Tuesday, May 31, 2011

Salih Yaacob kawen lagi


Tahniah ditujukan kepada pelakon dan dj radio, Salih Yaacob kerana berjaya menambah kuota yang ke4!

Taraa...hebat tak?

Hmmm...belom tentu lagi kan....hehe. Hebat tak hebat laki kawen ramai ni tak terletak pada jumlah isteri yang dia ada atau berapa kali dia kawen. Hebat dorang ialah bila dia berjaya berlaku adil, berjaya didik isteri isteri mereka dan anak anak, selain mengamalkan ajaran Islam. Jangan kata bab kawen ramai je nak ikut sunnah Nabi. Tapi yang lain hancuss...haaa tak mau begitu ye :)

Anyway, semoga berbahagia la pengantin baru ni kan. May this lasts forever.

p/s: Bila la turn aku kan...haaa teeetttt!

semoga sabar itu menjadi amalanku

Sabar itu indah.

Sabar itu amalan mulia.

Bersabar dengan setiap dugaan yang menimpa

Bersabar dengan segala ketentuan-Nya

Kerana sabar itu separuh daripada iman.

wedding Shuhada Omar


Selamat pengantin baru Shuhada Omar
*first yang kawen dalam batch*
Semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat
May Allah bless
Doa kan saya juga....hehe :)



Monday, May 30, 2011

meh pakat kawen meh



Tadi sepanjang jalan aku lalu mesti ada kenduri kawen. Yang kelakar tu, selang dua tiga umah ada orang pasang khemah. Warna warni tuuu. Ada warna merah putih, pink putih, kuning putih. Eh kenapa putih? Putih itu suci...ok! Kelakar bagi aku sebab dalam satu kampung tu mesti ada dua tiga buah umah yang buat kenduri kawen. Pastu si makcik makcik semua pon sebok la buat schedule pakat ramai ramai nak pegi umah mana dulu kan. Lagi satu, kalo yang ada dj or karaoke bagai tu, rasa macam ada pertandingan pulak. Yang sini lagu ni yang sana lagu tu....haha. Dah macam pesta pengantin pulak.

Cuti sekolah = marathon kenduri kawen

Sekarang aku rasa kita kena admit la equation kat atas tuh kan. Yela, asal cuti sekolah je berebut orang nak kawen. Banyak dapat kad jemputan. And beratur panjang cari baju nak pegi kenduri kawen! Tak dinafikan right? Orang sebok kita pon sebok gak cari baju yang meletop...muahaha. Oppss...jangan terover sangat sampai overshadow pengantin pulak ye.

Apa pon, selamat pengantin baru untuk semua yang bakal mendirikan masjid. Barakallahumma...insyaAllah :)

Saturday, May 28, 2011

ragam dunia

Dunia ni macam macam kan. Ada yang kita tak jangka, berlaku depan mata. Sebaliknya yang kita jangkakan tu pulak tak berlaku pon. Itu dinamakan fitrah kejadian alam. Ada berita gembira, sedih, terkejut, tak disangka sangka dan lain lain. Semua tu menjadi putaran alam. Normal la kan.

Tapi yang menjadi kemusykilan aku sejak sekian lama ialah pasal laki yang sanggup bersama sorang pompuan yang dah ada pakwe. Ye, aku paham baru pakwe kan. Belom lagi tunang belom lagi husband. Tapi aku takleh terima la orang macam ni. Dah jelas depan mata yang pompuan tu macam tu, dia lagi terhegeh hegeh nak jugak. Dah terang lagi bersuluh yang pompuan tu hanya nak ambik kesempatan, dia still layan. Ada apa sebenarnya ek?

Si pompuan tu pon satu hal gak. Yang kat sana pon layan, yang kat sini pon layan. Apa nak jadi playgirl ke? Hebat sangat ke? Menyampah ada la kot...haha

Tu la. Kalo kita cakap sikit dorang ingat kita nak jaga tepi kain dorang. Pastu, kena maki ada la bila kita cuba bagi nasihat. Kita bukan apa kan. Kalo boleh tak nak la tengok orang yang kita sayang tu dikhianati. Kalo boleh nak dorang happy, nak dorang bahagia. Tapi kalo jenis yang tak makan saman tu cakap apa pon tak guma jugak. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bagai mencurah air ke daun keladi. Hah. banyak dah peribahasa aku keluar...haha

Tepuk dada yanya selera la.

