Thursday, June 30, 2011

keputusan dan janji

Bercakap mengenai soal kehidupan. Pelbagai ragam. Pelbagai kerenah. Sepuluh juta orang sepuluh juta la perangai. Senangnya orang buat keputusan. Senangnya orang menabur janji. Tapi adakah keputusan itu lahir dari hati yang ikhlas? Tegar kah hati menerima keputusan yang telah dibuat itu? Adakah perbuatan seiring dengan janji yang telah dilafaz?

Jangan buat keputusan masa kita tengah marah dan jangan buat janji masa tengah gembira 

Masa tengah marah, hati kita tak keruan. Mudah dihasut oleh syaitan. Mood swing. So apa apa tindakan yang kita ambik waktu tu perlu lah difikir dihitung banyak kali. Tak mau menyesal di kemudian hari. Masa kita tengah gembira pon berpada pada lah buat keputusan. Terlajak kereta boleh lagi nak reverse kan. Tapi kalo terlajak kata tak tau nak cakap apa.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna

Soal janji pon sama. Jangan menabur janji jika diri rasa tak mampu untuk berkorban. Jangan nanti tinggal janji semata mata. Habuk pon takde. Kelak orang akan membenci kita.

Dan ketahuilah orang yang suka mungkir janji itu adalah dalam golongan orang yang munafik



p/s: Paling tak suka orang yang mungkir janji!



Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #2

Wednesday datang lagi. So jom layan wordless untuk hari ni. Enjoyyyyy!

Monday, June 27, 2011

mahalnyaaa

Sabtu lepas konon konon family outing la. Kami satu family keluar kecuali adik laki aku yang nombor 3 tu tak ikut. Sebab dia stay kat asrama. Eh tapi dia keluar jugak ari tu pegi Tesco ada show. Maklum la, band sekolah dia wakil negeri. Next week final kat PICC. All the best bebeh!

Actually keluar sebab nak jumpa pegawai bank ada hal sikit. Rahsiaaa...hehe. Tapi alang alang keluar biar menyeluk pekasam kan. Menyeluk pekasam biar sampai ke rebungnya. Eh pekasam apa? Rebung apa? OK dah stop mengarut. Kesian cikgu BM aku.

Kami beli barang dapur la sikit kan alang alang keluar. Ayah aku punya style ambik troli, ambik barang, ambik ambik ambik, then terus queue kat kaunter. Kami yang pompuan nih tak siap lagi memilih. Sometimes it's feel soooo boring shopping ngan orang laki. Dorang tau nak cepat je. Kita nak jugak la pilih pilih kan. Pilih brand, pilih harga, pilih kualiti. Yela, kita sebagai pengguna ni kan ada hak untuk memilih. Macam tu jugak la dalam politik. Eh politik sudah.

Dah. Aku just nak cakap total beli barang semua sekali ialah menghampiri 200. Mak aihhh. Barangnya takde la banyak sangat. Beli yang keperluan semasa je. Ala penuh satu bonet je. Bonet kancil okayyy. HAHA. Tapi tu la, barang sekarang makin mahal kan. Sama gak macam minyak. Bila naik mesti dah tak turun turun dah.

So, berjimat cermat adalah amalan yang mulia. Cakap kat diri sendiri jugak sebab sekarang tengah sengkek duit tak masuk lagi. Praktikal dah nak start nih. Perut kena isi. Minyak pon kena isi. Hmmmmm.






Sunday, June 26, 2011

puding tembikai

Assalamualaikum!

OK, next resepi nak share resepi puding tembikai. Kalo kat kedai mahal tau. Bulan puasa baru jumpa. Tapi senang je cara nak buat. Tak tau la pasaipa depa jual mahal. Maybe susah nak buat lapis lapis tu kotttt. Tapi takde la susah sangat. Senang jeee I tell youuuu. Ecececeh.

ni aku punya version...puding tembikai takde biji...tehhee


Bahan bahan :-
- 1 paket agar agar serbuk plain (tanpa warna)
- 2 keping roti gardenia
- 4 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 2 sudu besar mentega
- 1 sudu kecil esen vanila
- Sedikit cincau dipotong kecil / bijan hitam
- Sedikit pewarna merah dan hijau

Cara cara :-
1) Masak agar agar dengan gula dan air hingga gula hancur.
2) Sambil itu, rendam roti gardenia dalam susu cair dan carik carikkan. Blend roti bersama susu cair tadi dan juga susu pekat.
3) Masukkan bahan blend tu ke dalam periuk. Masukkan juga esen vanila dan mentega. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Tutup api.
4) Ambil sedikit adunan (1cawan), warnakan dengan pewarna hijau sebagai kulit tembikai. Biarkan keras sedikit.
5) Ambil sedikit warna asal (3/4 cawan), curahkan atas lapisan hijau tadi. Biarkan keras sedikit.
6) Adunan selebihnya warnakan dengan pewarna merah dan curah atas warna asal tadi. Taburkan potongan cincau / bijan hitam. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais.

p/s: Ini hanya sekadar resepi. Sukatan bergantung pada citarasa memasing. Lain orang lain caranya kan. Selamat mencuba!

Thursday, June 23, 2011

kita-kita yang indah

Allah SWT tidak menjadikan nabi dalam kalangan wanita tapi Allah SWT memuliakan wanita dalam al-Quran dengan menamakan surah ---> An nisa'

Manusia pertama yang beriman kepada Allah SWT selepas Rasulullah SAW ialah wanita ---> Khadijah r.a

Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita ---> Sumayyah r.a

Dan Allah juga mengangkat perbuatan seorang wanita yang berlari lari antara Safa dan Marwah dalam rukun haji iaitu saie ---> Siti Hajar r.a



Allahuakbar! Begitu mulianya wanita di sisi Allah SWT kan. Alangkah indahnya jika kita pon berupaya jadi macam mereka yang tentunya menjadi penghuni syurga. Ayuh kawan kawan! Belom terlambat lagi ni. Sentiasa lah beramal mengikut ajaran Nya. Mohon petunjuk dari Dia Yang Mencipta kita. Slow slow buat perubahan tak salah kan.

May Allah bless.

More details klik iluvislam.com



Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday #1

First time join benda alah ni. Enjoyyyy!



Do drop your comments okay?? TQ.

Tuesday, June 21, 2011

dia yang aku tunggu

Assalamualaikum kawan kawan....

Alhamdulillah....rasa lega sikit lepas dapat tau sapa gerangan orang yang aku nanti nantikan selama ni. Mula mula cuak gak. Takut. Risau. Segala macam rasa la. Bercampur aduk menjadi satu iaitu blurrr. Boleh buat sayur campur nih...heheh

Ok sabar sabar. Korang nak tau sapa yang aku dok tunggu tu? Haaa...supervisor aku la. Kan aku ada penah cakap pasal supervisor kat sini

Aku dapat lecturer foreigner dari India. Pompuan. Berkahwin. Heh...tu jela ye. * nak tau lagi sila berkenalan ngan beliau * Lecturer ni baik. Sangat sangat la helpful. Mintak mintak banyak la ilmu yang dapat aku tuntut daripada beliau nanti. Dan banyak jugak la beliau tolong betolkan research aku tu...hihi

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Ya Allah, permudahkan lah urusan hamba-Mu ini :)

Monday, June 20, 2011

she hurts and she cries

Dia terluka dan dia menangis dalam diam. Tiada siapa yang perasan akan kelukaan hatinya kerana dia sentiasa tersenyum. Menyorok kepahitan hidup barangkali. Masanya banyak dihabiskan mengenang kisah kisah lampau dan detik terindah dalam hidupnya. Kekadang dia mengeluh. Kenapa dia yang harus menerima perpisahan ini? Apa salah dia? Bukan ini yang dipintanya. Tapi, dia harus akur, kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun bukan secepat ini yang dipinta. Dia masih lagi memerlukannya di sisi. Menemani hari hari yang mendatang tanpa jemu. Meniti hari hari bahagia bersama. Bersama selamanya. Bagi dia, biarlah maut yang memisahkan mereka. Tapi apakan daya, dia pergi jua tanpa dipinta.




