Friday, June 10, 2011

suratan atau kebetulan

Aku terdengar tazkirah sorang ustazah ni masa singgah solat kat surau. Ustazah mana aku tak kenal la pulak. Ustazah tu cakap, kita tak leh nak caye sangat benda benda yang kebetulan berlaku dan tak leh nak cakap jugak akibat yang bakal berlaku. Contoh, masa kenduri kawen kan, ada bunga telur jatuh tiba tiba, orang biasa cakap "ni mesti ada perkara buruk yang akan berlaku" atau "ni mesti jodoh tak panjang ni". Belom pape lagi kita dah doakan pengantin baru macam tu. Setiap kata kata yang keluar dari mulut kita tu kan satu doa. So kalo kita cakap macam tu, tak ubah lah macam kita mendoakan sesuatu yang buruk kepada mereka. Tak baik tau.

Hmmm...kita kadang kadang tu ada jugak kan terkeluar macam tu. Bukan apa pon. Sebab mulut orang tua tua dahulu kala jugak kan. Dah dorang cakap macam tu. Kita yang muda mudi ni caye la jugak sikit walaupon tak banyak kan. Maklum la dorang kan makan garam dulu daripada kita. Eh jangan makan garam banyak sangat!

Tapi tak dinafikan kadang kadang apa yang kita cakap tu berlaku jugak. Tu namanya kebetulan. Contoh lagi satu, orang cakap kalo bagi kain atau baju ke dekat orang yang kita sayang, satu hari nanti orang yang kita sayang tu mesti tinggalkan kita. Tak tau lak sebab apa. Tapi kalo nak ikutkan, mak ayah kita pon banyak je bagi kain baju pakaian semua tu. Kebetulan la semua ni kan. Kuasa Tuhan. Kita tak mampu nak buat pape. Doa jela yang terbaik.

3 comments:

Farhanim Radziah said...

suratan atau kebetulan (:

dhimust.cool said...

terima kasih untuk suratannya, i'm very interest... :)
web design surabaya

Ieda Sefie said...

anem...banyak sangat kebetulan di dunia ni kan :)

dhimust.cool...sama2, thanks for your support :)