Saturday, April 30, 2011

harapan ini

April semakin meninggalkan kita.


Mei pula bakal menyusul.


Tapi aku masih di sini.


Masih seperti dulu.


Setia menanti cinta yang utuh darimu.


Tiada apa yang aku harapkan.


Selain kesetiaan darimu.


Semoga Mei yang mendatang membawa seribu keberkatan.


Membawa sejuta keinsafan.


Dan ketahuilah dikau.


Bahawa aku setia lagi di sini.


Walau berjuta dugaan terpaksa ditempuhi.


Walau berjuta onak duri terpaksa aku redahi.


Demi mencari kasih sejati.


Masa yang berlari begitu pantas.


Meninggalkan kita terkapai-kapai.


Harapanku supaya dikau berubah.


Berubah menjadi semakin matang.


Dan bijak memilih.


Juga bijak membuat keputusan.


Kerana dirimu lelaki.


Bakal pemimpin.


Pemimpin keluarga.







Entrepreneurship VS Exercise Physiology

Alhamdulillah....baru boleh bernafas dengan lega. Oppsss...bukan dah abes exam pon! Baru abes 2 papers....muahahaha. Tapi lega tu boleh tahan la leganya macam orang dah abes exam je gayanya....hihi


Sebab?


1. Aku tak paham kenapa aku yang course Health Science ni kena ambik these two subjects yang pada pemahaman aku Entrepreneurship for business studies and Exercise Physiology for those involved in training people. *OT tak training orang ok!*


2. Apa relevant dorang nak suruh budak-budak Helath Science berniaga ke or bukak company supply barang-barang rehab? *ok...aku boleh terima gak*


3. Kenapa tak buat je multiple choice question (MCQ) untuk kedua-dua subjek ni. Giler susah nak kena hafal satu-satu exercise prescription bagai tuh.


Biarlah. Yang dah lepas biarkan ia lepas kan. Benda dah jawab pon. Tak leh nak tarik balik dah. Harap-harap dapat markah yang best-best untuk dua-dua subjek ni. Risau nyeeee especially subjek Exercise Physiology. Carry mark pon cukup-cukup makan je. Kitorang susah tau nak dapat markah tinggi-tinggi apatah lagi nak dapat full mark. Kalo orang lain hantar assignment je kira dah dapat full mark. Tapi kami, sorry you...huhu


So, segala buku and notes bagai untuk kedua-dua subjek dah boleh simpan dalam kotak! 


buku Exercise Physiology yang aku beli

Friday, April 29, 2011

Zahiril Adzim....

Aih sape pulak Zahiril Adzim nih? hehe...sabor-sabor nak cite la ni. For sure die bukan dari kalangan family aku, bukan kawan aku and of course bukan pakwe aku. Pakwe orang tu...haha

Ok Zahiril Adzim ni pendatang baru dalam dunia seni kita.

Nak tau lagi follow blog die ni http://zahiriladzim.blogspot.com/

Kenapa aku buat entri pasal Zahiril Adzim? Minat die ke? Entah. Aku pon tak tau minat ke tak...haha. Tapi aku nak cite pasal drama lakonan die iaitu JUVANA. Minggu ni baru first episode. Dorang cakap rating first episode ni agak tinggi. Wah, tahniah la bro! Actually aku tak suka sangat cite nih sebab aku tak suka kekerasan, keganasan and what-so-ever yang seangkatan dengannya. *tapi gatal jugak tengok kan* Saje je tengok. Nak tau macam mana kehidupan dorang kat sekolah ganas tu. Fuhhh tak dapat aku bayangkan la kalo aku ditempatkan kat sekolah macam tu. Tapi takpe, dah lepas had umur pon. So tak payah la nak risau kan. *eh nak ke masuk sekolah tu*

 so jangan lupa tengok setiap Isnin jam 9 mlm!

and ni pulak filem Zahiril Adzim ngan Liyana Jasmay
yang  telah pon ditayangkan pada 14 April baru-baru ni.....






4Ks

Mengenali awak suatu KETENTUAN....Mencintai awak suatu KEMAHUAN....Menyakiti awak suatu KEKHILAFAN....Membahagiakan awak suatu KEBAHAGIAAN....



