Saturday, May 21, 2011

Occupational Therapy? apekah?

Orait entri kali ni nak cite pasal akademik sikit. Harap-harap boleh la tolong adik-adik lepasan SPM tu nak pilih course mana yang sesuai. And course yang tepilih ialah course yang dihadiri oleh penulis sendiri iaitu Occupational Therapy a.k.a Pemulihan Carakerja. Ada 2 IPTA je kat Malaysia ni yang tawarkan course ni iaitu di UiTM Kampus Puncak Alam (diploma and bachelor degree) dan satu lagi di UKM cawangan KL (degree only). Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di Sungai Buloh pon ada jugak untuk diploma sahaja. Tapi kat sana lebih dikenali dengan nama Jurupulih Carakerja. Manakala IPTS pun banyak gak yang mula menawarkan kursus ni.

Macam mana la rupa kursus ni kan. Ok senang cite kita cakap pasal apa yang berlaku di UiTM la. Di U lain penulis kurang pasti tapi rasanya lebih kurang je. Kalo kat UiTM, 3 tahun untuk program diploma dan 4 tahun untuk program bachelor degree. Antara subjek yang dipelajari ialah Orthopedic and Medical Neuro, Paediatrics, Work Rehabilitation, dan Psychiatrics, Nueropsychology, etc. And kena belajar Anatomy & Physiology jugak tau macam doctors and nurses!

Lepasan diploma akan menjawat jawatan sebagai Jurupulih Carakerja U29 manakala lepasan bachelor degree pula akan menjawat jawatan sebagai Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) U41 di hospital-hospital kerajaan. Jawatan-jawatan ni kebanyakannya hanya terdapat di hospital-hospital kerajaan di setiap ibu negeri. Contohnya di Kelantan Darul Naim, hanya Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian sahaja yang ada. Akan tetapi, jawatan ni telah mula dibuka di pusat-pusat kesihatan di setiap daerah. Selain tu, sektor swasta juga menawarkan peluang kerja yang agak bagus seperti yang terdapat di Hospital  Gleneagles, pusat-pusat jagaan harian dan sebagainya.

Skop kerja occupational therapist (OT) terbahagi kepada bidang-bidang seperti yang dipelajari dalam kelas iaitu Paediatrics, Phyisical and Medical, Psychiatrics, Geriatrics, Neuropsychology, Community-based Rehabilitation, Work Rehabilitation dan sebagainya.

OT berbeza daripada PT (physical therapist a.k.a fisioterapi) di mana OT merawat pesakit secara keseluruhan termasuklah fizikal, mental, spiritual. Manakala PT hanya tertumpu kepada fizikal semata-mata.

Tulis banyak-banyak pun tak guna kan. Baik korang search sendiri kat web-web yang bersepah kat internet ni. But, honestly speaking, kerja OT ni satu kerja yang mulia sebab OT bukan sahaja memberi rawatan kepada pesakit supaya pesakit sembuh daripada penyakitnya tetapi juga membantu pesakit untuk berfungsi semaksima yang mungkin mengikut tahap kemampuan seseorang individu itu. Maksudnya, OT membantu pesakit supaya kembali ke keadaan seperti insan normal lain terutamanya dalam kehidupan seharian mereka supaya mereka berupaya untuk buat sendiri tanpa berhantung kepada orang lain. Mulia kan? Tapi buat kerja apa-apa pun semuanya mulia. Yang penting betulkan niat, then insyaAllah berolehlah berkat. 

All da best! :)



No comments: