Korang mesti pernah keluar kan. Mesti pernah tengok orang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat kan. Dan yang pastinya mereka-mereka yang menggunakan bahasa isyarat ni ialah mereka-mereka yang mempunyai masalah pendengaran. Dan mereka-mereka ini jugak dikategorikan dalam golongan Orang Kurang Upaya (OKU) a.k.a disabled people.
Bercakap mengenai OKU ni, di negara kita sendiri, golongan ini kurang mendapat perhatian terutama sekali dalam institusi masyarakat. Kebiasaannya masyarakat di negara kita ni mempunyai pandangan tersendiri terhadap golongan ini atau lebih tepat lagi dipanggil stigma. Masyarakat seringkali mengaitkan golongan ini sebagai golongan yang kurang bernasib baik dan perlu diberi perhatian yang penuh, termasuklah dalam hal-hal penjagaan diri seseorang individu OKU itu. Mereka juga kurang memberi galakan dan peluang kepada golongan ini dalam apa jua bidang seperti perniagaan, pendidikan, pekerjaan dan sebagainya. Pandangan-pandangan negatif seperti inilah yang menyekat pergerakan dan kebebasan serta hak golongan yang kurang bernasib baik ini. Namun begitu, tidak dinafikan golongan OKU juga boleh mencipta nama dan mampu berjaya jika mereka diberi peluang dan kemudahan yang lengkap serta mencukupi sesuai dengan kelemahan mereka.
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU juga berperanan penting dalam usaha untuk membantu meningkatkan prestasi dan keyakinan anak-anak mereka supaya pandai berpijak di kaki sendiri. Namun begitu, di Malaysia, kebanyakan ibu bapa tidak begitu menitikberatkan isu ini. Mereka lebih senang menyekat kebebasan anak-anak mereka dengan cara menyorok di dalam rumah dan tidak diberi peluang untuk mengenali masyarakat dan bersosial dengan rakan sebaya.
Jika kita renung sejenak, di Malaysia sendiri terdapat institusi awal yang menyediakan peluang pembelajaran khasnya kepada golongan OKU. Contohnya ialah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau lebih dikenali sebagai Community-Based Rehabilitation Center (CBR) yang menyediakan peluang dalam bidang pendidikan kepada kanak-kanak OKU yang mengalami masalah seperti Down Syndrome, Learning Disability, Global Developmental Delay dan sebagainya. Peluang seperti ini memberi ruang kepada kanak-kanak OKU menimba ilmu di peringkat awal usia mereka.
Peluang dalam bidang pendidikan tidak terhenti di situ sahaja. Kanak-kanak OKU berpeluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat menengah iaitu di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional yang mana sekolah ini menyediakan peluang kepada remaja OKU untuk dilatih supaya berdikari dan mengasah kemahiran mereka untuk bekerja selepas tamat persekolahan nanti.
Jadi, di sini kita dapat lihat golongan yang kurang bernasib baik ini sebenarnya mendapat peluang yang meluas sejak dari kecil lagi. Akan tetapi, sayangnya nasib mereka tidaklah secerah kita golongan yang normal disebabkan oleh sikap prejudis dan stigma daripada masyarakat di sekeliling mereka. Sebagai contoh, di alam pekerjaan, majikan tidak berkeyakinan untuk mengambil mereka bekerja mungkin disebabkan oleh faktor keraguan terhadap kebolehan dan kemahiran mereka bekerja dan seterusnya mungkin bakal merugikan majikan jika mereka diambil bekerja. Namun, sampai bilakah nasib golongan ini akan berterusan sebegini rupa? Tepuk dada tanyalah selera.
Jom belajar bahasa isyarat ^^
Antara kursus-kursus yang disediakan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam:
kursus menjahit |
kursus dandanan |
kursus memasak |
kursus komputer |
kursus mencanting batik |
bengkel motosikal |
bengkel pertukangan |
penulis bersama rakan-rakan di depan SMPKV Shah Alam :) |
No comments:
Post a Comment