Chow!

Friday, May 27, 2011

ketika hati berbicara

Di saat kau melangkah meninggalkan ku
Hati kecil ku berbicara
Jangan langkah terlalu jauh
Sehingga aku gagal menjejaki mu
Jangan padam memori indah kita bersama
Sehingga kau koma dari mengingati ku
Jangan meletakkan kesalahan itu di bahu ku
Walau kesalahan itu bukan milikku
Jangan mencipta jurang antara kita
Disebabkan aku masih lagi memerlukanmu
Kerana aku di sini masih setia menanti mu
Masih lagi menyayangi mu sepenuh hati
Walau beribu duka telah kau coreti
Kerana aku pencinta yang setia
Akan ku jujur selagi terdaya
Mengharungi cinta yang suci ini







Thursday, May 26, 2011

alkisah raya

Assalamualaikum....

Korang dah beli baju raya? Dah tempah ke belom?

Ehem...jangan terkejut kalo aku cakap aku dah tempah! hihi :D

Tempah awal awal sebab nak elak 'jem tempahan' dan nak elak 'ketidakterimaan tempahan' oleh tukang jahit. Plus kat tempat aku ni susah nak cari the best of tukang jahit. Biasa tempah baju mesti lebar la apa la. Tak best la. Nanti mesti pakai sekali je. Beli kain mahal. Rugi la kan.

Kalo nak beli baju siap pulak susah nak cari saiz. But, one of my friend suggest suruh beli baju saiz kanak kanak yang paling besar...haha. Susah kan kalo saiz comel macam aku ni :P

Anyway, puasa ganti dah abes belom?

satu ketika di i-city

Dulu aku pegi i-city dekat seksyen 7 Selangor tu bayar singgit je nak masuk parking. Aku pegi sekitar Julai last year kot. Masa tu first tiem dok umah sewa. Member aku bawak kereta. So ronda ronda la di malam hari...hehe. Tak lama lepas tu, tup tup aku dengar parking dah kena bayar RM10! Fullamakkk...nasib baik aku dah pegi awal awal. Tapi teringin nak pegi lagi. Nak tengok snow...hehe

Dan macam biasa, terima lah gambar gambar ini....gambar lama. Masa aku belom lagi berjinak jinak ngan shawls lagi...hehe :)




















Wednesday, May 25, 2011

apa kurang ajar sangat?

Hari ni adik aku balik sekolah nyumpah nyumpah...haha. Kelakar pon ada bila tengok dia marah marah. Tapi marah pasal apa?

Haaa...ada budak baya dia bocorkan basikal dia. Sebab? Entah la. Adik aku tu takde buat pape pon. Tetiba je kan. Adik aku selalu kena macam tu. Nak kata kena buli tu takde la buli sangat. Tapi orang selalu la buat jahat kat dia.

Dulu pernah adik aku dipaksa smoking oleh budak budak belasan tahun. Budak budak sekolah menengah. kat masjid pulak tu. Menangis adik aku. Pegi masjid buat apa?

Apa budak budak sekarang memang kurang ajar ke?

takziah

Takziah diucapkan kepada semua mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat. Seperti yang korang tau mereka semua terdiri daripada anak anak yatim.

Sesungguhnya mereka semua telah dijanjikan syurga.

Dari Allah kita datang dan kepada Dia jua kita kembali.

Al-fatihah.

cakap memang senang

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Orang boleh cakap apa saje. Orang boleh judge apa saje. Orang pon boleh kata apa saje.

Orang yang cakap tu tak rasa apa yang kita rasa. Orang yang cakap tu tak tau beban yang kita tanggung.

Mereka boleh fikir apa yang mereka nampak. Tapi jangan lah salahkan kita. Jangan lah tuding jari kat kita.

Apa yang mereka nampak tu tak semestinya betol. Tak semestinya itu yang berlaku.

