Friday, May 27, 2011

ketika hati berbicara

Di saat kau melangkah meninggalkan ku
Hati kecil ku berbicara
Jangan langkah terlalu jauh
Sehingga aku gagal menjejaki mu
Jangan padam memori indah kita bersama
Sehingga kau koma dari mengingati ku
Jangan meletakkan kesalahan itu di bahu ku
Walau kesalahan itu bukan milikku
Jangan mencipta jurang antara kita
Disebabkan aku masih lagi memerlukanmu
Kerana aku di sini masih setia menanti mu
Masih lagi menyayangi mu sepenuh hati
Walau beribu duka telah kau coreti
Kerana aku pencinta yang setia
Akan ku jujur selagi terdaya
Mengharungi cinta yang suci ini







No comments: