Apa itu Sabar?
Dari segi bahasa sabar bererti menahan @ mengekang. Dari segi praktiknya pula, sabar bererti menahan @ mengekang diri daripada keluh-kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yg tidak disukai. Lawan kpd sifat sabar adalah sedih dan keluh-kesah.
Hentaman Pertama!
Suatu hari, Rasulullah berjalan melalui satu tanah perkuburan. Di satu sudut, didapati ada seorang wanita duduk di sisi pusara anaknya sambil menangis. Rasa simpati terbit dalam hati Rasulullah, lantas Baginda bersabda yg bermaksud: "Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah." Sebaik sahaja mendengar lafaz sabar, wanita itu naik angin. Dihalaunya Rasulullah, "Jauhkan dirimu daripadaku! Engkau tidak menderita ditimpa musibah sepertiku." jelaslah, wanita itu tidak tahu bahawa pesan sabar itu lahir dari hati seorang Rasul. sebab itu agak kasar bicaranya.
Namun Rasulullah s.a.w. sedikitpun tidak tersinggung. Baginda meneruskan perjalanan Baginda. Setelah diberitahu oleh orang yg ada berdekatan bahawa yg menasihatinya itu ialah Rasulullah, rasa bersalah terbit dalam hatinya. Wanita itu segera bergegas pergi menemui Rasulullah s.a.w. Itulah akibat cepat melenting dan tidak sabar.
Namun Rasulullah s.a.w. sedikitpun tidak tersinggung. Baginda meneruskan perjalanan Baginda. Setelah diberitahu oleh orang yg ada berdekatan bahawa yg menasihatinya itu ialah Rasulullah, rasa bersalah terbit dalam hatinya. Wanita itu segera bergegas pergi menemui Rasulullah s.a.w. Itulah akibat cepat melenting dan tidak sabar.
Lafaz pertama yg terbit saat dia menemui Rasulullah ialah ucapan maaf. "Maaf, aku tidak mengenalimu wahai Rasulullah." Rasulullah tetap tenang, malah ucapan Baginda berupa wahyu itu memandu kita tentang sabar hingga hari ini. Sabda Baginda yg bermaksud :
"SESUNGGUHNYA KESABARAN ITU IALAH PADA HENTAMAN (PUKULAN) PERTAMA." (Muttafaq'alaih)
Langkah Memupuk Sabar
- Bertahan ketika menghadapi hentaman pertama daripada sesuatu musibah.
- Segera mengingati Allah dan mohon keampunan-Nya.
- Tidak tergesa-gesa menampakkan musibah itu kepada orang lain.
- Cari punca masalah, sediakan alternatif penyelesaian dan bertindaklah menyelesaikanya.
Petikan: solusi isu 31
Credit to Cik Wi :)
Credit to Cik Wi :)
No comments:
Post a Comment