Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday #10



Aktiviti satu


Buat isi masa lapang


Ehemm....


Masa menganggur actually


^___^




Tuesday, July 17, 2012

Alhamdulillah...tiada ungkapan lain

Alhamdulillah, habis jugak 4 tahun bergelar seorang pelajar.


Alhamdulillah, siap jugak thesis walaupun tajuk tak segempak macam orang lain, sehari sebelum present dah 50-50! *situasi yang agak bahaya*


Alhamdulillah, dapat kumpul kenalan dari semua negeri. Pantai timur, pantai barat, utara, selatan semua ada dalam satu kelas.1 Malaysia lah katakan. HEHEHE


Alhamdulillah, for every tears, for every pain, all of them were settled *even kadang-kadang terpaksa simpan problem sorang-sorang huuuuu*


Alhamdulillah, dapat mak ayah yang tak henti-henti mendoakan yang terbaik untuk puteri sulung mereka ni, tak pernah putus memberi sokongan dan galakan. Semoga mereka juga dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya, InsyaAllah.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.


Semoga lulus cemerlang.


Semoga cepat dapat keje.


Aminnnn.


Monday, June 18, 2012

Antibiotik Hati



Sama macam yang awak pesan kan.

InsyaAllah.

Doakan saya jugak! 

^______^

Friday, June 1, 2012

diriku kosong...kosong...oooo



Yezzaaaa....
Praktikal dah abes.
The end.
Senyum lebar-lebar.


(^__________________^)


Tapi, hati ni masih lagi tak rasa pape.
Fizikal memang senyum je manjang.
Maklum lah, lepas ni dah tak payah bangun pagi-pagi.
Dah tak payah rushing drive nak berebut parking.
Dah tak payah tido hotel :D


Hati runsing sebab pikir banyak benda.
Banyak yang belom setel.
Semua ni buat aku rasa kosong je even dah tak payah pikir pasal praktikal.


Hmmmmmmmm.


Rahsia hati tak siapa yang tau.

Friday, May 11, 2012

cerita kadang kala




Kadang kala kita terpaksa mendiamkan diri dari bertanya khabar kerana takut untuk mengetahui sesuatu kebenaran. Bukanlah  bererti diri ini takut. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga dan persediaan daripada sesuatu yang lebih buruk. Benarlah kata pepatah, berdiam diri adalah lebih baik dari berkata-kata. Banyak bercakap perkara-perkara yang tak sepatutnya kelak takut memakan diri.


Kadang kala kita tidak perlu untuk mengintai-intai kesalahan orang lain, lalu menuding jari di atas kesalahan itu walhal belom lagi mengetahui akan kesahihannya. Cuba lihat dan renung diri sendiri dahulu sebelum lantang bersuara menjatuhkan hukuman. Cuba letakkan diri anda dahulu dala situasi tersebut sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya. Berfikirlah sejenak. Tuhan Maha Adil. Suatu hari nanti, akan terbukti jua yang mana salah dan yang mana betol.


Kadang kala kita tidak perlu terlalu memilih sehingga tidak terpilih. Walhal yang baik itu sudah pon ada di depan mata. Buatlah pilihan sewajarnya. Pertimbangkanlah kata hati dan akal fikiran untuk mendapat satu pilihan yang tepat. Dan kadang kala perlu juga mengambil kira pendapat orang luar, jangan terlalu ego untuk menolak kepelbagaian buah fikiran.


Kadang kala kita tidak perlu seiring sejalan dengan trend-trend terbaru yang makin bercambah dan bertambah memeningkan jiwa seperti cendawan yang giat tumbuh selepas hujan kerana AWAS, kita sebenarnya sedang mencari pasal. Mencari pasal dengan akibat yang bakal diharungi jika kaki tersilap langkah, tersilap arus.



Tuesday, May 1, 2012

kadang-kadang lelaki lebih memahami...

Salam u olls.


Lama giler tak update pape kat sini, alih-alih bukak cite pasal LELAKI!


Haaaa...jeng jeng jeng :P


Actually, takde pape yang best pon. Just nak share idea pasal lelaki.


Bila mintak tolong pape, kadang-kadang lelaki yang terlebih dahulu menghulurkan bantuan berbanding kaum wanita even kita mintak tolong dari kaum wanita dulu. Korang pernah kena macam tu tak?


Maybe lelaki ni senang nak berdiskusi atau tak ambik pusing sangat akan sesuatu hal. Nak-nak lagi, pasal kawan. Mostly semangat berkawan dorang tu tinggi. Tapi kalo pasal kekasih hati lagi la dorang take care kan. Yang tu takleh nak disangkal lagi la kannnn.


Tapi ada jugak lelaki yang suka ambik kesempatan atas kesusahan orang lain. Ada jugak yang menghulurkan bantuan berlapik. Maksudnya, ada udang di sebalik mee. Haaa, yang ni kena hati-hati sikit. Pandai-pandai la, kita yang kawan dengan dia, mesti kita kenal sape dia kan.


Tak semua lelaki sama kan. Teringat kata-kata seorang sahabat, LELAKI SEMUA TAK SAMA, LELAKI BERIMAN LAIN, LELAKI TAK BERIMAN LAIN =)


Chills.


Selamat hari pekerja.


p/s: Saya cuti panjang sebab dapat mc 2 hari (^_____^)




Saturday, February 18, 2012

the memoir - PART 2

Malam-malam pergi Pasar Borong Wakaf Che Yeh. 
Nak tau? 
Sila guna khidmat ENCIK GOOGLE ok!


Menyusuri kaki lima kedai. 
Intai-intai gerai orang. 
Toleh kanan.
Toleh kiri.
Pandang orang sana sini.
Takut-takut kalo ada kan :D


Tiba-tiba sehelai baju menjadi santapan.
" I LOVE KELANTAN "
Sebab aku orang Kelantan.
So, macam tak kena je kalo tak beli.
Padahal ok jeeee!
*hahahaha nampak sangat takde benda nak beli kannnn*


Hmmmmm......






Thursday, February 9, 2012

Ainda & Irwan

5 Februari 2012


Selamat Pengantin Baru!


Semoga berkekalan hingga ke anak cucu cicit dan sebagainya ^^


pelamin mereka


tahniah Ainda & Irwan

ok gambar ni jelas menunjukkan yang aku si budak tak matured
bergandingan dengan si kakak yang jelita =)



Ainda ni kawan sekelas masa sekolah rendah merangkap member satu kampung la.


p/s: Doakan saya supaya cepat-cepat dapat jodoh ye...Amin :)




Tuesday, February 7, 2012

terima kasih CIMB Cliks!

On my birthday, dapat call dari pekerja ABX Delivery yang aku ada bungkusan perlu diterima. Dia suruh ambik kat main office memandangkan aku ada kat KB waktu tu. 


Dalam hati, ok baju aku dah sampai. 



Tapi pelik. Kenapa Kak La guna ABX Delivery, bukan poslaju. Aku pon tanya Kak La. Kak La cakap guna poslaju....haihhhh

Sape pulak yang baik hati nak bagi hadiah birthday nih?
*perasaan!*

Dua hari lepas tu aku pergi office ABX yang dekat Kb Mall tu. Dapat barang terus sign. Lupa nak tengok sape pengirim. Masuk dalam kete, bukak bungkusan tuh. 



Taddaaaaa.....



Lor.....apesal pulak CIMB ni baik hati bagi aku hadiah? 
Ada surat dalam tu, cakap tahniah anda menang click and win contest from CIMB Clicks. Aku ingat ada orang nak prank ke ape, tapi bila tilik punye tilik surat tu beribu kali, and ada sign orang CIMB, baru la aku percaya. Dan dekat octopus tu pon ada tag CIMB Cliks. Ok lah, aku terima dengan redha....hahahaha


Terima kassssihhhh!
*Apek's version*









Sunday, February 5, 2012

the memoir - PART 1




Di mcD....