It's really hard to suddenly forget someone we love 

Dia menangis sendirian. Tidurnya seringkali diganggu kenangan bersama. Dia ingin sekali melihat si dia. Rindu yang datang mengasak sanubari. Terasa sakit yang amat. Begitu perit sekali.

Jika seseorang datang membuat kita kecewa, marah, bengang, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar

Ya. Dia memang kecewa. Dia memang marah. Dan dia memang bengang. Namun dia tidak mampu berbuat apa apa. Perasaan itu semua memang mengajarnya erti sabar. Namun sampai bila dia harus bersabar. Sabarnya juga ada batasannya. Air mata yang ditahan sekian lama bertakung juga di tubir mata dan akhirnya mengalir juga. 


p/s: Jangan sedih sedih. Cheer up! :)






Sunday, June 19, 2011

down down down down...

Tuttt...tuttt...tutttt....

Tadi dapat satu berita. Tak tau nak describe apa status berita tu. Gembira ke sedih ke. Aku tak tau. But, deep in my heart, aku rasa sangat sangat sangat sangat kecewa. Feeling lonely. Plus, memang aku lonely pon sekarang...hahaha

Suddenly, rasa macam kehilangan sesuatu. Macam tak kan dapat balik semua tu. Blank giler. Blur. Tak tau nak buat apa. Terasa macam it is the end of the world. Down sesangat.... :(

give me shine...

Saturday, June 18, 2011

hari untuk lelaki bergelar ayah





A dad is someone who wants to catch you before you fall 
but instead picks you up, 
brushes you off, 
and lets you try again.

A dad is someone who wants to keep you from making mistakes
but instead lets you find your own way,
even though his heart breaks in silence when you get hurt.

A dad is someone who holds you when you cry,
scolds you when you break the rules,
shines with pride when you succeed,
and has faith in you even when you fail...


gambar ayah masa pegi kenduri kat PJ
HAPPY FATHER'S DAY AYAH!





>>>> Semoga ayah sentiasa sihat :)


Friday, June 17, 2011

Alhamdulillah jugak

Kat facebook ramai dok update status memasing sejak berita tu keluar. Alhamdulillah...Alhamdulillah. Ni mesti pasal result sem lepas. Tahniah la kepada korang sebab dah berjaya abeskan sem teori. Nanti kita buat betol betol lak untuk sem practical ye. And a big congratulation jugak kepada senior senior yang lulus dan akan grad nanti =)

And result aku? Aku macam biasa la. Alhamdulillah jugka sebab banyak A...haha. Tak sangka. Tapi ada jugak la yang buat aku kecewa. Apa daya aku. Benda dah lepas kan.





nota 1: Let's concentrate and be focus on things in front of us

nota 2: Sangat cuak sampai tido pon tak lena. Lots of bad things happened lately. Semoga aku tabah.

Wednesday, June 15, 2011

eh dorang dah tau supervisor dorang laaa



Supervisor? Ah. Dengar satu perkataan tu pon da ketar lutut. belom lagi bersua muka dengan orangnya. Hari ni ada few of my classmates dah tau sape supervisor dorang untuk final project case study nanti. Yang bertambah cuak nya bila dengar supervisor tu ialah KJ kami!! Puan KJ tu siap call lagi!!

