Thursday, March 31, 2011

aku si comel yang cute ^_^

pagi tadi bangun awal dengan harapan nak breakfast kat McD. nak tuntut kupon breakfast yang mana hari ni due nya. hah korang ade dapat tak kupon tu? kalo beli RM5 ke atas leh tebus big breakfast tau. saya dapat sebab classmate bagi. ala fotostat pon boleh aje. tapi sorry dah tamat tempoh pon kupon tu. so takleh la nak share ngan korang. hehe. 


haa..ni la kuponnya. fotostat pon tak xpe...hihi

and this is the food :)


ok la awal la sangat bangun ari ni kan. dah tau takde kelas. so bermalas-malasan la dulu atas katil. eh toto je. sampai sane tengok-tengok panjang giler orang beratur. nak tak nak kena la beratur gak kat pintu masuk utama tu ha. pastu belakang kitorang ade la sepasang couple ni. minah tu tinggi dari mamat tu. and of course la lebih tinggi dari saya kan. huhu.


cerita bermula. dekat-dekat nak sampai kat kaunter nak order tu, tetibe je si minah tu rapat ngan kitorang. and then makin rapat lagi. rapat lagi rapat lagi dan sampai la die betol-betol potong saya. bile kawan depan saya tu dah siap order, terus die order die punye. yang si mamat tu pulak buat tak tau je. eeeiiii macam nak lempang je mase tu. ape lagi. buat muka la. orang dah beratur nak dekat sejam dah. dorang sendiri nampak kot sebab dorang pon beratur jugak dari tadi. tadi bukan main kutuk-kutuk orang depan lambat la, tambah order la ape la. ishhh mamat tu pon tak gentleman langsung la. kot ye pon nasihat la sikit awek tu. tenangkan hati sikit. orang lain pon beratur lame jugak. sabar la. ikut turn la beb! mentang-mentang dapat awek tinggi so nak berlagak la? pijak kaki kang padan muka! HELLOOO...PLEASE MIND YOUR MANNER OK? nak kitorang buat kelas mannerism kah? marah ni marah ni.


mase tunggu order lak, si mamat tu yang tunggu. si minah tu pergi jaga meja kot. kitorang ape lagi, kutuk-kutuk la belakang mamat tu. biar sedar diri sikit. huh! GERAM yang amat nih!!


p/s: to those kat luar sane tu, jaga la manner korang masing-masing. belajar la ikot turn. and banyak-banyak la bersabar. especially to the guys. sabar tu separuh dari iman. tak salah kalau kita korbankan sikit untuk dapatkan hasil yang banyak. ingat tau! 


notakaki: sorry for those yang terasa. bukan nak buat korang marah tapi just nak buat korang sedar sikit. peace no war :)





Tuesday, March 29, 2011

tuhan menguji kita

Assalamualaikum wbt...


harap-harap korang sihat walafiat dan sentiasa dilindungi-Nya selalu. best kan nikmat yang Allah bagi. tanpa kita sedar kita dapat lalui kehidupan sehari-hari dengan jayanya tanpa banyak halangan jika kita sihat walafiat. tapi cuba kita renung seketika, bila kita sakit, kita asyik merungut. "ishh...kenapa demam nih" "adehh...tak selesa la" "eeeeee...tak suke tak suke tak suke!" 


tapi kawan-kawan, sedar tak Allah sebenarnya sedang menguji kita hambanya. Allah menguji sama ada kita mampu menahan ujian itu dan sabar ke tak kita mengharunginya. kita hendaklah sentiasa bersabar menerima apa jua takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya. cuba renungkan mereka yang sakit dan terlantar di hospital atau pun di rumah. kesian mereka kan. tak leh nak buat apa yang mereka suka. makan pon tak leh makan makanan kegemaran dorang. kena sentiasa bergantung kat mak ayah family members yang lain. kalo golongan berada boleh lah upah nurse jaga kat rumah. tapi kalo yang miskin yang tak mampu tu camne? jadi, bersyukurlah kita kerana berpeluang menggapai nikmat sihat. guna lah peluang yang ada ni sebaik mungkin. rebut lah nikmat Allah semampu yang boleh. dan akhir sekali kita kena tawakal dan redha dengan ketentuan Allah. apa yang pasti, kita tak boleh mengubah takdir yang telah ditetapkan Allah SWT terhadap umatnya. 


