Friday, May 11, 2012

cerita kadang kala




Kadang kala kita terpaksa mendiamkan diri dari bertanya khabar kerana takut untuk mengetahui sesuatu kebenaran. Bukanlah  bererti diri ini takut. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga dan persediaan daripada sesuatu yang lebih buruk. Benarlah kata pepatah, berdiam diri adalah lebih baik dari berkata-kata. Banyak bercakap perkara-perkara yang tak sepatutnya kelak takut memakan diri.


Kadang kala kita tidak perlu untuk mengintai-intai kesalahan orang lain, lalu menuding jari di atas kesalahan itu walhal belom lagi mengetahui akan kesahihannya. Cuba lihat dan renung diri sendiri dahulu sebelum lantang bersuara menjatuhkan hukuman. Cuba letakkan diri anda dahulu dala situasi tersebut sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya. Berfikirlah sejenak. Tuhan Maha Adil. Suatu hari nanti, akan terbukti jua yang mana salah dan yang mana betol.


Kadang kala kita tidak perlu terlalu memilih sehingga tidak terpilih. Walhal yang baik itu sudah pon ada di depan mata. Buatlah pilihan sewajarnya. Pertimbangkanlah kata hati dan akal fikiran untuk mendapat satu pilihan yang tepat. Dan kadang kala perlu juga mengambil kira pendapat orang luar, jangan terlalu ego untuk menolak kepelbagaian buah fikiran.


Kadang kala kita tidak perlu seiring sejalan dengan trend-trend terbaru yang makin bercambah dan bertambah memeningkan jiwa seperti cendawan yang giat tumbuh selepas hujan kerana AWAS, kita sebenarnya sedang mencari pasal. Mencari pasal dengan akibat yang bakal diharungi jika kaki tersilap langkah, tersilap arus.



Tuesday, May 1, 2012

kadang-kadang lelaki lebih memahami...

Salam u olls.


Lama giler tak update pape kat sini, alih-alih bukak cite pasal LELAKI!


Haaaa...jeng jeng jeng :P


Actually, takde pape yang best pon. Just nak share idea pasal lelaki.


Bila mintak tolong pape, kadang-kadang lelaki yang terlebih dahulu menghulurkan bantuan berbanding kaum wanita even kita mintak tolong dari kaum wanita dulu. Korang pernah kena macam tu tak?


Maybe lelaki ni senang nak berdiskusi atau tak ambik pusing sangat akan sesuatu hal. Nak-nak lagi, pasal kawan. Mostly semangat berkawan dorang tu tinggi. Tapi kalo pasal kekasih hati lagi la dorang take care kan. Yang tu takleh nak disangkal lagi la kannnn.


Tapi ada jugak lelaki yang suka ambik kesempatan atas kesusahan orang lain. Ada jugak yang menghulurkan bantuan berlapik. Maksudnya, ada udang di sebalik mee. Haaa, yang ni kena hati-hati sikit. Pandai-pandai la, kita yang kawan dengan dia, mesti kita kenal sape dia kan.


Tak semua lelaki sama kan. Teringat kata-kata seorang sahabat, LELAKI SEMUA TAK SAMA, LELAKI BERIMAN LAIN, LELAKI TAK BERIMAN LAIN =)


Chills.


Selamat hari pekerja.


p/s: Saya cuti panjang sebab dapat mc 2 hari (^_____^)