Thursday, April 28, 2011

tabahlah duhai hati

Di kala kesempitan waktu ni banyak pulak masalah timbul. Masalah tu la, masalah ni la. Hai hati...tabah la dikau ye. Semoga kau dapat bertahan.

Tak tau la camne nak cakap, camne nak describe, camne nak elobrate. Apa yang pasti aku tak reti nak cite kat orang masalah aku sendiri. Kadang-kadang fikir nak je cite kat orang, at least kurang sikit beban yang ditanggungkan. Tapi entah lah. Tak terluah pulak. Speechless. And aku pon tau tau nak cite kat sape. Ade ke orang nak dengar probz aku ni? BFF aku? Erk...aku ade BFF ke? Tak tau la nak cakap...haishhh. Waktu dia susah aku tolong, aku ambik berat, aku ambik tau, aku gatal nak tau. Tapi bila aku susah, ade ke die tanye aku. Ade ke die concern kat aku ni. Tu boleh ke dipanggil BFF even kenal bertahun-tahun, makan tido sekali, membesar sekali???

Besar tak besar masalah aku korang rank sendiri, kalo tiap-tiap hari nangis tak tentu pasal, hilang selera makan sampai berat badan pon turun *minum susu baru naik 1kg* , keje semua tak menjadi, takde mood nak buat pape, and asyik nak tido je.

Haiiii...entahlah.....

Spechless lagi.....


betol ke camni....???

Wednesday, April 27, 2011

ketergangguan emosi

Emosi terganggu

Fikiran bercelaru

Hati tak tenang

Hidup tak stabil

Kenapa awak buat saya macam ni?

Kenapa waktu dan ketika ni?

Kenapa saya orangnya?

Kenapa awak?

Saya masih perlukan awak

Saya tak nak kehilangan awak

Saya sayang awak

Sayang sangat-sangat





Nur Kasih The Movie

Tak sabar dah menanti detik 19 mei. Tapi entah ada masa ke tidak nak pergi pawagam. Tengok-tengok download je kat internet. Tak pon tunggu orang kasi yang dah siap download...haha

Ape pon meh tengok sikit gambar-gambar ketika sesi penggambaran movie ni kat SINI.

trailer

soundtrack


coretan hati luahan rasa

Jika aku tak bangun esok pagi,
sayangku...kau jagalah diri,
sentiasa ingatkan hati,
dirimu amat ku cintai.

Andainya dirimu dihimpit kesusahan,
sujud dan mohon pada tuhan,
agar diberikan bimbingan,
meniti hidup bersendirian.

Bila terasa sejuk,
pejamkan mata,
bayangkan dalam dakapanku,
bila terasa rindu,
pejamkan mata,
kita bersua dalam lena.

Kalau ada yang sudi mengganti,
sayang lepaskanlah ku pergi,
kerana insan yang seistimewamu,
berhak untuk dicinta dalam hidup.

Sayang tiada apa yang kekal di dalam dunia ini,
namun yang pasti,
walaupun aku tiada nanti,
cintaku akan kekal abadi.

Aku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
kita jumpa lagi di sana nanti,
jika ku tak bangun esok pagi...

aku setia menunggumu di sini....

Monday, April 25, 2011

contengan jalanan...

Ahh akhirnya sampai jugak kat KL International Book Fair! And u all know, sesak giler kat sane! Penat pon ade gak sebab kena pikul laptop kesayangan. Nasib baik laptop kesayangan. Kalo tak mest tinggal ke dekat tempat simpan barang...hehe

Pusing-pusing satu dewan tak jumpe yang dicari. Tanye abang petugas baru la jumpe, Contengan Jalanan by Hlovate! Actually ni buku Hlovate first yang aku ada. Yang lain aku baca ok. Tak terbeli je sebab pinjam orang punye...hehe. Kali ni kena beli jugak sebab aku berpendapat buku Hlovate kena ade jugak dalam mini library kat umah. Yeah, I'm the booc-holic...haha.




Ok stop blogging and stop facebooking. Contengan Jalanan pon tak bace lagi. Plastik die pon tak bukak lagi beb. Sabar dulu, fokus kat exam dulu *konon la* haha. Nak bace after exam nanti, before balik bercuti...teheee :)

alahai gentleman.....

Assalamualaikum. Tak jawab dosa :)

Dah lama tak update. Actually balik kampung. Cuti study week. Cuti la sangat kan. And study la sangat kan. Paham-paham la…

Takde pape nak update sangat. Balik kampong ari tu best la jugak. Ingatkan dah musim buah tapi rupanye belom lagi. Balik bulan depan harap-harap dapat la merasa buah free kan. Hihi.

Ok, ni nak start bebel sikit. Especially to all gentlemen outside. Kalo dah terang-terang tulis KOC WANITA or BAS WANITA tu, maknanya untuk WANITA SAHAJA la. Tak payah la gatal-gatal nak naik kan. Kenapa aku bebel? Sebab geram dengan sikap gentleman-gentleman kat luar sana tu ha. Dah tau awak tu gentleman, tak payah la nak berebut-rebut dengan kami yang gentle-gentle-women nih. Tadi masa naik komuter, ada sorang pakcik tu kena halau sebab naik koc wanita. Sory pakcik. Pakcik pon kena ikut peraturan jugak. Nak kata tak tau baca, Nampak macam educated. And ada jugak 2 orang pemuda kena halau jugak. Yang si penghalau ni bukan calang-calang orang beb, tapi polis tau. Tapi sayangnya, tu hanya berlaku di stesen KL Sentral je. Stesen-stesen lain takde pon polis jaga. Kalo ada kan senang. Biar padan muka dorang kena halau. Tapi kalo takde pon ok jugak. Rata-rata rakyat semua kan pandai membaca. Jarang la ada yang tak tau baca kan.

Kesimpulannya kat sini, just nak cakap, bila dorang dah bagi kemudahan, kita gunakan la. Tapi guna pon biarlah berpada-pada and ikut peraturan yang betol. Ni kemudahan untuk OKU pon kita guna, untuk wanita pon main redah je. Alahai….


Wednesday, April 20, 2011

Terciptanya rokok daripada.....

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka” 

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir" 

Allah bertanya kepada iblis : "Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu?" Kata iblis : "Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah"

Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”



P/S: Jangan dekati saya jika anda adalah perokok! :)


Tuesday, April 19, 2011

Oh my daddy

A dad is someone who wants to catch you before you fall
but instead picks you up, brushes you off,
and lets you try again. 

A dad is someone who wants to keep you from making mistakes 
but instead lets you find your own way, 
even though his heart breaks in silence 
when you get hurt. 

A dad is someone who holds you when you cry, 
scolds you when you break the rules, 
shines with pride when you succeed, 
and has faith in you even when you fail...


\


Gemilang dah abes....


Tamat sudah cite Gemilang di TV3. Actually cite ni takde la best sangat. Tak suka sangat ngan die punya environment, lighting or pape la. Tak tau sangat pasal shooting-shooting ni. Huhu. Tengok cite ni pon sebab ade Kamal Adli yang hensem tu. Tapi dalam cite ni perut die nampak la...adoii


Just to conclude kat sini, cite ni bagus sebab die memaparkan perjuangan para pendidik untuk membela nasib anak bangsa supaya berjaya dalam pelajaran. Seperti yang kita semua sedia maklum, pelajaran tu penting. Kalo takde pelajaran ibarat katak bawak tempurung tak tau pape. Haha. Boleh tak? 


Pepatah ade cakap, tuntutlah ilmu ke negara China, bermaksud, kita perlu menuntut ilmu walau di mana jua kita berada. Dengan ilmu, ia menjamin masa depan kita. Tak kira la ilmu menjahit ke, memasak ke, etc. Kalo belajar menjahit, nanti boleh jadi tukang jahit. Boleh ambik upah jahit baju dan mana tau satu hari nanti berjaya menjadi tukang jahit professional atau paling tidak pon jadi fashion designer ke kan kan kan.


Anyway, all the best guys!  







Monday, April 18, 2011

Rindu Yang Menyepi

Rindu yang datang menerpa tiba-tiba
Tanpa diduga
Tanpa tanda
Tanpa amaran
Tanpa halangan
Jiwa yang merindu
Hati yang merindu
Begitu menusuk kalbu
Di kala malam sunyi yang cukup indah
Aku menangis kesepian
Keseorangan
Mengenang nasib diri
Yang tak pernah ada sirnanya
Aku tertanya-tanya
Tercongak-congak sendirian
Masihkah ada bahagia yang menantiku?
Yang menungguku? 

aku yang merinduimu....

Sunday, April 17, 2011

di saat aku mencintaimu



Mengapa kau pergi

Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku


Menyendiri lagi

Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi

Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu

Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti

Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu

Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu

Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Wednesday, April 13, 2011

Apekah ia????

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Yang paling juah adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Apa yang paling besar di dunia ini ?
Yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka. Nauzubillah.


Apa yang paling berat di dunia?
Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Apa yang paling ringan di dunia ini ?
yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.


Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? 
yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.





"Renung-renungkan dan selamat beramal" =)






Monday, April 11, 2011

panggilan hangittttt....terkena sudah...!!!

Korang pernah kena panggilan hangit tak? First time dengar panggilan hangit dekat Hot fm. Perghhh memang hangit la. Mesti orang yang kena tu sakit hati giler. Geram pon mesti ada kan. Haha. Kadang-kadang gelak sorang-sorang bila dengar. Kesian kat depa no. Kalo kena kat aku tak tau nak kata apa daa.


Sebenarnya kan, aku pon kena gak panggilan hangit. Tapi bukan dari Hot fm la. Dari insan yang bongok. Huhu. Hari tu kan, tetibe je dapat call dari sorang mamat ni. Aiseh macam nombor rumah or ofis lak. 099...tak ingat dah. *Thought of Kelantanese tengok number tu tapi cakap laur lak* Cakap bukan main lembut lagi tanya pasal online survey yang aku buat. Konon data dia tersebar kat luar la. Kat shopping complex pulak tuh. Bila tanya shopping complex mana dia tak bagitau. Pastu siap ceramah lagi kat aku, cakap data-data semua kan private. Mana leh sesuka hati je show kat orang. Yela aku tau. Tapi kan bila aku tanya survey apa yang dia jawab dia pon tak ingat. Mamat ni memang nak kelentong aku nih. *Nampak sangat kan* Kalo betol dia yang jawab survey tu mesti la dia tau kan. Pelik, musykil segala mak nenek ada dalam kepala aku. Yang aku tau memang la aku SEDANG buat survey. Tapi masa tu baru tengah clean up data. Tak masuk SPSS lagi. Haha. Apa daa. Opsss tapi kan mamat tu tau la nama aku. Menurut mulut manis dia yang macam gula tu, dia cakap orang dekat shopping complex tu yang bagi nama aku siap ngan no fon aku lagi. Haihhhh. Pastu aku cakap la aku takde wat survey pape pon. Hah lagi satu dia siap sebut tempat aku belajar ni. Aku pon kelentong dia jugak cakap bukan. Nama pon aku cakap bukan jugak. Haha. Padan muka. Last sekali bila semua yang dia teka salah, dia pon buat-buat tanya aku nama sape, tinggal kat mana. HUH! Mamat ni memang saje je. Aku pon terus letak fon. And nasib baik dia tak call balik sampai skang. Alhamdulillah...


Ok mangsa seterusnya ialah adik aku. Tak tau sape gak tetibe je mengaku inspektor polis cawangan J, mintak nama ngan no ic adik aku, dia cakap ada kes. Tapi adik aku terus letak fon and off. Giler ke ape. Main-main pulak cakap macam tu. Saspen orang je. Kalo ada kes memang kena mintak nama and no ic ke? Aku rasa tak. Kalo inspektor polis yang professional, mesti perkenalkan diri dulu, and then terus cakap ada apa kan. Tak mintak pon nama and no ic tu. Kalo ada pon dia akan tanya nama je untuk pengesahan kan. HUH! Ini boleh mendatangkan kemarahan! Betol la kan. Buatnya si penerima panggilan tu tengah tido ke, tengah study ke, tengah sakit ke apa, mesti bengang giler kan. Tapi bila dia cakap ada kes tu, risau jugak la. Tapi lagi kan, kalo betol ada kes, tak ke haru bila call main-main cakap camtu. Macam nak kena sepak je! Rasanya setiap badan beruniform kena ada tagline mereka tersendiri la. Jangan kasi orang tau. Nanti baru la orang caya kan. Tapi negara maju macam skang ni macam-macam leh buat. Tiru suara orang la. Macam-macam.