Sebab yang tau perkara yang sebenar adalah kita, pemilik hati yang suci.

Tuesday, May 24, 2011

benci

Aku benci perampas. 

Aku benci pengacau. 

Aku benci penghalang.

Aku benci air mata. 

Aku benci hati yang sakit. 

Aku benci kekecewaan. 

Aku benci ketidakjujuran.

Aku benci penipu!


nervous!

Aku nervous.

Memang.

Pasaipa?

Takde transport lagi nak ulang alik nanti...haihh

Nak sewa umah dekat tempat tu mahal. Macam tak mampu. Makan minum lagi.

Ahhh...aku dalam dilema!!!

Monday, May 23, 2011

blog aku la wei

Ini kawasan aku yang punye! Orang lain takde hak nak masuk campur!

Ha..amacam? Garang tak garang tak? hehe...

Actually, aku tak reti nak garang garang ngan orang ni. Aku garang bertempat la kot. Sebab adik aku kata aku garang...hihi. Biasa la anak sulung kan. Keje nak mengarah je. Aku punye dot dot pon cakap camtu jugak. Yeke aku garang ek? *pikir jap :P*


Ok dah. Cukup la merapu. Tapi ni blog aku kan. Suka hati aku la nak buat ape, nak cakap apa, nak tulis apa kan. Selagi aku boleh menulis dan mampu menulis, aku akan tulis. Tapi maaf kalo ada yang terasa atas apa yang aku bebel selama ni. Serius, aku tak tujukan pada sesape melainkan aku cakap terang terang...hehe

Maafkan lah aku sebab aku pon insan biasa. Makhluk Tuhan. Hamba Allah yang sentiasa buat silap.

p/s: Memaafkan orang adalah sifat yang mulia dan terpuji :)

kenapa dorang suka make up tebal?

Sape suka follow artis?

Sape suka baca gosip artis?

Mesti ramai yang suka kan. Kat tv kan banyak rancangan pasal artis. Majalah majalah hiburan pon berlambak kat kedai kan. Korang pon mesti ada fevret korang sendiri kan. Fevret artis, fevret blog artis, fevret majalah hiburan dan yang seangkatannya.

Tapi kan, aku ada satu kemusykilan la. Kat negara kita ni kan, kebanyakan artis suka make up kan. Ada yang make up tebal, ada yang sejemput je. Tak kira la masa shooting ke or kat luar set. Cuba korang perhatikan. Most of them mesti make up. Kenapa? Muka tak natural beuty ke? Opsss...

Aku suka tengok artis korea. *ehemm...maklum la sekarang asyik tengok cite korea je kan* Dorang kan masa shooting takde la make up tebal tebal. Just pakai lispstik, pakai blusher, pakai eyeliner and eye shadow. Biasa biasa je dorang make up. Tak over la orang cakap.

Tercetusnya entri ni bukan bermaksud aku nak salahkan sesape, nak cakap yang tu salah yang ni betol or nak tuding jari kat sesape. Just in my opinion. Ok full stop.

menyendiri lagi

Hari ni.

Sekarang.

Aku dok sorang sorang kat umah lepas adik aku pegi sekolah. Ayah aku, mak aku, adik aku sorang lagi keluar pegi hospital. Ayah aku ada check up. Harap harap dapat berita gembira la kan.

Serius.

Aku xpernah tinggal sorang sorang kat umah ni!

Umah lama. Umah orang kampung yang lama. Owner dia pon dah takde *erkkk* Korang pon boleh agak la kan macam mana rupanya. Nasib baik siang. Kalo malam seram la jugak. Nak nak lagi bila hujan kilat petir tu. Seram giler. Macam macam bunyi ada...huhu


So sorang sorang kat umah takde buat pape, apa lagi, aku buat movie marathon la. Buku entah bila nak bukak entah...huhu

Jom tengok movie!

titian perjalanan hidup

aku start belajar di sini seawal umur 5 tahun...Pasti Nur Fatihah

sekolah rendah di Sek. Keb. Kuala Balah, Jeli, Kelantan Darul Naim

then, sekolah menengah kat Maktab Rendah Sains MARA Jeli, Kelantan


next step is at Kolej Matrikulasi Pulau Pinang selama setahun


meneruskan lagi perjuangan di UiTM Kampus Puncak Alam, Kuala Selangor dalam jurusan Bachelor Degree Occupational Therapy (hons), Health Science Faculty selama 4 tahun...sekarang baru nak masuk tahun ke4 :) 


NEXT STEP ???

