asal bangun tido je bukak tv tengok kartun. mandi petang karang la. sekali sehari kot mandi. pastu kalo takde orang sediakan breakfast, masak maggie. oppsss untuk dia sorang je ok. orang lain sila buat sendiri. tak kire la orang tua tu sakit ke demam ke ape ke. tak peduli pon. ape yang pasti perut sendiri kene isi dulu.
bile masuk lunch hour pulak, bukannye nak pegi dapur tolong masak. dok luar je ngadap tv. bile dah lapar tau pulak masuk dapur. masa tu semua dah siap daa. tapi kalo ade orang datang umah, pandai pulak buat2 nak tolong orang. tapi sebenarnya habuk pon xreti. reti menyibuk je kat dapur tu.
nak makan makanan yang sedap2. tapi malas nak masuk dapur. kalo orang masak tak sedap sikit ke masak lauk yang sama ke mula la tarik muncung itik. kalo orang bebel tau pulak marah. tapi masalahnya diri sendiri yang malas nak buat.
pastu bab anak pon satu hal jugak. ade ke anak sendiri pon malas nak jaga? ade ke? ade ke? tak patut kan. kalo malas nak jaga, awal2 lagi tak payah beranak la wey. memenatkan orang lain je tau tak.
kalo orang tua demam tak larat nak bangun, dapur tu tak berasap pon. kesian orang tua tu tak makan. eh jangan kan makanan yang takde. air masak pon takde jugak tau.
haaa lagi satu. bab basuh baju. punya la lama die basuh baju. ari ni rendam besok baru basuh. sampai orang lain nak basuh pon tak boleh. yang tu ok lagi. kadang2 tu sampai orang tua tu yang tolong basuhkan and siap sidai lagi. bukan basuh pakai tangan pon tapi pakai washing machine. tu pon boleh malas lagi. pelik la kan.
macam ni ke perangai orang dah kawen? dah ade anak dah pon. hey tolong laaa. sakit mata memandang tau tak. bukan sakit tengok kau. tapi sakit tengok orang2 di sekeliling kau tu. macam orang gaji pulak. hey die mak kau la. tolong la kesian sikit dekat orang tua tu walaupun die just mak mertua and ayah mertua kau. hormat la orang tua tu. reti la malu sikit. nak kata umur muda lagi tak logik la kan. ramai je yang kawen muda. tapi boleh je buat keje. takde pulak nak menyusahkan orang. pandai2 sendiri la kan bile status dah berubah. sampai bile nak suruh orang? agaknya kalo duduk umah sendiri macam tak nampak rupa umah je. haha. jahatnya aku.
nasihat saya ialah sentiasalah bersedia sebelum melangkah ke alam baru. tak kira la alam persekolahan, alam pekerjaan, or even alam perkahwinan ^^
No comments:
Post a Comment