Tuesday, May 3, 2011

sayang sampai bila?

Sayang adalah satu perasaan yang subjektif. Kita manusia normal biasanya menzahirkan perasaan sayang kepada keluarga, rakan dan juga insan yang teristimewa. 

Bahagianya rasa bila ada orang yang begitu menyayangi kita seadanya. Kasih ibu dan sayang bapa tiada tandingnya, tiada gantinya. Begitu juga insan teristimewa.

Namun apa perasaan anda bila orang yang tersayang pergi selamanya? Ahh...tak dapat aku bayangkan. Jujurnya aku masih memerlukan mereka lebih-lebih di saat dan ketika ini. Di saat dan ketika aku masih terkapai-kapai mencari kekuatan untuk berpaut pada dahan yang utuh.

Adakah kita redha dengan pemergian mereka? Aku sendiri tak pasti. Tapi sebagai hamba Allah, kita seharusnya menerima segala ketentuanNya kerana itulah yang telah termaktubsejak azali lagi.

Dan jika mereka pergi meninggalkan kita terlebih dahulu, tersangatlah elok andai kita berupaya berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah. Panjatlah doa terhadap Yang Maha Kuasa supaya mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Dan andai kata kita pula yang pergi meninggalkan mereka, tinggalkanlah kenangan yang cukup indah dan memori yang cukup bermakna kepada mereka supaya kita sentiasa dalam ingatan mereka.

Indahnya andai orang yang disayangi mendoakan kesejahteraan kita. Semoga sayang mereka dan juga sayang kita berkekalan hingga akhir hayat.




2 comments: