Thursday, October 27, 2011

tamat sudah sem 7!

Alhamdulillah....akhirnya tamat jugak sem 7 ni dan tamat jugak lah practical untuk 2 areas. Lepas ni masuk sem 8 ada lagi another 2 areas, peadiatric and psychiatric. Harap-harap dapat score yang terbaik la. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi markah untuk kitorang. Markah sangat-sangat la bagus. Selebihnya, tunggu markah lecturer je. *redha*

Hari ni adalah last day. So ape lagi kalo bukan aktiviti bergambar kenang-kenangan kan. Macam tak jejak sini pulak je gaya nya. Hahaha. Petang Khamis, macam biasa, memang patient takde appointment. So sempat la kan kitorang bergambar. Kali ni meriah sikit sebab ada junior sem 3. Diorang baru two weeks practical kat situ. Jom tengok the pics :D



kami bertiga =)

kitorang bertiga =)

senior + junior

Pastu, di kala hari last ni murah pulak rezeki. Ada sorang therapist tu blanje kitorang nasik sebungkus sorang. Nasik bungkus pon ok la tu janji dia belanja kan. Haaa.....korang ada?

Alkisahnya dapat nasik bungkus ni pon sebab aku tolong bawak dia pegi ambik barang kat umah sewa dia. Masa balik nak park kereta, adalah satu insiden. Kereta bahagian belakang belah kiri sipi-sipi je ngan kereta sebelah. Pastu masuk slow-slow. Ok, dah park, cantikkkkk. Sekali keluar tengok kereta sebelah ada kesan geseran kaler putih babe! Tapi tengok kat kereta aku takde kesan pape lak. So kira bukan salah aku la kan?

p/s: Masih lagi dalam mood 'awareness' ngan kereta manual :P

No comments: