April semakin meninggalkan kita.
Mei pula bakal menyusul.
Tapi aku masih di sini.
Masih seperti dulu.
Setia menanti cinta yang utuh darimu.
Tiada apa yang aku harapkan.
Selain kesetiaan darimu.
Semoga Mei yang mendatang membawa seribu keberkatan.
Membawa sejuta keinsafan.
Dan ketahuilah dikau.
Bahawa aku setia lagi di sini.
Walau berjuta dugaan terpaksa ditempuhi.
Walau berjuta onak duri terpaksa aku redahi.
Demi mencari kasih sejati.
Masa yang berlari begitu pantas.
Meninggalkan kita terkapai-kapai.
Harapanku supaya dikau berubah.
Berubah menjadi semakin matang.
Dan bijak memilih.
Juga bijak membuat keputusan.
Kerana dirimu lelaki.
Bakal pemimpin.
Pemimpin keluarga.
No comments:
Post a Comment