Nasib baik supervisor terdiri daripada lecturer kitorang je. Buatnya orang luar jadik supervisor, mau nya buntu akal. Aku ler tuh. Orang lain tak. Orang lain rajin....hiiii

I'm wondering...sape la supervisor aku nih? Dia approve ke tak eh aku punya proposal tu? Cuak cuak cuak! Kalo tak approve, harap harap dapat la kerjasama dia. Bagi tajuk ke. Paling tak pon bagi la hint. Tak pon meh aku continue research dia...heheh * bajet bajet *

Ah...aku buat tajuk apa eh? hehe. Ok bukak folder cepat. Research proposal subjek sem 4, second year. Ha...jumpe jumpe. Oh dah ingat dah tajuk aku. Aku buat area paediatrics. Lupa la. Maklum la, buat propsal dah lama tapi nak gunanya masa fourth year nanti, means that one year jugak la aku tinggal benda alah tu.

Kawan kawan semua, doakan aku ye :)

nota: Semoga aku diberi kekuatan untuk menempuh setahun yang penuh cabaran ni...Amin

colek kerang

Menu minum petang hari ni ialah colek kerang. Korang tau tak colek tu apa? Kerang wajib la korang tau kan. Ok colek tu macam sos la. Senang je cara nk buat dia. Blend cili kering dan bawang putih. Lepas tu panaskan dalam periuk, kasi masak la. Taruk gula melaka and then tambah la gula sikit dan garam secukup rasa. Kalo nak pedas, taruk la cili kering tu banyak banyak. Tak pon korang taruk la cili api sikit...hehe

Kerang tu ada dua choices. Leh rebus or bakar. Aku prefer yang bakar punya. Sebab yang bakar ni tak banyak air keluar. Alaa...air kerang tu la. Kalo yang rebus kan, bila bukak kulit kerang (eh kulit ke cangkerang?) tu, kan air dia keluar. Tu pasal aku tak suka. Kalo yang bakar, takde air. kering je.

Nak tau camna cara aku bakar kerang? Eh senang je. Atau boleh jugak dikatakan malas punya style...eheh. Sebab aku just guna kuali biasa tu je. Letak kerang dalam kuali, bukak api, then bakar la...hihi. Tunggu sampai air dia kering. So, bila dah masak angkat semua kerang kerang tu and then makan time!

nota: Bila sebut pasal kerang, mesti teringat kat ramadhan. Oh rindu ramadhan :)

debaran

Eh apesal aku berdebar semacam je nih? Ada orang datang merisik? Ke ada orang datang meminang?

Sape la yang datang ni eh? Macam kelakar je...haha.

Eh salah la. Takde sape sape datang pon. Kalo ada pon aku tak nak lagi. My priority is my career and my family. Ceh ayat takleh bla bajet macam artis je...kikikih

Ok la. Aku just risau nak start practical ni...eheh. Yela, practical selama setahun ni kira macam dah memang betol betol keje dah. Hari tu jumpa therapist yang buat PJJ masa exam week pon rasa cuak semacam je sembang ngan dia. Tapi dia cool je. Aku yang menggelabah giler sampai cakap pon macam peluru je. Tunggang terbalik dah...haha. Ni baru cakap dengan therapist. Belom lagi cakap dengan Head of Department (HOD).

Dalam sebok aku dok melayan rasa cuak ni, terselit gak rasa bersyukur sebab aku dah kenal tempat yang bakal aku berpraktikal nanti dan dah kenal staff kat sana. Yang cuaknya sikit, bila nak menghadap patient nanti. Eh bukan sikit tau, banyak jugak. Patient ramai. And of course la lain patient lain penyakitnya kan. Risau takut tak dapat bagi sepenuh komitmen. Harap harap ok la nanti kan. * doa doa doa *

p/s: segala kelengkapan aku tak prepare lagiiiii !

Tuesday, June 14, 2011

dah naik???

Salam pembaca sekalian....

Lupa nak update. Nak jugak update nih. Last week timbang berat kan. Dah naik 500 gram...hihii. So sekarang dah jadik 38.5 kg!

