Saturday, February 18, 2012

the memoir - PART 2

Malam-malam pergi Pasar Borong Wakaf Che Yeh. 
Nak tau? 
Sila guna khidmat ENCIK GOOGLE ok!


Menyusuri kaki lima kedai. 
Intai-intai gerai orang. 
Toleh kanan.
Toleh kiri.
Pandang orang sana sini.
Takut-takut kalo ada kan :D


Tiba-tiba sehelai baju menjadi santapan.
" I LOVE KELANTAN "
Sebab aku orang Kelantan.
So, macam tak kena je kalo tak beli.
Padahal ok jeeee!
*hahahaha nampak sangat takde benda nak beli kannnn*


Hmmmmm......






Thursday, February 9, 2012

Ainda & Irwan

5 Februari 2012


Selamat Pengantin Baru!


Semoga berkekalan hingga ke anak cucu cicit dan sebagainya ^^


pelamin mereka


tahniah Ainda & Irwan

ok gambar ni jelas menunjukkan yang aku si budak tak matured
bergandingan dengan si kakak yang jelita =)



Ainda ni kawan sekelas masa sekolah rendah merangkap member satu kampung la.


p/s: Doakan saya supaya cepat-cepat dapat jodoh ye...Amin :)




Tuesday, February 7, 2012

terima kasih CIMB Cliks!

On my birthday, dapat call dari pekerja ABX Delivery yang aku ada bungkusan perlu diterima. Dia suruh ambik kat main office memandangkan aku ada kat KB waktu tu. 


Dalam hati, ok baju aku dah sampai. 



Tapi pelik. Kenapa Kak La guna ABX Delivery, bukan poslaju. Aku pon tanya Kak La. Kak La cakap guna poslaju....haihhhh

Sape pulak yang baik hati nak bagi hadiah birthday nih?
*perasaan!*

Dua hari lepas tu aku pergi office ABX yang dekat Kb Mall tu. Dapat barang terus sign. Lupa nak tengok sape pengirim. Masuk dalam kete, bukak bungkusan tuh. 



Taddaaaaa.....



Lor.....apesal pulak CIMB ni baik hati bagi aku hadiah? 
Ada surat dalam tu, cakap tahniah anda menang click and win contest from CIMB Clicks. Aku ingat ada orang nak prank ke ape, tapi bila tilik punye tilik surat tu beribu kali, and ada sign orang CIMB, baru la aku percaya. Dan dekat octopus tu pon ada tag CIMB Cliks. Ok lah, aku terima dengan redha....hahahaha


Terima kassssihhhh!
*Apek's version*









Sunday, February 5, 2012

the memoir - PART 1




Di mcD....


Lunch hour.


Prosperity chicken set.


Pakai baju sama, seluar sama dan tudung pon sama. 


Hahaha...


Nice kan. Kebetulan je =)




Friday, February 3, 2012

Jalan TAR VS Wakaf Che Yeh

Dua minggu lepas turun KL. Opss, turun Puncak Alam actually. Jumpe supervisor buat pertama kalinya...huhu. Pergi balik dengan bas sebab takde orang yang sudi jadi co-pilot nak bawak my blue rock tu jenguk-jenguk KL. Takpe la.


And you know what, Puncak Alam dah banyak berubah I tell youuuu. Hahaha. Serius aku tak pernah jejak sana after abes sem 6 hari tu. Dah banyak construction kat situ sini. Dan, highway kat dalam tu pon asyik busy jek. Harap-harap takde la berlaku kemalangan lagi. Hati-hati memandu ye!


Setel hal kat sana, straight away pergi Wangsa Maju pulak. Tido kat umah pak ngah. Esoknya nak shopping kat Masjid India! Yeayyy! And mau intai-intai Sogo jugak! Ngeeee :D


Perjalanan ke Wangsa Maju dengan menggunakan perkhidmatan bas RapidKL dari Puncak Alam amat lah lembab. Oh tidak, naik bas hanya dari Puncak Alam-Seksyen 2, Shah Alam and Seksyen 2, Shah Alam-KL Sentral. Hanya? Dua buah bas ok!


Singgah KL Sentral kejap. Oh, KL Sentral pon dah banyak berubah jugak. Jalan yang kat depan monorail yang dulu jadi sehala dah tukar jadi dua hala balik. Okayyyyy. Ni nak cite part sedih, dari pagi tak makan pape. Masa tu dah pukul 3 camtu. Perut rasa lapar sangat-sangat. Maka, kaki digagahkan untuk melangkah ke KFC. Makan lah KFC sorang-sorang buat pertama kalinya dalam hidup. Hua hua hua. Sedih jek makan sensorang. Macam putus kasih jek. Hahaha....


Esoknya, hati berbelah bagi nak pergi ke tak. Bila fikir-fikir balik nanti susah nak cari kat Kelantan, aku gagahkan jugak diriku yang sekeping ni pergi sana, Masjid India a.k.a Jalan TAR. Mula-mula malas sebab kena pergi sorang. Adik aku kat Bangi tu ada meeting pulak. Pastu, sepupuku yang cilik tu nak ikut.

tenkiu Husna teman Kakda!

Jalan-jalan.


Window shopping dulu.


Sambil tersenyum lebar.


^_________^


Selepas penat buat aksi masuk kedai tu masuk kedai ni, akhirnya jumpa la kain yang berkenan di hati. Loh, cari kain rupa nya eh. Sampai Jalan TAR ko pergi ye nyah. Jauh bebenor...huhu


Selesai membeli. 


Pulang ke umah pak ngah. 


Eh, aku dah catat rekod la. Rekod paling kejap keluar meronggeng. Heheh. Biasa kalo keluar tak sah kalo maghrib tak sampai umah lagi! Even keluar pepagi buta pon! Muahaha. Emmm....tapi tu dulu la, masa dok kt puncak. Maklum la, jauh kan, Jalan dekat ada tapi takde transport pulak nak sampai situ. Apa la nasib. Anyone from puncak mesti tau kan penderitaan ini! *derita uolls* 


Tetiba rindu KOLEJ ALAMANDA. Masa dok sana, nak keluar senang jek. Bus stop depan kolej jek sebab kolej kat tepi jalan jek. Heheh. Pastu, dari kolej ke Mid Valley naik rapid hanya mengambil masa selama 10 minit je dan dari kolej ke KL Sentral naik rapid 15 minit. 
*heaven! heaven!*


Ok sambung cite asal balik.


Balik Kelantan, mak aku ajak pergi ronda-ronda kat Wakaf Che Yeh. Kat sana, kedai first yang aku nampak ialah kedai jual kain pasang. Aku masuk kedai tu, tengok banyak giler kain yang macam aku beli kat Masjid India! Berlambak kot. Harga pon sama je....hmmmmm


So, Jalan TAR vs Wakaf Che Yeh?
Depends on your good decision.
Kalo korang yang dah dok area tu, pergi lah beli kat area tu. Contoh macam aku ni, bila dah tau kat Wakaf Che Yeh pon ada, so better beli je kat sana. Tak payah la susah payah nak angkut naik bas time balik tu.


The end :D