amalan, 

Semoga segala ibadat Allah berkati...



Semoga aku sempat bertemu mu ya Ramadhan....

Semoga aku tawaduk mengerjakan amalan sunat mu ya Ramadhan....

Semoga aku diberi kekuatan untuk mengharungi mu ya Ramadhan....

Dan semoga aku beroleh keberkatan sempena kedatangan mu ya Ramadhan....




Monday, July 25, 2011

a worst day

Agak memenatkan tugas seorang pelajar ditambah pulak dengan dua role yang berlainan iaitu menjadi seorang pekerja dan juga suri rumah di umah sendiri la. Pagi pagi dah kena bangun siapkan diri. Pastu kena buat sarapan sendiri. Kena keluar umah awal awal sebab takut tak dapat parking nanti...haha. Ni belom lagi ada suami ada anak kan. Macam mana la dorang yang dah berkeluarga dan tengah further study. Aihhh tak dapat eden nak bayangkan la.

Dan setelah 3 minggu aku berpraktikal kat situ, mengulangi rutin harian yang sama, tiba tiba aku hampir nak pitam pulak. Dah tu depan patient and depan therapist yang aku follow. Haaaaa....malu giler rasanya. Padahal aku pernah je tengok patient yang lagi teruk daripada tu.

Tak tau sebab apa. Banyak berfikir kot...eheh :D

Harap harap lepas ni takde lagi macam tu. Semoga aku dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang setahun ni situ dan selama lamanya la...Insya Allah

Semoga Allah permudahkan.

Wednesday, July 20, 2011

poor performance

Short entry begin....

OK hari ni adalah hari useless aku. Nak nangis pon ada. Oleh sebab aku terasa useless sangat sangat sampai effect dekat aku punya style driving....haha. Ada kaitan ke? Ada la sebab aku drive manual. Asyik mati je tengah jalan....arghhhhhh. Pastu, bila nak keluar or masuk simpang lama giler aku ambik masa. Siap kena hon lagi. HADOIIIII. Bad day lah aku rasa....hmmmm :(

Wordless Wednesday #4

apa kata anda?

Friday, July 15, 2011

eeee kotor laaa!

Assalamualaikum!

Nak tanya la, korang rajin tak baca paper? To be honest, aku malas nak baca paper...hehe. Lagi lagi paper yang banyak cite cite mengarut yang mana pada pendapat aku la kan, cite tu kalo tak tulis pon xpe kot. Saja je nak kasi laku kan. Tajuk highlight bukan main lagi. Takleh blah. Tapi cite nye hampeh je...huhu. Baik baca online. Jimat sikit. Tak gitu kawan kawan?

Tapi kan baru baru ni yours truly ni ada terbaca satu artikel pasal teknologi terkini la lebih kurang. Macam macam produk saintis kat dunia ni cipta kan. Kalo korang nak tau klik sini okay.

****** tunggu korang baca dulu la ******



Amacam? Dah abes baca kan? Best tak? Rasa nak cuba tak? Apa pendapat korang?

Pendapat aku? Loya tekak...hahaha.

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #3

Wordless Wednesday datang lagi. Orait tak mau cakap banyak sebab penat baru balik keje and penat drive MANUAL ok! So, nak tanya pendapat korang tentang gambar ni. Do leave a comment! :) 

Friday, July 8, 2011

dedication




Baby I love you and i'll never let you go

But if I have to boy I think that you should know

All the love we make can never be erase

And i promise you that you will never be replaced

Baby I love you and I'll never let you go

But if I have to boy I think that you should know

All the love we make can never be erase

And i promise you that you will never be replaced

I love you yes i do

I'll be with you as long as you want me too

Until the end of time
 

From the day I met you
 

I know we've be together

And now I know I wanna be with you forever

I wanna marry you and i wanna have your kids

Thinking never compare to feel enough to kisses

I can say i'm truly happy to the same

You've made me think I'll die and live my life everyday
There's never been no doubt in my mind
 

That i'll regret ever having you by my side
 

But if the day come that i'll have to let you go

I think that something I should probably let you know
With everyday that i spent with you
 

Then i will miss you cuz i'm happy that i have you at all
 

Baby I love you and i'll never let you go

But if I have to boy I think that you should know

All the love we make can never be erase

And i promise you that you will never be replaced
Baby I love you and I'll never let you go

But if I have to boy I think that you should know

All the love we make can never be erase

And i promise you that you will never be replaced

I feel for you yes i do
 

I'll be with you as long as you want me to
 

Until the end of time



>>>> Special dedicated to you who always be in my heart...WINK WINK :)


aku dah ketinggalan ke?

