Assalamualaikum wbt...
harap-harap korang sihat walafiat dan sentiasa dilindungi-Nya selalu. best kan nikmat yang Allah bagi. tanpa kita sedar kita dapat lalui kehidupan sehari-hari dengan jayanya tanpa banyak halangan jika kita sihat walafiat. tapi cuba kita renung seketika, bila kita sakit, kita asyik merungut. "ishh...kenapa demam nih" "adehh...tak selesa la" "eeeeee...tak suke tak suke tak suke!"
tapi kawan-kawan, sedar tak Allah sebenarnya sedang menguji kita hambanya. Allah menguji sama ada kita mampu menahan ujian itu dan sabar ke tak kita mengharunginya. kita hendaklah sentiasa bersabar menerima apa jua takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya. cuba renungkan mereka yang sakit dan terlantar di hospital atau pun di rumah. kesian mereka kan. tak leh nak buat apa yang mereka suka. makan pon tak leh makan makanan kegemaran dorang. kena sentiasa bergantung kat mak ayah family members yang lain. kalo golongan berada boleh lah upah nurse jaga kat rumah. tapi kalo yang miskin yang tak mampu tu camne? jadi, bersyukurlah kita kerana berpeluang menggapai nikmat sihat. guna lah peluang yang ada ni sebaik mungkin. rebut lah nikmat Allah semampu yang boleh. dan akhir sekali kita kena tawakal dan redha dengan ketentuan Allah. apa yang pasti, kita tak boleh mengubah takdir yang telah ditetapkan Allah SWT terhadap umatnya.
ok sebenarnya yours truly ni tengah demam. selesema, sakit-sakit badan, pening kepala, bla bla bla. *eceh macam banyak je sakit* tu pasal dapat ilham nak tulis entri ni. maksudnya, insaf la sikit dengan ketentuan Ilahi ni. hehe. INGAT! apa yang penting KERJASAMA! *erkk...ade kaitan ke? takpe la*
No comments:
Post a Comment