Lunch hour.


Prosperity chicken set.


Pakai baju sama, seluar sama dan tudung pon sama. 


Hahaha...


Nice kan. Kebetulan je =)




Friday, February 3, 2012

Jalan TAR VS Wakaf Che Yeh

Dua minggu lepas turun KL. Opss, turun Puncak Alam actually. Jumpe supervisor buat pertama kalinya...huhu. Pergi balik dengan bas sebab takde orang yang sudi jadi co-pilot nak bawak my blue rock tu jenguk-jenguk KL. Takpe la.


And you know what, Puncak Alam dah banyak berubah I tell youuuu. Hahaha. Serius aku tak pernah jejak sana after abes sem 6 hari tu. Dah banyak construction kat situ sini. Dan, highway kat dalam tu pon asyik busy jek. Harap-harap takde la berlaku kemalangan lagi. Hati-hati memandu ye!


Setel hal kat sana, straight away pergi Wangsa Maju pulak. Tido kat umah pak ngah. Esoknya nak shopping kat Masjid India! Yeayyy! And mau intai-intai Sogo jugak! Ngeeee :D


Perjalanan ke Wangsa Maju dengan menggunakan perkhidmatan bas RapidKL dari Puncak Alam amat lah lembab. Oh tidak, naik bas hanya dari Puncak Alam-Seksyen 2, Shah Alam and Seksyen 2, Shah Alam-KL Sentral. Hanya? Dua buah bas ok!


Singgah KL Sentral kejap. Oh, KL Sentral pon dah banyak berubah jugak. Jalan yang kat depan monorail yang dulu jadi sehala dah tukar jadi dua hala balik. Okayyyyy. Ni nak cite part sedih, dari pagi tak makan pape. Masa tu dah pukul 3 camtu. Perut rasa lapar sangat-sangat. Maka, kaki digagahkan untuk melangkah ke KFC. Makan lah KFC sorang-sorang buat pertama kalinya dalam hidup. Hua hua hua. Sedih jek makan sensorang. Macam putus kasih jek. Hahaha....


Esoknya, hati berbelah bagi nak pergi ke tak. Bila fikir-fikir balik nanti susah nak cari kat Kelantan, aku gagahkan jugak diriku yang sekeping ni pergi sana, Masjid India a.k.a Jalan TAR. Mula-mula malas sebab kena pergi sorang. Adik aku kat Bangi tu ada meeting pulak. Pastu, sepupuku yang cilik tu nak ikut.

tenkiu Husna teman Kakda!

Jalan-jalan.


Window shopping dulu.


Sambil tersenyum lebar.


^_________^


Selepas penat buat aksi masuk kedai tu masuk kedai ni, akhirnya jumpa la kain yang berkenan di hati. Loh, cari kain rupa nya eh. Sampai Jalan TAR ko pergi ye nyah. Jauh bebenor...huhu


Selesai membeli. 


Pulang ke umah pak ngah. 


Eh, aku dah catat rekod la. Rekod paling kejap keluar meronggeng. Heheh. Biasa kalo keluar tak sah kalo maghrib tak sampai umah lagi! Even keluar pepagi buta pon! Muahaha. Emmm....tapi tu dulu la, masa dok kt puncak. Maklum la, jauh kan, Jalan dekat ada tapi takde transport pulak nak sampai situ. Apa la nasib. Anyone from puncak mesti tau kan penderitaan ini! *derita uolls* 


Tetiba rindu KOLEJ ALAMANDA. Masa dok sana, nak keluar senang jek. Bus stop depan kolej jek sebab kolej kat tepi jalan jek. Heheh. Pastu, dari kolej ke Mid Valley naik rapid hanya mengambil masa selama 10 minit je dan dari kolej ke KL Sentral naik rapid 15 minit. 
*heaven! heaven!*


Ok sambung cite asal balik.


Balik Kelantan, mak aku ajak pergi ronda-ronda kat Wakaf Che Yeh. Kat sana, kedai first yang aku nampak ialah kedai jual kain pasang. Aku masuk kedai tu, tengok banyak giler kain yang macam aku beli kat Masjid India! Berlambak kot. Harga pon sama je....hmmmmm


So, Jalan TAR vs Wakaf Che Yeh?
Depends on your good decision.
Kalo korang yang dah dok area tu, pergi lah beli kat area tu. Contoh macam aku ni, bila dah tau kat Wakaf Che Yeh pon ada, so better beli je kat sana. Tak payah la susah payah nak angkut naik bas time balik tu.


The end :D






Sunday, January 29, 2012

kawen cara Melayu ke Islam?





Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. 

Jadi, mengapa berkahwin? 

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” 

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. 

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. 

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. 

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. 

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. 

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. 

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. 

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. 

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? 

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. 

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. 

Tapi cuba fikir, perlu tidak? 

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? 

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. 

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. 

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding? 

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. 

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. 

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. 

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? 

Harga lampin pakai buang? 

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? 

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. 

Pening!! 

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. 

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. 

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. 

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. 

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. 

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. 

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. 

Buat apa menyusahkan suami? 

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. 

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. 

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. 

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. 

Berkahwinlah! 

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)



********************************************


Nice kan cite kat atas tu. Hihi. Cite ni aku ambik kat facebook. Lupa pulak facebook sape. Maaf ye tuan punye, mohon share ^^


Dan bagi aku....tak salah kalo nak kawen awal. Boleh elak benda-benda yang tak elok kan. Kita keluar berdua-duaan tu pon dah kira tak elok kan. Even keluar siang pon. Apatah lagi malam. Nak kawen waktu tengah belajar pon ok je bagi aku. Tapi bab nak meyakinkan bos-bos besar a.k.a ibu dan bapa tu part yang paling hemmmmmm. Aku sendiri pon tak reti nak discuss dengan dorang hal ni.


Tapi, kadang-kadang apa yang kita fikirkan tu tak sama dengan apa yang orang lain fikir. Kita serius nak kawen, taknak tanggung dosa macam-macam, nak kawen simple-simple je taknak bebankan semua pihak. Tapi, fikiran pihak sana pulak tak sealiran dengan kita. So, jadi la macam pepatah pelamin anganku musnah kan. HAHA





p/s: Kawen sekali je seumur hidup. Manfaat kan ia sebaik-baiknya. Dan jaga lah hati dan perasaan pasangan anda. Buat kaum ADAM, perasaan kaum HAWA tu halus, lembut, mulus, suci tau. Jangan sesekali sakiti mereka =)



Wednesday, January 25, 2012

kecewa

Morning uolls....


Hari baik.


Cuaca baik.


Keadaan baik.


Tapi bangun pagi dapat berita yang mengecewakan.


Sedih yang amat   :((


Semoga aku diberi ketabahan untuk menghadapi berita ni di masa akan datang.


Doa-doakan....

Sunday, January 22, 2012

syarikat rugi, pengguna tanggung beban

Salam semua...


Korang semua ada transport eh? Tapi sebelum ada transport sendiri mesti korang semua ni pengguna setia public transport kan kan kan?


Aku pon macam tu jugak. Kalo ENCIK BLUE ROCK ni tak jadi peneman setia aku time nak pegi mana-mana, mesti public transport yang jadi mangsa. Yela, takkan nak menyusahkan mak bapak kan. Takkan nak kuar dating pon nak suruh mak bapak hantar. Iye dok? Hahaha...


