Seandainya awak tau...bile saya jatuh cinta kat awak, awak tu tak semestinya punye segalanya tapi awak adalah segalanya di hati saya.
Seandainya awak tau…bile saya mengalirkan air mata, bukan bermakna saya lemah, tapi saya sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai awak.
Seandainya awak tau ..bile saya marah, memang saya tak mampu mengawal perasaan. Tapi percayalah, itulah maknanya saya sangat mengambil berat dan menyayangi awak sepenuh hati. Lihat aje pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pertelingkahan yang berlaku.
Seandainya awak tau...bile saya bercakap banyak, saya tak pernah bermaksud untuk membuatkan awak rimas, tapi saya nak awak kenal saya dengan lebih dekat.
Seandainya awak tau…bile saya kata saya mahu awak berubah, itu bukan bermakna saya tak boleh menerima awak seadanya, tapi saya mahu menjadikan awak lebih baik, bukan untuk saya, tapi untuk masa depan awak.
Seandainya awak tau...bile saya cemburu dan tidak percayakan awak, bukan bermakna saya tak sayang tapi saya terlalu sayangkan awak. Kadang-kadang saya terlalu risau sekiranya terlalu percaya, awak akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Saya hanya mahukan yang terbaik untuk awak.
Seandainya awak tau...bile saya merajuk, jangan kata saya mengada-ngada. Saya bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tapi cukup dengan perhatian yang boleh membuatkan saya rasa dihargai.
Seandainya awak tau...bile saya kata saya rindukan awak, saya benar-benar maksudkannya. Bayangan awak akan sentiasa bermain di mata bile berjauhan.
Seandainya awak tau...bile saya degil, bukan bermaksud saya ingin menjadi degil tapi saya nak tengok sejauh mana awak mampu bersabar dengan kerenah saya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Seandainya awak tau...bila saya kata, “tolong tinggalkan saya!” saya tak bermaksud menyuruh awak pergi selamanya. Saya hanya mahu menenangkan fikiran je. Bila saya kembali tenang, saya akan cari awak balik. Itu tandanya saya benar-benar cintakan awak. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Ingat ni.
Seandainya awak tau...sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan dengan perbezaan yang tersendiri. Tapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu rasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu nampak lemah tapi dia punye kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan saje tapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda suatu hari nanti. InsyaAllah.
p/s: saya sentiasa doakan awak |
No comments:
Post a Comment