ok sebenarnya yours truly ni tengah demam. selesema, sakit-sakit badan, pening kepala, bla bla bla. *eceh macam banyak je sakit* tu pasal dapat ilham nak tulis entri ni. maksudnya, insaf la sikit dengan ketentuan Ilahi ni. hehe. INGAT! apa yang penting KERJASAMA! *erkk...ade kaitan ke? takpe la* 

Monday, March 28, 2011

NAK MAKAN NASIK LEMAK SEDAPPP......

morning korang. hi! 


dah lame mengidam nak makan nasik lemak sedap yang dibungkus dengan daun pisang tuh. bile bukak bungkusan die...fuhhh bau...tak payah cakap la. wangi je. bau daun pisang dengan santan nasik tu. mmmm....best nye! tapi kat ceruk puncak alam nih mane nak cari nasik lemak daun pisang camtu ek?


taddaaa....dah nak dekat setahun dok fasa 2 ni baru minggu lepas baru jumpe nasik lemak yang diidam-idamkan tu. alahai dekat gerai belakang umah je ha. kat tempat selalu tunggu bas. cehh. tak perasan pulak sebelum ni.


emm...ape lagi. plan kene plan la kan. haha. i mean, plan kene rancang la. so semalam plan nak bangun pagi-pagi pergi jogging dulu keliling taman then baru singgah gerai tu beli nasik lemak. tapi kene kuat la menahan godaan nafsu tido pagi-pagi. al-maklum lah pagi-pagi kan...hihi


and lastly, berjaya jugak bangun pagi and keluar jogging. em, actually bukan pagi bebenor keluarnya. pukul 7 dah. orang sebok nak pegi keje and hantar anak pergi sekolah kitorang baru nak keluar berjogging. ok agak malu di situ. hmmm...tapi takpe la. keluar jugak kan. boleh bangga la sikit setahun dok sini ade jugak aktiviti nak buat pagi-pagi...heheh


lepas pusing taman satu round, main jongkang jongket, then pergi beli nasik lemak. balik umah buat air and makan. awalnye breakfast...hahaha...nasik lemak punye pasal. erppp...Alhamdulillah....dah kenyang ^_^


muka suci di awal pagi tanpa make up. teheee. and pakai slipper jepon je sebab malas nak godek-godek kasut kat stor..hihi...nampak sangat dah lame tak beriadah kan :D

Sunday, March 27, 2011

TAKZIAH KEPADA MEREKA....

ingat tak entri sebelum ni saya ade cite pasal accident mase on the way back to KL? yang kancil remuk tinggal separuh badan je tu? ingat tak ingat tak? *for those yang tak bace lagi sila la bace ye...promo sikit*

semalam baru tau yang si mangsa tu adalah kakak kepada adik saya punye kawan. 2 orang kakak die dan 2 orang sepupu die dalam kereta tu. bukan kancil tapi kelisa. kelisa dengan pajero. 3 orang meninggal di tempat kejadian manakala sorang lagi meninggal kat hospital. dalam metro pon ade keluar. isnin punye metro kalo tak silap. takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin...

tengok statistik accident kat Mesia ni rase cuak semacam je. nak drive jauh-jauh pon rase takot. em, of course mak saya tak kasi tapi drive jugak belakang die. huhu. kadang kite bawak slow and sentiasa waspada tapi betol la pepatah malang tak berbau kan. bile-bile mase je die datang tanpa kite jemput. ape pon sebelum drive tu bace doa dulu. mintak selamat pergi dan balik :)

Thursday, March 24, 2011

GEMPAR KB MALL!!!

tadi ade sorang budak pompuan cuba nak bunuh diri di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan!!!!


die pegang pisau tuh!!


punca kejadian tidak dikenalpasti. tapi ade orang cakap budak tu baru ambik result SPM. maybe frust result rendah kot then terus nak bunuh diri. and maybe jugak ade masalah lain. die aje yang tau kan. haaaa jangan cuba buat spekulasi! tak baik tau. hehe. 


tapi nak cakap sikit ni. tak baik bunuh diri tau. tak bau syurga tu. cetek akal betol kan. pape hal pon bincang dulu kalo ade masalah. tenangkan fikiran dulu. jangan ambik short cut je terus nak bunuh diri ok! :)





Tuesday, March 22, 2011

Rombongan Cik Yah....ngeee :D

hi guys! guess what i'm doing this weekend?


actually, i balik kampung! hehe. bertolak balik hari rabu malam and datang KL balik hari ahad malam. yeah i know it's not weekend. and of course la ponteng kelas kan. hehe. sorry to all my lecturers. banyak kelas ponteng nih. huhu.


rabu malam tu balik umah mom and dad dulu. jumpe family tersayang. makan serba serbi. and try to finish the assignments. caya lah. and then study beb! sebab nanti ade test. hihi :D


then, on saturday, nak balik umah grandma, tumpang my dad, die nak pegi kenduri. jimat sikit kan. and lagi satu, tak payah nak turun naik bas. penat. huhu. tapi tak tau pulak my dad tu jadi wakil rombongan untuk pihak pompuan. means that, wakil nak pegi hantar menantu what-so-ever la. hihik. dipendekkan cite, nak dating hari tu terpaksa cancel sebab balik dari tempat tu lambat. cehh dating konon. hihi. sorry awak!


ahad malam balik KL balik. banyak lak sangkut kat tengah jalan. yang mengerikan of course la accident. kancil tinggal separuh badan je. bahagian depan tu remuk abes. hmmm...makin hari makin banyak accident berlaku. so, hati-hati la bila memandu ye kawan-kawan. sayangilah nyawa anda dan ingatlah orang yang tersayang! *pesanan penaja*


sekian cite cik yah :D


opsss...gambar kene crop ^^







Sunday, March 20, 2011

jumpe Melda Ahmad!!!

saya jumpe Melda Ahmad yang nyanyi lagu Kimia tu. dekat tv9. program Nasi Lemak Kopi O. hahahaha.

lagu Kimia ni best tau. enjoy yeah!!


Friday, March 18, 2011

POTTERY THERAPY

salam gus!

entri kali ni nak cite pasal lab minggu lepas. eh yeke minggu lepas. dua minggu lepas la. hihi. 

ok, lab dua minggu lepas, kitorang buat POTTERY THERAPY. setiap group diberi 1 disease. then, kitorang kena reka ape-ape aje dengan menggunakan clay. tapi setiap jenis rekaan tu kena ade therapeutic value la. for example, pottery therapy can reduce depression among schizophrenic patient, can enhance creative thinking of an individual such as children, adults, and so on, and bla bla bla. pendek kata, ape yang kite design tu, kena relevant la dengan patient punye condition. baru la treatment kite tu menjadi dan ade hasilnya. 

so now, meh view-view piccas sikit. enjoy yea ^_^

playground

zoo


playground

dolls

zaman purba



Friday, March 11, 2011

SAYA SUKE BENDA CUTE

Salam korang. Sihat tak? Harap-harap sihat la ye. Maklum la skang ni macam-macam yang berlaku. Hari ni pon kite dikejutkan dengan berita pasal tsunami dan gempa bumi yang melanda Jepun. Mesti ade yang cakap, “Ala…tu kat Jepun. Kita kat Malaysia, negara selamat. Takde pape punye”. Tapi kite kena ingat, malapetaka tak kenal orang, musibah ade di mana-mana, maut pon boleh je berlaku dalam apa jua situasi. Oleh itu, marilah kite sama-sama muhasabah diri dan lengkapkanlah diri dengan senjata yang dikehendaki seperti mana yang Allah SWT tuntut. I mean, persiapkanlah diri kita dengan iman dan takwa yang mencukupi. InsyaAllah, semoga kita diberkati.