Di usia 22 tahun ni, ni je berat yang mampu aku tanggung...haha. Asyik rotate 38 39 jeee. Paling tinggi rekod aku pernah catat ialah 42 kg masa sekolah menengah. Then makin turun makin turun walhal aku makan banyak apeee. Lagi lagi fast food. Ohhh I love it! hehe. Ok dah takleh makan fast food dah. Kena kontrol ni. Banyak sangat penyakit nowadays kan. Beware la. Tapi sekali sekala makan jugak. Sebab kalo keluar, tu je satu satunya choice yang ada. Hentam saja la...

Tak tau pasal apa. Tak tau kat mana silapnya. Aku macam tak normal jeee. Opppsss...jangan! Aku normal aku normal...hihi

Any suggestion untuk naikkan berat badan tanpa membelanjakan duit? Yelah, sekarang aku kena jimat sebab nak kena bayar SI PUTIH kesayangan aku tuh :D

Bye!

Monday, June 13, 2011

petua hidup bahagia

Orait. Entri kali ni nak share petua la sikit. Maaf kalo salah atau pon ada yang tak senang dengan coretan aku kali ni. Aku just tulis apa yang terlintas dalam sanubari ni je...cewahh =)




Elakkan marah orang yang anda sayang
Sifat pemarah paling senang dan paling mudah dilihat dalam diri manusia. Biasanya, orang yang memiliki sifat ini tak punya ramai kawan sebab orang pon takut nak dekat.

Elakkan berdendam
Orang macam ni kekadang suka berdendam secara diam. Awas. Ini sangat bahaya. Ada yang di tahap serius, sampai sanggup menggunakan khidmat bomoh untuk membalas dendam terhadap orang yang didendaminya.

Elakkan sifat tamak
Orang tamak selalu rugi. Macam cite anjing dan bayang bayang zaman kecik dulu. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan apa yang kita dapat. 

Sentiasa bersabar
Sabar itu indah kerana ia separuh daripada iman. Kalo benda kecik pon tak leh nak sabar, bagaimana lak bende yang besar besar? Tepuk dada tanya selera.

Tinggalkan sifat ego
Semua orang ada ego masing masing baik lelaki mahupon pompuan. Bezanya sama ada ego kita tu tinggi ke rendah. Sifat ini boleh memakan diri sendiri jika tak dikawal.

Jangan riak
Sifat ini paling dikeji. Jangan terlalu riak dengan apa yang kita miliki kerana mungkin satu hari nanti ia akan hilang dari genggaman kita. 

Elakkan terlalu mencintai dunia
Sentiasa ingat Allah SWT walau di mana kita berada. Beramal mengikut ajaran-Nya. Jangan lalai walaupon kita diulit kebahagiaan di dunia ni. Ia hanya sementara. Bila bila masa je Allah Taala akan tarik balik mengikut kehendak-Nya. Kebahagiaan akhirat adalah yang hakiki. Kita adalah sebaik baik perancang tapi yang menentukannya hanya lah Dia, Tuhan Yang Satu.



p/s: Selamat beramal :)





Sunday, June 12, 2011

rasa ini rasaku

Rasa sedih masih lagi bersisa di saat orang yang disayangi sepenuh hati pergi meninggalkan kita tanpa alasan yang logik di akal. Apatah lagi dia pergi ketika kita ditimpa pelbagai masalah. Bertambah tambah lah masalah yang ditanggung. Rasa macam banyak beban yang perlu dipikul. Lagi lagi bila sendirian menghadapi situasi macam ni. Tak mampu. Tapi apa daya kita nak menolaknya. Hati masih lagi inginkan dia di sisi. Masih lagi setia menunggunya yang pasti. Cinta dan kasih sayang yang berputik serta berkembang ini tak dapat dibuang pergi dari hati. Perasaan ni tak dapat dibendung dari terus mengingatinya. Hingga sesekali menahan kesakitan yang mengundang air mata.