Lepas ni start practical kat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan for almost one year

Semoga segala urusan ku dipermudahkan-Nya...Amin



Sunday, May 22, 2011

the 11th hour

''The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th"

What do you think about the above sentence?

Aku jumpa ayat ni dalam Contengan Jalanan by Hlovate. Have u guys read it? Baca la tak rugi pon. Banyak info yang kita akan dapat daripada buku tu.

And in my opinion, aku rasa ayat ni macam nak menunjukkan bahawa seseorang yang tak sempat nak berubah, means berubah ke arah kebaikan la kan, even dia dah decide untuk berubah.

Dan daripada ayat ni jugak menyatakan bahawa kita ummat manusia ni haruslah berubah tak kira masa. Jangan pulak cakap, nak berubah masa umur 50 tahun la, then kalo umur tak panjang camne? Tak ke rugi je hidup sepanjang 50 tahun tu tanpa buat apa apa amal ibadat?

Dan kalo nak berubah pon jangan tunggu sampai ada sesuatu yang meng-elicit-kan kita untuk berubah. Contohnya macam bila sakit ke baru nak berubah, bila ada kematian ke, etc.

Dan lagi sekali berubah demi untuk kebaikan diri sendiri tak salahkan :)

p/s: Ini pon untuk peringatan diri sendiri juga...hehe

Saturday, May 21, 2011

talking is nothing, doing is something

Talking is nothing...doing is something

Cakap banyak pon tak guna kalo takde inisiatif untuk melaksana. Cakap bukan main hebat lagi, bukan main bersemangat, tapi satu habuk pon takde. Tak rasa malu ke? Orang akan mula cakap cakap belakang kalo dorang tak nampak usaha atau pon hasil dari percakapan kita tu. Ni la yang terjadi dalam masyarakat kita sekarang. Dah jadi macam satu trend pulak kan.

Ayat ni pon boleh jugak ditujukan kepada orang yang suka mungkir janji. Janji macam macam kan, tapi lastly takde pape pon. Dan ketahuilah bahawa orang yang mungkir janji ni tergolong dalam kalangan orang yang munafik tau. So kurangkan lah berjanji wahai teman sekalian. Tak pon, jangan pandai pandai menabur janji jika rasa diri tak mampu melaksanakannya.

Ini nasihat untuk diri sendiri jugak...hehe :)

Chow!

Occupational Therapy? apekah?

Orait entri kali ni nak cite pasal akademik sikit. Harap-harap boleh la tolong adik-adik lepasan SPM tu nak pilih course mana yang sesuai. And course yang tepilih ialah course yang dihadiri oleh penulis sendiri iaitu Occupational Therapy a.k.a Pemulihan Carakerja. Ada 2 IPTA je kat Malaysia ni yang tawarkan course ni iaitu di UiTM Kampus Puncak Alam (diploma and bachelor degree) dan satu lagi di UKM cawangan KL (degree only). Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di Sungai Buloh pon ada jugak untuk diploma sahaja. Tapi kat sana lebih dikenali dengan nama Jurupulih Carakerja. Manakala IPTS pun banyak gak yang mula menawarkan kursus ni.

Macam mana la rupa kursus ni kan. Ok senang cite kita cakap pasal apa yang berlaku di UiTM la. Di U lain penulis kurang pasti tapi rasanya lebih kurang je. Kalo kat UiTM, 3 tahun untuk program diploma dan 4 tahun untuk program bachelor degree. Antara subjek yang dipelajari ialah Orthopedic and Medical Neuro, Paediatrics, Work Rehabilitation, dan Psychiatrics, Nueropsychology, etc. And kena belajar Anatomy & Physiology jugak tau macam doctors and nurses!