Public transport, bagi aku, mesti la BAS menjadi penyumbang utamanya selain teksi, kereta sewa, komuter, LRT dan lain-lain tu. Tapi kalo bercakap pasal negeri yang kurang maju berbanding Kolumpo, ofkos la takde komuter, LRT bagai tuh. Rata-rata pengguna menggunakan bas sebagai nadi penghubung utama untuk ke tempat-tempat yang diingini. Yela, tak semua mampu nak beli kereta sendiri kan. Nasib baik ada bas, boleh jugak gerak ke mana-mana kan. Takde la jadi katak bawah tempurung orang cakap. Hehehehe....


Tapi, rupanya panas tak berpanjangan bila syarikat bas mengalami kerugian dan menutup 31 daripada 37 laluan bas di KELANTAN! Sebab apa rugi tak tau. Ramai pengguna yang tak berpuas hati. Dan aku sendiri kesian tengok para pengguna yang terpaksa menggunakan khidmat kereta sewa atau teksi yang berganda-ganda tambangnya. Depan mata aku, nak pegi sekolah pon susah, nak pegi klinik hospital pon susah. Sekali lagi aku cakap, BUKAN SEMUA ORANG MAMPU BELI KERETA SENDIRI! Yang tak pernah rasa susah macam ni tu excluded la. Dorang tak tau kan. Kalo cite pon entah paham entah tidak. Bagi yang paham, terima kasih kerana memahami. Aku cakap macam ni sebab aku dulu pon pernah merasa naik bas turun bas kalo nak pergi mana-mana...huhuhu *tu yang rasa tak puas hati bila jadi macam ni...heheh*

sumber gambar: Sinar Harian

Info lanjut baca SINI.

p/s: Harap-harap ada pihak yang ambik tindakan selanjutnya pasal hal ni....

Wednesday, January 18, 2012

tambah duit poket - PART 1

First trial....


Cuba jual baju muslimah design ZARIYA, khas dari kilang! Semua size ada from XS until 4XL tau. 

Tapi masalahnya, customer ramai yang tanya old design. Mostly yang old design takde size kecik-kecik. Kilang pon tak restock banyak baju-baju old design ni, atas sebab-sebab tertentu seperti tak cukup kaler and takde material yang sama. 

So, dinasihatkan kepada anda yang nak membeli, pilih la yang new design ye. New design pon lawa-lawa ape. 

Let's check it out!








p/s: Untuk info lanjut boleh la PM atau add FIDA CLOSET



Monday, January 16, 2012

hari pertama: tingkatan satu

Alhamdulillah...setelah selesai entri pertama pasal hari pertama darjah satu DI SINI, hati ni terasa nak tulis je lagi pasal hari pertama yang lain.

Kali ni kita cite pasal sekolah menengah pulak ye. Baca sampai habis tau! HEHE

Setelah setel segala kelengkapan sekolah, bawak duit nak bayar yuran *agak mahal* pepagi lagi kami satu family pon bertolak la ke sana. Padahal jarak dari umah ke sekolah hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit je. Tapi ayah nak jugak gerak awal. Apa kan daya...heee

Sampai sana students baru je abes assembly pagi *yang dipanggil morning roll call, after diberi taklimat baru tau :P*. So masing-masing balik kelas masing-masing untuk memulakan sesi pembelajaran untuk hari tu. Kitorang masa tu dok melepak dekat area blok akademik. Dorang pandang-pandang je. Maklum la, kami satu family berdiri tepi blok tu dengan beg baju, baldi, bantal segala. Ini kelakar ok! HAHA

Lambat pulak nak tunggu office hour. Kaunter pendaftaran pon belom bukak lagi. Hmmmmmm

Dan sudah pasti la aku antara yang first register untuk Form 1, bila pepagi buta lagi dah tercongok depan tu!

After registration process, ada la akak-akak senior ambik bawak tunjuk bilik. Bilik aku masa tu kat aras 2 bilik 207 kalo tak silap. Aras 2, nasib baik tak kena panjat tangga sampai aras 4!