Tapi di sini aku nak tegaskan, JANGAN SESEKALI BUAT JAHAT MACAM TU KAT ORANG OK? Nanti kalo terkena batang hidung sendiri baru padan muka. Masa tu kalo aku tau aku nak gelak je. Haha.


*gelak jahat*



Sunday, April 10, 2011

SEDAPNYEEE BERIANI....

malam ni tak masak. nak pegi makan kat luar. so decided nak makan nasik beriani kat kedai baru bukak kat econsave kat tempat kami tinggal ni. sampai sana alamak takde orang la. ah konpius sudah. nak masuk ke tak nak nih. kete dah slow dah. masuk aje la. waiter datang bagi menu. tu diaaa. mahal gilak nasik beriani die. nasik beriani kosong harga RM4.50 ok. kalo tambah lauk ayam or daging ada la dalam RM11++. fullamak. dalam hati cakap patot la takde orang datang. mahal rupenya. haha. yang kelakarnya kami semua tak order nasik beriani pon. order mee bandung ngan laksa johor. tu pon dah RM5.90 dan RM6.90. teh ais pon dah RM3.00. fuh dah macam makan kat mid valley pulak. better makan kat secret recipe kat depan tu ha. agak menyesal la. lain kali tak nak dah makan kat kedai ni. sekian. huhu.




tu diaa mee bandung ngan teh ais *mee bandung ok tapi teh ais tak sedap*


kami


saya =)


Friday, April 8, 2011

YA ALLAH YA TUHANKU....

Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah ya Tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Yang kekal berpanjangan

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku ya Allah

Ya Allah...
Seandainya telah engkau catatkan dia milikku 
Tercipta buatku dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta
Gantilah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buat ku
Kerana engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan juga akhirat
Dengarlah rintihan hamba Mu yang daif ini
Jangan engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
AMIN.....


Monday, April 4, 2011

ABPBH 2010

Artis Paling Popular :  Shaheizy Sam

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato’ Hjh Rosnani Jamil

Pelakon Filem Lelaki Popular : Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular : Lisa Surihani

Penyanyi Lelaki Popular : Faizal Tahir

Penyanyi Wanita Popular : Yuna

Penyanyi Nasyid Popular : Rabbani

Penyanyi Duo/Kumpulan Popular : Sixth Sense

Pelakon TV Lelaki Popular : Remy Ishak

Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha

Artis Komedi Lelaki Popular : Zizan

Artis Komedi Wanita Popular : Norkhiriah

Artis Baru Lelaki Popular : Syahir

Artis Baru Wanita Popular : Ana Raffali

Pengacara TV Lelaki Popular : Aznil Hj Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana

Anugerah Artis Mobile Popular : Sixth Sense


notakaki: tahniah kepada semua pemenang :)

Sunday, April 3, 2011

WEEKEND AT BUKIT CERAKAH

date: 2 April 2011
location: Taman Botani Shah Alam (Bukit Cerakah)


kami dah sampai...akhirnya berjaya jugak jejak bukit cerakah ni

gaya takleh bla...macam nak pergi shopping je...kui3

dorang teringin nak naik basikal ni sebenarnya...tapi alangkah malangnya sebab tak muat...hihi


aksi mula-mula naik basikal

laju je kayuh

pandainya aku photoshoot :D

modelling jap :P

ada taman haiwan

posing jap

posing lagi

dan lagi...hihi


taman arnab...nampak tak arnab nganga luas kat belakang tu?


ada kolam ikan

boleh memancing kat sini

mereka yang kepenatan

aku yang masih bertahan...ngeee :D

kami di sini :)

bas pelancong...naik bas pulak setelah penat giler kayuh basikal

penat sangat-sangat naik basikal sampai terkangkang...opsss!

ni gaya ayu lak









romantika de amor



eh eh kelakarnya gambar ni






singgah makan sate kajang dekat PKNS
muka kekenyangan

aku la pemandu berhemah...pergi mana-mana konfem sesat...heheh