Hari ni dah jumaat! Dah genap seminggu aku menjalankan rutin sebagai seorang pekerja. Praktikal pon sama macam keje la kan. Masuk office hour balik pon time office hour jugak. Takde sendiri punya hour okayy. Tapi kat tempat aku keje nih, sign in pukul 8.10 and then sign out pukul 4.55 except khamis 4.40. SIGN okay takde punch card. Agak kuno di situ...teetttt!

Dan setelah busy ngan patient yang macam macam penyakit and agak blur kerana baru first time berpraktikal, aku dah ketinggalan WORDLESS WEDNESDAY! Lupa nak update. Yela, penat la konon kan. Balik keje rehat jap. Pastu buat keje keje surirumah, makan, tengok tv jap, masuk bilik on laptop cari info *rajin* bukak FB *wajib*. Lastly mata dah ngantuk, so tido la...haha. Tapi takpe, tunggu rabu depan ye. Bye!

Monday, July 4, 2011

it's all about the first day

Yeah. Alhamdulillah tadi sampai department pukul 8.04 minit pagi okayyy. Driver lambat. Maklum la kene merentasi Sungai Kelantan dulu baru sampai...haha. Tapi takpe, setelah di-briefing oleh ketua unit, waktu sebenar bekerja ialah pukul 8.10 am - 4.55 pm. Briefing just pasal disiplin and attitude. Hah awal awal lagi dah kena warning JANGAN DATANG LAMBAT! Alasan TRAFFIC JAM tak diterima! Okeh okeh saya paham....

After briefing pergi daftar kat sumber manusia. Dorang nak gambar pasport. Oh demmm. Semua gambar pasport aku ada kat umah. Takde kat sini. Sekian. Ingat nak gi kedai malam ni. Sekali lagi si driver lambat jemput pulak. Tup tup kedai dah tutup. Hah padan muka. Masa purse kosong ni la ada orang mintak nak gambar. Masa purse penuh bersepah ngan gambar takde lak orang mintak!

Berbalik kepada cerita asal. Lepas tu pusing pusing department, tengok kat fisio and orthotic jap. Pastu balik tempat asal. Duduk tunggu abes office hour. Ok dah boleh balik. Itu saja untuk first day. Tak banyak kannnn. Heh...nervous lak tunggu besok. Chillll.

Saturday, July 2, 2011

and I'm soooo nervous!

Today is Saturday. July 2nd.

Tomorrow is Sunday. July 3rd.

And tomorrow is the day. The day where a new life begins. The day where I will get busy. Proposal, research, case study which I will go through.

Sigh.

Hope for some brightness.


Friday, July 1, 2011

belajar dengan cikgu garang :D

Praktikal punye pasal aku terbeli kereta manual. Sebab duit tak mencukupi. So setelah bertahun tahun tak drive manual akhirnya aku turun padang belajar balik drive manual dengan CIKGU GARANG....hehe * jangan marah ye! * Alkisahnya memang susah nak handle bila dah terbiasa dengan auto. Rasa macam down pon ada. Macam diri ni tak berguna je. Dah la nak start praktikal dah ni. Argghhhhhh....

Thursday, June 30, 2011

keputusan dan janji

Bercakap mengenai soal kehidupan. Pelbagai ragam. Pelbagai kerenah. Sepuluh juta orang sepuluh juta la perangai. Senangnya orang buat keputusan. Senangnya orang menabur janji. Tapi adakah keputusan itu lahir dari hati yang ikhlas? Tegar kah hati menerima keputusan yang telah dibuat itu? Adakah perbuatan seiring dengan janji yang telah dilafaz?