Masuk bilik, kemas dan susun apa yang patut. Erk...ni keje mak ngan ayah aku yang buat masa tu! Ayah aku pulak siap bagi tunjuk ajar macam mana nak pasang cadar. HAHAHA

Masa dorang nak balik, terasa sedih jugak. Yela, ni first time berpisah jauh dari family nih. Jauh la konon kan. Tak sampai sejam pon dari umah. Tapi aku jarang outing balik umah tiap-tia minggu macam budak-budak lain. Balik pon sebulan sekali je, ikut peraturan maktab. Pssst....ni masa awal-awal masuk sekolah je. Bila dah besar masuk form atas-atas, dah pandai dah cari alasan nak balik umah! HIHIHI

Sejak hari tu, bermula lah kehidupan aku sebagai seorang pelajar sekolah asrama. Semua benda kena buat sendiri. Agak susah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan macam tu. Korang bayangkan la, umur 13 tahun dah kena tinggal jauh dari family, JAUH ok! HAHA. Lepas tu, kena basuh baju sendiri, lipat baju sendiri, iron baju sendiri, bangun subuh sendiri, etc. Korang yang dok sekolah asrama tau la kan macam mana life kat asrama. But lots of fun uols!

Aku sekolah mana??

Kalo korang lalu Lebuhraya Timur Barat mesti lalu sekolah aku :)

Ni haaa...sila klik ke bawah ye :D


signboard kat pintu gerbang


bangunan pentadbiran


Dan Alhamdulillah, aku berjaya tamatkan 5 tahun pengajian aku di sekolah tu. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang terlibat sekitar tahun 2002-2006. Jasa kalian tak mungkin dapat dibalas. Terima kasih cikgu! =)

Rindu mereka...

muka 4 tahun lepas :P









Wednesday, January 11, 2012

header baru~

Yepp, kini aku bertukar lagi.


BERTUKAR!!!


Hehehehehe....


Ok, kali ni aku pilih doodles pulak since banyak pulak page mahupun orang perseorangan yang dok menggembar-gemburkan pasal benda alah ni.

Mula-mula aku dengar ingatkan apa benda la doodles ni kan. Bila search and view gambar, alah ni je ke. Tapi babe, siyes aku cakap, even tu je benda alah nya, aku surrender! Memang aku tak reti melukis. Lukis pakai tangan pon tak reti. Apatah lagi nak lukis guna software bagai nih. HAHA

TAPI....! Untuk blog kesayangan aku nih, aku sanggup luangkan masa kejap dan cuba untuk melukis doodle yang terhangat di pasaran ni.

ni keje kasar aku

Aku lukis dekat paint je. Pastu taruk warna pon kat situ jugak. Takde la nk berADOBE  ke ape ke. Sebab aku tak reti! HAHAHA

Pastu aku touch up la sikit-sikit. Tulisan tu aku guna PHOTOSCAPE. So terhasil la air tangan yang tak seberapa macam kat atas tu....hihihi

Tuesday, January 10, 2012

ini sangat bagus!

Dimaklumkan oleh ayah tersayang yang dia akan continue keje sampai umur 60 tahun!



*** HAPPY HAPPY ***


(^___________^)


Boleh la dia tolong top up bayar HERO kesayangan aku tuh....huhu *jahaattt!*

Tapi kan...di sebalik kegembiraan aku ni, ada jugak la terselit kerisauan. Risau pasal kesihatan ayah aku tu. Harap-harap dia sentiasa sihat la dan dapat terus menanggung kami satu family. Dan semoga dapat terus memberi khidmat yang terbaik untuk masyarakat dan negara! InsyaAllah...

please be nice and stay forever with me my dear HERO =)







Thursday, January 5, 2012

NEW YEAR OFFER

Assalamualaikum wbt....

Dengan ini diumumkan bahawa FIDA CLOSET sedang mengadakan tawaran istimewa untuk anda, anda, anda, dan ye, anda semua!!!



