Friday, May 11, 2012

cerita kadang kala




Kadang kala kita terpaksa mendiamkan diri dari bertanya khabar kerana takut untuk mengetahui sesuatu kebenaran. Bukanlah  bererti diri ini takut. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga dan persediaan daripada sesuatu yang lebih buruk. Benarlah kata pepatah, berdiam diri adalah lebih baik dari berkata-kata. Banyak bercakap perkara-perkara yang tak sepatutnya kelak takut memakan diri.


Kadang kala kita tidak perlu untuk mengintai-intai kesalahan orang lain, lalu menuding jari di atas kesalahan itu walhal belom lagi mengetahui akan kesahihannya. Cuba lihat dan renung diri sendiri dahulu sebelum lantang bersuara menjatuhkan hukuman. Cuba letakkan diri anda dahulu dala situasi tersebut sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya. Berfikirlah sejenak. Tuhan Maha Adil. Suatu hari nanti, akan terbukti jua yang mana salah dan yang mana betol.


Kadang kala kita tidak perlu terlalu memilih sehingga tidak terpilih. Walhal yang baik itu sudah pon ada di depan mata. Buatlah pilihan sewajarnya. Pertimbangkanlah kata hati dan akal fikiran untuk mendapat satu pilihan yang tepat. Dan kadang kala perlu juga mengambil kira pendapat orang luar, jangan terlalu ego untuk menolak kepelbagaian buah fikiran.


Kadang kala kita tidak perlu seiring sejalan dengan trend-trend terbaru yang makin bercambah dan bertambah memeningkan jiwa seperti cendawan yang giat tumbuh selepas hujan kerana AWAS, kita sebenarnya sedang mencari pasal. Mencari pasal dengan akibat yang bakal diharungi jika kaki tersilap langkah, tersilap arus.



No comments: