mari kita review sejarah keputeraan Nabi SAW.
nasab keturunan baginda SAW adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Nabi Muhammad SAW lahir pada tahun Gajah iaitu tahun tentera Abrahah melanggar masuk untuk menyerang dan menawan kota Makkah. namun percubaan untuk menawan Kaabah ini menemuni jalan kegagalan apabila Allah Taala menghantar sekumpulan burung Ababil untuk memusnahkan angkatan tentera Abrahah itu dalam sekelip mata sahaja. mengikut pendapat yang paling hampir bahawa baginda SAW telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun itu. Baginda SAW adalah seorang anak yatim ketika dilahirkan. bapanya wafat ketika usia baginda SAW dua bulan dalam kandungan ibunya. setelah dilahirkan baginda SAW dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib dan kemudiannya disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Bani Saad Bakri. ibu baginda SAW pula wafat ketika usia baginda 6 tahun. ini menyebabkan baginda SAW menjadi yatim piatu. kemudian baginda dipelihara dan dididik oleh datuknya Abdul Mutalib sehingga usia baginda 8 tahun. setelah datuknya meninggal dunia baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.
utusan Allah SWT.
Rasulullah SAW merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah SAW tanpa membantahnya walaupun sedikit.
Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).
oleh itu, sebagai tanda kita mengimani dan mencintai Rasulullah SAW, mari lah kita sama2 beramal. antara amalan dan pegangan yang boleh kita amalkan adalah:
- beradab dengan Rasulullah SAW
- mentaati Rasulullah SAW
- berselawat ke atas Rasulullah SAW
- mengasihi Rasulullah SAW
- mengikuti sunnah Rasulullah SAW
sources: iluvislam.com
~selamat beramal~
No comments:
Post a Comment