Tuesday, May 10, 2011

mari semua...dengar cik jah nk bebel ni....

Assalamualaikum. Tak jawab dosa!

Boring la dok sini tak tau nak buat apa. 

Hmmm...nak bebel la sikit. Jangan marah! hehe :)

Especially to all gentlemen outside. Kalo dah terang-terang tulis KOC WANITA or BAS WANITA tu, maknanya untuk WANITA SAHAJA la. Tak payah la gatal-gatal nak naik kan. Kenapa aku bebel? Sebab geram dengan sikap gentleman-gentleman kat luar sana tu ha. Dah tau awak tu gentleman, tak payah la nak berebut-rebut dengan kami yang gentle-gentle-women nih. Tadi masa naik komuter, ada sorang pakcik tu kena halau sebab naik koc wanita. Sory pakcik. Pakcik pon kena ikut peraturan jugak. Nak kata tak tau baca, Nampak macam educated. And ada jugak 2 orang pemuda kena halau jugak. Yang si penghalau ni bukan calang-calang orang beb, tapi polis tau. Tapi sayangnya, tu hanya berlaku di stesen KL Sentral je. Stesen-stesen lain takde pon polis jaga. Kalo ada kan senang. Biar padan muka dorang kena halau. Tapi kalo takde pon ok jugak. Rata-rata rakyat semua kan pandai membaca. Jarang la ada yang tak tau baca kan.

Kesimpulannya kat sini, just nak cakap, bila dorang dah bagi kemudahan, kita gunakan la. Tapi guna pon biarlah berpada-pada and ikut peraturan yang betol. Ni kemudahan untuk OKU pon kita guna, untuk wanita pon main redah je. Alahai….

tu dia...dah siap tulis besar-besar BAS WANITA...celik mata luas-luas sikit k!


No comments: