Monday, June 27, 2011

mahalnyaaa

Sabtu lepas konon konon family outing la. Kami satu family keluar kecuali adik laki aku yang nombor 3 tu tak ikut. Sebab dia stay kat asrama. Eh tapi dia keluar jugak ari tu pegi Tesco ada show. Maklum la, band sekolah dia wakil negeri. Next week final kat PICC. All the best bebeh!

Actually keluar sebab nak jumpa pegawai bank ada hal sikit. Rahsiaaa...hehe. Tapi alang alang keluar biar menyeluk pekasam kan. Menyeluk pekasam biar sampai ke rebungnya. Eh pekasam apa? Rebung apa? OK dah stop mengarut. Kesian cikgu BM aku.

Kami beli barang dapur la sikit kan alang alang keluar. Ayah aku punya style ambik troli, ambik barang, ambik ambik ambik, then terus queue kat kaunter. Kami yang pompuan nih tak siap lagi memilih. Sometimes it's feel soooo boring shopping ngan orang laki. Dorang tau nak cepat je. Kita nak jugak la pilih pilih kan. Pilih brand, pilih harga, pilih kualiti. Yela, kita sebagai pengguna ni kan ada hak untuk memilih. Macam tu jugak la dalam politik. Eh politik sudah.

Dah. Aku just nak cakap total beli barang semua sekali ialah menghampiri 200. Mak aihhh. Barangnya takde la banyak sangat. Beli yang keperluan semasa je. Ala penuh satu bonet je. Bonet kancil okayyy. HAHA. Tapi tu la, barang sekarang makin mahal kan. Sama gak macam minyak. Bila naik mesti dah tak turun turun dah.

So, berjimat cermat adalah amalan yang mulia. Cakap kat diri sendiri jugak sebab sekarang tengah sengkek duit tak masuk lagi. Praktikal dah nak start nih. Perut kena isi. Minyak pon kena isi. Hmmmmm.






No comments: