Monday, January 24, 2011

cincin kawen

eh nak kawen ke? hehe. takde la. just nak suruh korang bace pasal info kat bawah ni je. let's check it out!




kenapa cincin kawen mesti di jari manis?

Satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya pertemukan hujungnya (seperti dalam gambar).

1. Cuba buka ibu jari anda, ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua. Manusia mengalami sakit dan kematian, oleh yang demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
2. Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili saudara kita (abang, kakak, adik). Mereka memiliki keluarga sendiri dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
3. Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda, jari kelingking mewakili anak-anak. Cepat atau lambat, anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.
4. Selanjutnya,tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis di mana anda menyarungkan cincin perkahwinan. Anda mungkin hairan kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka. Ini kerana jari manis mewakili suami isteri, selama hidup anda dengan pasangan, anda akan terus melekat satu sama lain, sehidup semati.




saya suka emas putih...wehhooo :P



pattern camni xsuka sangat...hihi




by the way, kesimpulannya setiap kejadian manusia tu sangat unik dan ada hikmah di sebaliknya. semoga kita dapat memanfaatkan peluang yang kita miliki sebaik mungkin sepanjang hayat kita. InsyaAllah. may Allah bless all of us.


salam ukhuwah :)




Yours Truly, 
Ieda Sefie







1 comment:

Nupha Aja said...

hargane cincin yang emas putih berapa?