Sunday, May 8, 2011

tangisan itu

Sendiri lagi
Meratapi tangisan
Di malam hari yang sunyi
Tatkala insan lain lena diulit mimpi

Mengapakah ini yang terjadi
Tidak ku pinta begini akhirnya
Meratapi kasih yang tidak kesampaian
Menangisi impian yang berkecai

Sendiri lagi
Meniti sisa hari yang berbaki
Pasrah
Redha
Menjadi pegangan
Rindu yang tak pernah susut
Menambahkan derita di kalbu

Semoga masih ada lagi sinar harapan
Semoga akan ada perubahan
Buat dirimu
Akan ku berdoa selagi terdaya
Kerana diri ini sangat menyayangimu



No comments: