Saturday, October 29, 2011

plan yang hanya tinggal plan!

Seawal seminggu sebelom berlangsungnya Karnival Jom Heboh ni aku dah plan ngan sorang member nak pegi. Konon cadang nak pegi dua hari berturut-turut. Alih-alih tiba harinya, tak jadi pulakkkk. Jumaat pagi tu hujan lebat giler. Tak syok la kan nak ronda-ronda pusing-pusing booth kat sana. Pastu, tunggu la hujan reda. Tunggu punya tunggu dah petang. Bila petang mood malas pon muncul la. Yela, tak best la pegi kejap je kan. Plus, malas nak drive malam sebab takut nak masuk simpang depan tu...hehe

Hari Sabtu lak member sorang tu tak jadi. Takkan aku nak merayau sorang-sorang pulak. Ahhhh....tak best nyeeeee hidup sorang takde teman nih! *nasib badan*

p/s: Agak terkilan tak dapat pegi sebab jarang dorang nak create event macam ni kat KELANTAN!

Friday, October 28, 2011

Jumaat 28 Oct 2011 bersamaan 1 Zulhijjah 1432

Rasulullah SAW bersabda: 


"Tidak ada satu hari pon amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan hari-hari 10 Zulhijjah ini. Oleh itu, perbanyakkan lah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)"


Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan ialah:

  • 1-8hb: puasa sunat
  • 8hb: hidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah
  • 9hb (hari wuquf): puasa sunat dan baca surah Al-Ikhlas 1000 kali
  • 10hb (aidiladha): solat sunat raya, baca takbir, ibadah korban

p/s: Daripada sumber yang dipercayai. Selamat beramal! 











Thursday, October 27, 2011

tamat sudah sem 7!

Alhamdulillah....akhirnya tamat jugak sem 7 ni dan tamat jugak lah practical untuk 2 areas. Lepas ni masuk sem 8 ada lagi another 2 areas, peadiatric and psychiatric. Harap-harap dapat score yang terbaik la. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi markah untuk kitorang. Markah sangat-sangat la bagus. Selebihnya, tunggu markah lecturer je. *redha*

Hari ni adalah last day. So ape lagi kalo bukan aktiviti bergambar kenang-kenangan kan. Macam tak jejak sini pulak je gaya nya. Hahaha. Petang Khamis, macam biasa, memang patient takde appointment. So sempat la kan kitorang bergambar. Kali ni meriah sikit sebab ada junior sem 3. Diorang baru two weeks practical kat situ. Jom tengok the pics :D



kami bertiga =)

kitorang bertiga =)

senior + junior

Pastu, di kala hari last ni murah pulak rezeki. Ada sorang therapist tu blanje kitorang nasik sebungkus sorang. Nasik bungkus pon ok la tu janji dia belanja kan. Haaa.....korang ada?

Alkisahnya dapat nasik bungkus ni pon sebab aku tolong bawak dia pegi ambik barang kat umah sewa dia. Masa balik nak park kereta, adalah satu insiden. Kereta bahagian belakang belah kiri sipi-sipi je ngan kereta sebelah. Pastu masuk slow-slow. Ok, dah park, cantikkkkk. Sekali keluar tengok kereta sebelah ada kesan geseran kaler putih babe! Tapi tengok kat kereta aku takde kesan pape lak. So kira bukan salah aku la kan?

p/s: Masih lagi dalam mood 'awareness' ngan kereta manual :P

Friday, October 21, 2011

long long time ago...

Alhamdulillah....ada jugak masa nak bukak blog ni and ada hati jugak nak update blog. Akhirnya kan...haha

Yeah...lately sangat-sangat busy ngan practical. Now, dah nak abes 2 areas dah. Cepat giler masa berlalu kan. Sampai aku pon tak menyempat-nyempat nak update blog...hihi

Ok lah. Got to go now. Nak siapkan slide case presentation jap. Babai!