Lepasan diploma akan menjawat jawatan sebagai Jurupulih Carakerja U29 manakala lepasan bachelor degree pula akan menjawat jawatan sebagai Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) U41 di hospital-hospital kerajaan. Jawatan-jawatan ni kebanyakannya hanya terdapat di hospital-hospital kerajaan di setiap ibu negeri. Contohnya di Kelantan Darul Naim, hanya Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian sahaja yang ada. Akan tetapi, jawatan ni telah mula dibuka di pusat-pusat kesihatan di setiap daerah. Selain tu, sektor swasta juga menawarkan peluang kerja yang agak bagus seperti yang terdapat di Hospital  Gleneagles, pusat-pusat jagaan harian dan sebagainya.

Skop kerja occupational therapist (OT) terbahagi kepada bidang-bidang seperti yang dipelajari dalam kelas iaitu Paediatrics, Phyisical and Medical, Psychiatrics, Geriatrics, Neuropsychology, Community-based Rehabilitation, Work Rehabilitation dan sebagainya.

OT berbeza daripada PT (physical therapist a.k.a fisioterapi) di mana OT merawat pesakit secara keseluruhan termasuklah fizikal, mental, spiritual. Manakala PT hanya tertumpu kepada fizikal semata-mata.

Tulis banyak-banyak pun tak guna kan. Baik korang search sendiri kat web-web yang bersepah kat internet ni. But, honestly speaking, kerja OT ni satu kerja yang mulia sebab OT bukan sahaja memberi rawatan kepada pesakit supaya pesakit sembuh daripada penyakitnya tetapi juga membantu pesakit untuk berfungsi semaksima yang mungkin mengikut tahap kemampuan seseorang individu itu. Maksudnya, OT membantu pesakit supaya kembali ke keadaan seperti insan normal lain terutamanya dalam kehidupan seharian mereka supaya mereka berupaya untuk buat sendiri tanpa berhantung kepada orang lain. Mulia kan? Tapi buat kerja apa-apa pun semuanya mulia. Yang penting betulkan niat, then insyaAllah berolehlah berkat. 

All da best! :)



Friday, May 20, 2011

puding roti


Bahan bahan:
-6 keping roti (dipotong dadu)
-2 sudu besar mentega (dicairkan)
-1/2 cawan kismis
-4 biji telur
-2 cawan susu cair
-3/4 cawan gula kastor
-1 sudu kecil kulit kayu manis
-1 sudu kecil esen vanila

Cara cara:
1) Susun roti dalam acuan dan kemudian tuangkan mentega cair di atasnya.
2) Campurkan telur, susu cair, gula kastor, serbuk kulit kayu manis dan esen vanila ke dalam mangkuk, pukul hingga rata.
3) Kemudian, tuangkan di atas roti tadi. Tusukkan roti dengan garfu hingga roti tenggelam dalam adunan telur tadi. Biarkan selama 5 minit.
4) Taburkan kismis di atasnya
5) Bakar selama 45 minit

nota kaki: Selamat mencuba!
*aku baru je lepas buat tadi....hehe*

Thursday, May 19, 2011

aku mengaku

I admit!

Aku sekarang ni tengah giler kumpul resepi. Mana lagi kalo bukan kat internet ni ha. Macam macam ada kan. Macam astro...hehe. Kadang tu kalo rajin belek jugak la buku buku resepi. Aku suka tengok gambar makanan. Makan pon suke. Tipu la kalo ada yang jawab tak suka kan. Tapi nak buat tu macam lambat sikit la. Tengok mood la. Kalo benda tu simple, bahan bahan die senang nak dapat, so aku go on jela. Macam takde keje pulak kan. Padahal bertimbun je keje aku even tengah cuti. 

Nanti kalo aku buat aku update kat sini okeh.

Wait yea!