NEW YEAR OFFER

~VALID FROM 5 JAN-5 FEB 2012~


Beli mana-mana design T-SHIRT MUSLIMAH ZARIYA dengan FREE POSTAGE jeeee

* Tawaran hanya sah untuk Semenanjung Malaysia sahaja


Contoh-contoh design T-SHIRT MUSLIMAH ZARIYA:








>>>>>> Sila add FIDA CLOSET di facebook dan order la sekarang!!

p/s: Ni la antara bisnes aku :)


Wednesday, January 4, 2012

hari pertama: darjah satu

First day masuk darjah satu ofkos la pada tahun 1996. Bangun awal haruslah kan, excited ni nak pegi sekolah. Mak siap-siapkan. Tolong-tolong touch up, tempek-tempek bedak. Dan pakaikan tudung ok! Siap lipat tepi sampai muka jadi bulat and taruk pin lagi kat tepi dua-dua belah tudung! Rugi pulak takde gambar masa tu. Kuno lagi takde nye nak snap-snap bagai macam sekarang ni, kejap-kejap snap kejap-kejap snap.

Hehehe...

Aku pegi sekolah mak aku hantar. Ayah keje. Lagipon sekolah dekat jeeee ngan umah. Keluar pagar umah (dulu dok dalam kuarters), jalan dua tiga langkah terus masuk pagar sekolah. Dulu pakai bangunan lama, mak aku kat umah boleh dengar cikgu-cikgu dok membebel masa assembly. Hihi.


Dalam kelas...

Mak bawak masuk kelas. Cari tempat duduk. Aku dok depan sekali ok! Jeling-jeling orang sebelah. Senyum-senyum malu sambil tunggu mak bayar yuran segala bagai tuh. Oh ya, cikgu kelas aku masa tu Cikgu Hajah Rosnani. Sekarang beliau dah pon tukar sekolah lain dan dah pon naik pangkat jadi HEP dah. Semoga murah rezeki cikgu lepas ni...insyaAllah.


Waktu rehat...

Mak jugak bawak aku pegi rehat...haha. Maklum la first day masuk sekolah. Beriringan ngan member sebelah tadi jalan pegi kantin. Tapi hampa je bila sampai kantin semua kuih muih makanan lain dah abes.

"Dorang tak sedia banyak kot sebab ni first day sekolah bukak"

"Baru tukar tender macam ni la. Tak biasa lagi"

Begitu lah kata makcik-makcik yang setia menemani anak-anak mereka masa tu macam mak aku :)


Lepas tu, aku tak ingat dah mak aku stay sampai abes waktu sekolah ke tak. Ni je yang mampu memori aku korek balik.

terima kasih mak :)


(^_____________^)

Monday, January 2, 2012

bebelan di awal tahun

Susah bebenor aih nak mintak tolong orang kan. Lain yang kita harapkan lain pulak yang timbul. Yang paling sedih, lain yang dirancang, lain pulak yang jadinya. Ya, kita hanya mampu merancang.

T_________T


Bila ingat balik ape yang dah kita korbankan untuk dorang, rase macam nak nangis je. Kita sanggup je buat ape saje asalkan dorang puas hati, asalkan dorang gembira. Dan dah memang jadi style aku sendiri, nak semua pihak puas hati dengan ape yang aku buat.

Tapi, pihak di sana macam tak hargai jeeeeee.





Hmmm...takpe la. Pujuk hati sendiri. Maybe dia bukan dalam kalangan family kita kot. Tu yang susah sikit nak mintak tolong pape.

Ok takpe. Tu orang lain. Orang luar.

Tettttt....

Erkkk....family sendiri pon susah jugak rupanya. Mintak benda yang simple pon takleh nak tolong. Bukan mintak duit beribu ringgit nih!



Abes tu aku nak mintak tolong sape??

T________________________T


Kalo la aku mampu buat semua benda sendiri aku tak mintak tolong korang la! HOHO

Dah stop bebel. Jom sambung berfikir pulak >.<