Ohhh hati. Susahnya masalah hati ni. Tabah la duhai hati. Sabar la duhai hati. Bangkit la diri...

Friday, June 10, 2011

suratan atau kebetulan

Aku terdengar tazkirah sorang ustazah ni masa singgah solat kat surau. Ustazah mana aku tak kenal la pulak. Ustazah tu cakap, kita tak leh nak caye sangat benda benda yang kebetulan berlaku dan tak leh nak cakap jugak akibat yang bakal berlaku. Contoh, masa kenduri kawen kan, ada bunga telur jatuh tiba tiba, orang biasa cakap "ni mesti ada perkara buruk yang akan berlaku" atau "ni mesti jodoh tak panjang ni". Belom pape lagi kita dah doakan pengantin baru macam tu. Setiap kata kata yang keluar dari mulut kita tu kan satu doa. So kalo kita cakap macam tu, tak ubah lah macam kita mendoakan sesuatu yang buruk kepada mereka. Tak baik tau.

Hmmm...kita kadang kadang tu ada jugak kan terkeluar macam tu. Bukan apa pon. Sebab mulut orang tua tua dahulu kala jugak kan. Dah dorang cakap macam tu. Kita yang muda mudi ni caye la jugak sikit walaupon tak banyak kan. Maklum la dorang kan makan garam dulu daripada kita. Eh jangan makan garam banyak sangat!

Tapi tak dinafikan kadang kadang apa yang kita cakap tu berlaku jugak. Tu namanya kebetulan. Contoh lagi satu, orang cakap kalo bagi kain atau baju ke dekat orang yang kita sayang, satu hari nanti orang yang kita sayang tu mesti tinggalkan kita. Tak tau lak sebab apa. Tapi kalo nak ikutkan, mak ayah kita pon banyak je bagi kain baju pakaian semua tu. Kebetulan la semua ni kan. Kuasa Tuhan. Kita tak mampu nak buat pape. Doa jela yang terbaik.

Thursday, June 9, 2011

bila syndrome MALAS datang

Praktikal dah dekat wei !!!!!!

Aku rasa masa makin suntuk. Tapi aku tak buat preparation pape lagi laaa. Macam takde mood je nak pegi praktikal. Ni la masalah bila syndrome malas datang...heheh. Kasut tak beli lagi, seluar tak beli lagi. Apa yang aku beli? Buku nota je untuk catatan...haha. Semalam keluar shopping ngan family ada la survey survey kasut and seluar tu tapi tak berkenan la. Susah betol la nak shopping kat sini. Nasib la.

Study pon aku malas gak. Buku dah keluarkan dah dari kotak ajaib. Tapi tak terselak je. Eh selak jugak. Selak tengok tajuk...hihi.

Apa nak jadi la ngan aku ni kan. Malas giler and memang takde mood. Tak tau la macam mana nak menghadap setahun ni. Masalah transport nak ulang alik pon tak setel lagi...adoiiii


mari guna logo ni...hehe 

baru lagi!

Yeahh akhirnya setelah puas aku dok google, aku guna balik header asal. Tak reti la nak buat header cantik macam korang semua. Puas dah aku edit situ paste sini tapi macam takde gaya header pon. Agaknya kalo masuk pertandingan header paling buruk, mesti aku dapat johan...haha

Ke ada yang nak tolong? Aku suka yang simple je....hehe

By the way, sila lah tengok header baru aku kat atas ye :)

Wednesday, June 8, 2011

terhenti di sini


Sejak demam Nora Elena (Akasia TV3) ni kan, ramai pulak yang post lagu dalam cite tu. So sekarang turn aku la pulak nak post lagu ni *nak jugak kan* 

Tapi kalo korang yang follow cite Asmara (Lestary TV3) pon pakai lagu ni jugak. Haaa ada yang perasan tak? 