See u then!


sahabat

"Persahabatan itu seperti mata dan tangan. Ketika tangan terluka mata menangis. Ketika mata menangis tanganlah yang menghapuskannya. Dan orang mengenali sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia berada dalam kesusahan"

Sahabat dalam erti kata sebenar ialah seorang individu yang paling rapat dengan kita yang sanggup berkongsi suka duka dan sentiasa bersama kita dalam apa jua situasi. Bukan senang nak mencari sahabat sejati apatah lagi di dunia yang semakin penuh dengan pancaroba ini. Pelbagai proses perjalanan hidup yang kita alami di dunia ini. Ada kelahiran, ada kematian, ada pertemuan dan ada juga perpisahan. Tentunya sahabat-sahabat dalam perjalanan hidup kita juga ada yang datang dan ada yang pergi. Tidak selamanya dapat selalu bersama.


Saat bersama meniti arus perkembangan dunia, memang banyak keindahannya. Apa lagi bila diisi dengan keceriaan dan berkongsi kegembiraan dengan mereka yang disayangi. Walaupun terdapat sedikit gangguan dalam persahabatan seperti berlakunya salah faham atau pergaduhan kecil, namun semua itu bukanlah menjadi masalah jika kita masih boleh berkumpul dan duduk sama-sama untuk berdiskusi. Saat kita memerhatikan diri sendiri, kita juga perlu saling membantu teman-teman yang lain agar mereka tidak ketinggalan di belakang dan terus dapat bersama seiring sejalan menongkah arus globalisasi yang pastinya semakin hari semakin banyak cabaran dan dugaan yang perlu dilalui dan ditempuhi. 


Namun begitu, setiap perjalanan pasti ada persimpangan. Begitu juga dengan persahabatan. Kita tidak selama-lamanya bersama dalam satu jalan yang sama kerana tujuan kita masing-masing di muka bumi Tuhan yang maha luas ini adalah berbeza. Di mana kita masing-masing ada tanggungjawab yang harus digalas. Perlu diingatkan bahawa tanggungjawab setiap individu berbeza dengan individu yang lain. Sebagai contoh, mungkin ada sebahagian daripada kita yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati ataupun mendapat tawaran kerja yang sangat memuaskan bersesuaian dengan kelulusan yang kita ada, manakala ada segilintir daripada kita pula yang kurang bernasib baik. Namun, kita tidak boleh menyalahkan mereka seratus peratus. Mereka mungkin mempunyai alasan sendiri yang perlu diutamakan. Oleh itu, kita sebagai sahabat haruslah menyokong segala tindak tanduk mereka di samping cuba menasihati mereka agar mereka tidak tergelincir dalam dunia ini. 


Bila direnung lebih dalam lagi, hal ini bukanlah sesuatu yang negatif. Kerana mereka semualah kita dapat belajar. Belajar menjadi seorang yang tabah, belajar untuk memaafkan, belajar untuk mengasihi dan juga belajar untuk tidak mementingkan diri. Saat bersama, penuhilah ia dengan kemesraan dan jalinkan hubungan yang harmoni. Saat berpisah pula janganlah menyesal dan bersedih kerana semua itu hanya sementara. Setiap perpisahan ada pertemuan. Mungkin kita akan bertemu kembali di persimpangan jalan yang berikutnya bila ada waktu dan kesempatan.


Oleh itu, marilah kita menjadikan sahabat sebagai penyuntik semangat agar kita terus berdiri teguh di dunia ini dan sama-sama berusaha menentang arus dunia yang penuh cabaran ini. Selain itu, jadikanlah musuh sebagai sahabat. Ini kerana tidak selamanya orang yang memusuhi kita akan selamanya menjadi musuh dalam hidup kita. Dan semoga semua yang menjadi sahabat kita akan selalu menjadi sahabat. Rakamlah detik-detik yang terindah dalam hidup kita selagi mana kita mampu bernafas di dunia pinjaman kita ini. InsyaAllah.



kisah di bilik mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding,tiba-tiba diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? (kehairanan)
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...


nota kaki: sentiasa beramal dan sediakan bekalan akhirat secukupnya =)


Wednesday, May 18, 2011

it's not the last meeting guys!

Seharian menghabiskan masa bersama mereka merupakan satu kenangan yang tak mungkin dilupakan sepanjang 3 tahun bersama....

Memories never fade...

Let's pics tell u...


































Till we meet again.

Do the best in the practical guys!

Love u all.