Jangan buat keputusan masa kita tengah marah dan jangan buat janji masa tengah gembira 

Masa tengah marah, hati kita tak keruan. Mudah dihasut oleh syaitan. Mood swing. So apa apa tindakan yang kita ambik waktu tu perlu lah difikir dihitung banyak kali. Tak mau menyesal di kemudian hari. Masa kita tengah gembira pon berpada pada lah buat keputusan. Terlajak kereta boleh lagi nak reverse kan. Tapi kalo terlajak kata tak tau nak cakap apa.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna

Soal janji pon sama. Jangan menabur janji jika diri rasa tak mampu untuk berkorban. Jangan nanti tinggal janji semata mata. Habuk pon takde. Kelak orang akan membenci kita.

Dan ketahuilah orang yang suka mungkir janji itu adalah dalam golongan orang yang munafik



p/s: Paling tak suka orang yang mungkir janji!



Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #2

Wednesday datang lagi. So jom layan wordless untuk hari ni. Enjoyyyyy!

Monday, June 27, 2011

mahalnyaaa

Sabtu lepas konon konon family outing la. Kami satu family keluar kecuali adik laki aku yang nombor 3 tu tak ikut. Sebab dia stay kat asrama. Eh tapi dia keluar jugak ari tu pegi Tesco ada show. Maklum la, band sekolah dia wakil negeri. Next week final kat PICC. All the best bebeh!

Actually keluar sebab nak jumpa pegawai bank ada hal sikit. Rahsiaaa...hehe. Tapi alang alang keluar biar menyeluk pekasam kan. Menyeluk pekasam biar sampai ke rebungnya. Eh pekasam apa? Rebung apa? OK dah stop mengarut. Kesian cikgu BM aku.

Kami beli barang dapur la sikit kan alang alang keluar. Ayah aku punya style ambik troli, ambik barang, ambik ambik ambik, then terus queue kat kaunter. Kami yang pompuan nih tak siap lagi memilih. Sometimes it's feel soooo boring shopping ngan orang laki. Dorang tau nak cepat je. Kita nak jugak la pilih pilih kan. Pilih brand, pilih harga, pilih kualiti. Yela, kita sebagai pengguna ni kan ada hak untuk memilih. Macam tu jugak la dalam politik. Eh politik sudah.

Dah. Aku just nak cakap total beli barang semua sekali ialah menghampiri 200. Mak aihhh. Barangnya takde la banyak sangat. Beli yang keperluan semasa je. Ala penuh satu bonet je. Bonet kancil okayyy. HAHA. Tapi tu la, barang sekarang makin mahal kan. Sama gak macam minyak. Bila naik mesti dah tak turun turun dah.

So, berjimat cermat adalah amalan yang mulia. Cakap kat diri sendiri jugak sebab sekarang tengah sengkek duit tak masuk lagi. Praktikal dah nak start nih. Perut kena isi. Minyak pon kena isi. Hmmmmm.






Sunday, June 26, 2011

puding tembikai

Assalamualaikum!

OK, next resepi nak share resepi puding tembikai. Kalo kat kedai mahal tau. Bulan puasa baru jumpa. Tapi senang je cara nak buat. Tak tau la pasaipa depa jual mahal. Maybe susah nak buat lapis lapis tu kotttt. Tapi takde la susah sangat. Senang jeee I tell youuuu. Ecececeh.

ni aku punya version...puding tembikai takde biji...tehhee


Bahan bahan :-
- 1 paket agar agar serbuk plain (tanpa warna)
- 2 keping roti gardenia
- 4 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 2 sudu besar mentega
- 1 sudu kecil esen vanila
- Sedikit cincau dipotong kecil / bijan hitam
- Sedikit pewarna merah dan hijau

Cara cara :-
1) Masak agar agar dengan gula dan air hingga gula hancur.
2) Sambil itu, rendam roti gardenia dalam susu cair dan carik carikkan. Blend roti bersama susu cair tadi dan juga susu pekat.
3) Masukkan bahan blend tu ke dalam periuk. Masukkan juga esen vanila dan mentega. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Tutup api.
4) Ambil sedikit adunan (1cawan), warnakan dengan pewarna hijau sebagai kulit tembikai. Biarkan keras sedikit.
5) Ambil sedikit warna asal (3/4 cawan), curahkan atas lapisan hijau tadi. Biarkan keras sedikit.
6) Adunan selebihnya warnakan dengan pewarna merah dan curah atas warna asal tadi. Taburkan potongan cincau / bijan hitam. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais.

p/s: Ini hanya sekadar resepi. Sukatan bergantung pada citarasa memasing. Lain orang lain caranya kan. Selamat mencuba!