Hari ni rasenya boleh bernafas sikit selepas mengalami beberapa insiden mengejut yang boleh sentap la senang cite. Hehe. Ape tak nya, minggu ni je ade 4 test, plus presentation, plus assignments, plus hundred plus, bla bla bla. Ade 2 test mengejut yang dikira agak kritikal. And then kene redo assignment yang dah sebulan lebih submit. Lepas tu, lepas tu, lepas tu….tak tak nak cite ape…huhu

Tapi tadi kan, pegi econsave nak beli barang dapur. Em, cakap jela nak beli barang dapur. Tapi termasuk sekali la barang sdn bhd. Pusing punye pusing econsave tu *saje nak cari jugak barang yang boleh dibeli (boleh dibeli okeyy bukan yang perlu dibeli….huhu)*, jumpe la 1 barang ni. Terus beli sebab die cute. And easily carrying wherever we go. Eceh. Sempat lagi promote. Hehe. Nak tau ape barangnye?


**********************************



ni la yang saya beli tadi. ade free gift travel pek yang kecik tu. cute kan? hehe ^^

Monday, March 7, 2011

kami memang pengguna masa yang TERBAEKKK

korang tau tak ape itu SLT? haa tak tau kan tak tau kan. mesti korang cakap camni, ce cite ce cite. hihi. takpe-takpe. nak cite la ni. ok SLT ialah STUDENT LEARNING TIME. di mana kami students ni perlu menggunakan masa dengan bijak ketika ketiadaan lecturer. di mana lecturer-lecturer hanya mengajar sebahagian sahaja daripada tajuk dalam bab-bab mengikut syllabus. di mana jugak yang selebihnya tu students la kena belajar and baca sendiri. hehe. then jangan terkejut pulak jikalau ada test mengejut ok. 


bercakap ikut pengalaman. haha. tadi baru kena ngan batang hidung sendiri. selama berminggu-minggu ni, lecturer asyik takde jek. lepas tu mula la buat cuti sendiri. alih-alih ari ni sentap giler bile tibe-tibe je ade test. tapi nasib baik open book test. haha. tapi sekali buku tak bawak daa. ape lagi berlagak hebat la jawab ikut kepala otak sendiri. huhu.


kesimpulannya kat sini, gunalah masa yang ada sebaik-baiknya. jangan pula anda menyesal di kemudian hari. and always be prepared where ever you are, what you are doing. hmmm susah jadi student. yeke??


cute kan fish clock ni..?


oppsss....jam MU...hihi ^^



Saturday, March 5, 2011

saya seorang adik

suke tengok die senyum

very very excited bile ade orang panggil saya adik! suke2. hihi. tapi takde la ecxited sangat pon. just terharu je lebey. sebab akak sorang ni dulu cam sempoi je gaya nya. tapi skang bukan main lagi. dah macam jadi cosultant pulak. em, doctor love pon ade gak. haha. 

tapi ape yang pasti si akak ni kan, macam tau-tau je ape yang bermain di fikiran ni. macam ahli nujum. leh baca fikiran orang pulak kan. *eh ahli nujum leh baca fikiran orang ker...erkkk* 

die selalu datang bile hati tengah gundah gulana. wondering, die pakai teropong ke ek? haha. pape jela. 

dear sis, tenkiu sooo much for being here beside me and support me. and don't stop calling me ADIK! hehe ^^


Friday, March 4, 2011

Di Sini Perjalananku Bermula....

MRSM Jeli
detik 3/3/2002 ialah detik bersejarah di mana aku mula menjejakkan kaki di MRSM Jeli. di sini lah aku menimba ilmu di samping belajar untuk mencari kawan. terlalu banyak memori yang dirakam sepanjang tempoh 5 tahun aku berada di sini. 


HAPPY ANNIVERSARY la jugak kan.....haha ^^


sempena tarikh ini, sebuah blog dilancarkan untuk mengumpul maklumat, sebagai medium berdiskusi, dan sebagainya yang mana ahlinya terdiri daripada bekas-bekas pelajar MRSM Jeli yang juga bekas rakan seperjuanganku. semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan selamanya. InsyaAllah.


do visit the blog on http://soghokito.blogspot.com/

Wednesday, March 2, 2011

oh sungguh tidak ku sangka sama sekali




2nd of March 2011. dah genap setahun. terlalu banyak cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuhi. Alhamdulillah. masih diberi peluang untuk mengenali dan terus mengenali. semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan hingga ke akhir hayat. -Amin-