Lagu ni memang best pon. Macam sweet je lirik dia...hehe :)



hi! nama saya fida

Zaman dah berubah. Masa dah berlalu. Aku semakin besar tapi tak panjang panjang...heheh. Umur pon for sure la makin meningkat kan. Tapi tak sangka lak ada lagi yang panggil aku 'FIDA'. Nickname tu macam sweet sangat je. Macam tak kena je dengan aku. Al maklum la aku ni jenis ganas sikit...huhu. Tu nama masa zaman kecik dahulu kala. Ingatkan orang dah lupa dengan nama tu. Sebab family terdekat and ada la some of my jiran dolu dolu panggil nama tu. Terima kasih banyak banyak la makcik pakcik yang still guna nama tu ye :)

letak pic ayu la :P

Monday, June 6, 2011

agensi cari jodoh

Haiiii....

Banyak bebenor kenduri kawen ni kan. Macam entri aku SEBELUM NI *sila baca kalo yang belom baca...TQ* Asal cuti je orang sebok buat kenduri kawen kan. Tak kira cuti apa pon. Memang 1 Malaysia la kan...haha

Dalam sebok sebok orang dok kenduri kawen ni kan, ada jugak orang tu sebok jadi agensi cari jodoh. Kalo dibayar beribu ribu lemon takpe jugak kan, ni tak berbayar pon. Hailaaa....aku memang pantang la orang yang suka buat keje keje macam ni. Tak suka tau. Kesian dekta tuan empunya diri tu. Makcik makcik ni pon la macam takde keje lain nak buat. Sila jaga anak masing masing la. Eh tapi anak dah kawen semua. Oh patot la sebok nak kenen kenenkan anak orang pulak eh.

Kalo aku, aku tak nak terlibat dalam agensi cari jodoh nih....hehe. Tak tau pulak kalo korang nak kan. Tapi kalo dah jodoh nak buat macam mana *ayat paling tipikal*





Sunday, June 5, 2011

wedding Raja Fitriyani

Selamat pengantin baru Raja Fitriyani. Semoga kekal hingga akhir hayat dan bahagia sentiasa di samping suami tercinta.

Doakan untuk kami pula ye :)

Saturday, June 4, 2011

salah orang ke?



Tiada istilah bertemu dengan orang yang salah kerana Allah SWT sentiasa menemukan kita dengan orang yang betol. Ketahuilah bahawa Dia adalah sebaik baik perancang. Dia yang menentukan segalanya. Bersyukurlah dengan apa yang dianugerahi-Nya. Mungkin ada hikmah di sebalik pertemuan yang tak dirancang itu.

Semoga bertemu lagi di lain lembaran.

p/s: Doaku sentiasa mengiringi kalian :)

Wednesday, June 1, 2011

hai Jun!

SELAMAT DATANG JUN!

Jun sudah tiba. Apa perancangan korang Jun ni? Aku macam biasa la. Meneruskan kehidupan dan berharap agar semuanya bertambah baik...eheh macam azam tahun baru pulak. Kenapa eh setiap kali tahun baru mesti orang pasang azam, pasang niat macam macam kan. Aku secara jujurnya takde azam yang spesifik tiap tiap tahun...huhu. Apa yang aku nak ialah aku nak teruskan kehidupan aku sebagai pelajar. Nak cepat cepat abeskan masa belajar nih. Tak sabar nak keje lak. Tanggungjawab aku banyak. Duit pon banyak gak nak kena carik nih...hehe. By the way, semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua :)

masih mencari yang sesuai

Kalo korang tengok blog ni macam entah pape kan. Mesti korang cakap takde rupa blog ponnnn...hahaha. Header lama aku buang sebab konon nak tukar baru. Dah letak pon ari tu. Tapi macam tak cantik je. So sekarang aku biar je dulu. Malas mengatasi segala...heheh.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

tapi kalo bab posing memang aku rajin...hehe :P