Thursday, June 23, 2011

kita-kita yang indah

Allah SWT tidak menjadikan nabi dalam kalangan wanita tapi Allah SWT memuliakan wanita dalam al-Quran dengan menamakan surah ---> An nisa'

Manusia pertama yang beriman kepada Allah SWT selepas Rasulullah SAW ialah wanita ---> Khadijah r.a

Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita ---> Sumayyah r.a

Dan Allah juga mengangkat perbuatan seorang wanita yang berlari lari antara Safa dan Marwah dalam rukun haji iaitu saie ---> Siti Hajar r.a



Allahuakbar! Begitu mulianya wanita di sisi Allah SWT kan. Alangkah indahnya jika kita pon berupaya jadi macam mereka yang tentunya menjadi penghuni syurga. Ayuh kawan kawan! Belom terlambat lagi ni. Sentiasa lah beramal mengikut ajaran Nya. Mohon petunjuk dari Dia Yang Mencipta kita. Slow slow buat perubahan tak salah kan.

May Allah bless.

More details klik iluvislam.com



Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday #1

First time join benda alah ni. Enjoyyyy!



Do drop your comments okay?? TQ.

Tuesday, June 21, 2011

dia yang aku tunggu

Assalamualaikum kawan kawan....

Alhamdulillah....rasa lega sikit lepas dapat tau sapa gerangan orang yang aku nanti nantikan selama ni. Mula mula cuak gak. Takut. Risau. Segala macam rasa la. Bercampur aduk menjadi satu iaitu blurrr. Boleh buat sayur campur nih...heheh

Ok sabar sabar. Korang nak tau sapa yang aku dok tunggu tu? Haaa...supervisor aku la. Kan aku ada penah cakap pasal supervisor kat sini

Aku dapat lecturer foreigner dari India. Pompuan. Berkahwin. Heh...tu jela ye. * nak tau lagi sila berkenalan ngan beliau * Lecturer ni baik. Sangat sangat la helpful. Mintak mintak banyak la ilmu yang dapat aku tuntut daripada beliau nanti. Dan banyak jugak la beliau tolong betolkan research aku tu...hihi

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Ya Allah, permudahkan lah urusan hamba-Mu ini :)

Monday, June 20, 2011

she hurts and she cries

Dia terluka dan dia menangis dalam diam. Tiada siapa yang perasan akan kelukaan hatinya kerana dia sentiasa tersenyum. Menyorok kepahitan hidup barangkali. Masanya banyak dihabiskan mengenang kisah kisah lampau dan detik terindah dalam hidupnya. Kekadang dia mengeluh. Kenapa dia yang harus menerima perpisahan ini? Apa salah dia? Bukan ini yang dipintanya. Tapi, dia harus akur, kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun bukan secepat ini yang dipinta. Dia masih lagi memerlukannya di sisi. Menemani hari hari yang mendatang tanpa jemu. Meniti hari hari bahagia bersama. Bersama selamanya. Bagi dia, biarlah maut yang memisahkan mereka. Tapi apakan daya, dia pergi jua tanpa dipinta.




It's really hard to suddenly forget someone we love 

Dia menangis sendirian. Tidurnya seringkali diganggu kenangan bersama. Dia ingin sekali melihat si dia. Rindu yang datang mengasak sanubari. Terasa sakit yang amat. Begitu perit sekali.

Jika seseorang datang membuat kita kecewa, marah, bengang, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar

Ya. Dia memang kecewa. Dia memang marah. Dan dia memang bengang. Namun dia tidak mampu berbuat apa apa. Perasaan itu semua memang mengajarnya erti sabar. Namun sampai bila dia harus bersabar. Sabarnya juga ada batasannya. Air mata yang ditahan sekian lama bertakung juga di tubir mata dan akhirnya mengalir juga. 


p/s: Jangan sedih sedih. Cheer up! :)