Tuesday, May 10, 2011

Gagahnya Seorang Wanita & Lemahnya Seorang Lelaki

Tertarik dengan satu artikel dekat facebook yang mengatakan pengorbanan lelaki tiada tandingnya. Jom kita review sikit dan aku nak komen sikit eh. Jangan marah!


“Kalau boleh biar abang sahaja yang bersalin. Biar abang yang tanggung kesakitan ini” 

Lelaki mengandung dan bersalin: mustahil! Memang mustahil! Sebab itulah Allah hanya mengurniakan nikmat bersalin kepada kaum Hawa sahaja.


Tak dapat nak bayangkan macam mana kalo lelaki yang pregnant kan? Dengan perut boroi yang akan bertambah-tambah boroinya nanti bila pregnancy advances...haha. 


Pastu, at the early pregnancy kan ada yang akan mengalami morning sickness symptoms macam loya-loya muntah-muntah kan. It's normal la kan for every women. Tapi lelaki sanggupkah dan berjayakah melalui detik-detir getir sebegitu? Lagi satu wanita biasa la akan mengadu manja-manja gitu bila keadaan jadi camni kan. Tapi lelaki mampukah menurunkan ego mereka? Tak macho la kan...

Sesungguhnya wanita begitu gagah untuk menghadapinya. Ini tak dinafikan bila mana mereka sanggup lagi keluar rumah bawak kandungan yang berusia 9 bulan tu. Yang sedang bekerja tak ambik cuti lagi pon ada jugak. Haaa...segagah-gagah lelaki, aku rasa belum tentu mereka mampu untuk menahan derita siang malam membawa kandungan yang berat tu.

Tapi guys, setiap kejadian Tuhan mesti ada hikmah disebaliknya kan. Bila wanita pregnant dan dah sampai masanya, si suami tanpa mengira penat dan lelah still lagi bekerja demi untuk menyara kehidupan seorang hamba Allah yang bakal lahir tak lama lagi. Dan banyak lagi la pengorbanan yang si suami ni akan buat kan. *aku tak tau sangat sebab tak pregnant lagi dan yang penting aku tak kawen lagi...tehhheee*


Dan kita sebagai anak haruslah menghargai pengorbanan kedua ibu bapa kita. Jangan nakal nakal....hehe :)


bahagianya mereka ^_^






No comments: